CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 - 15 APRIL 2025
Sambungan catatan terdahulu —> Perjalanan dari Kunming ke Lincang Dengan Tren CRH D8110
Semasa di Lincang, kami menginap di Rayzen Hotel - sebuah hotel yang terletak di daerah Lin Xiang. Kami mendaftar masuk pada waktu malam, setelah selesai urusan kerja Encik Suami.
Ruang lobi hotel luas dan lapang. Juga tak kelihatan tetamu hotel yang lain, kecuali kumpulan kami seramai lima orang. Urusan daftar masuk hotel berjalan lancar dan pantas.
Bilik penginapan kami. Cantik, bersih dan kemas. Tapi ada satu benda perlu yang tak disediakan - tiada cermin dalam bilik ini. Nak bersiap kena guna cermin dalam bilik air π
Lega rasanya bila dapat katil dengan tilam dan bantal yang empuk, maklum saja malam sebelumnya kami berada dalam penerbangan. Malam ini dapatlah kami tidur dengan selesa, memulihkan badan yang keletihan.
Dalam almari tersedia bathrobe, itu benda biasa. Tapi yang agak luar kebiasaan - sekaki payung turut disediakan.
Benda paling menarik perhatian saya - tersedia satu set hidangan teh di atas meja.
Cantik warnanya dan comel saiznya. Nampak macam hiasan, tapi…
Eh, ada daun teh! Kalaulah saya ada masa untuk bersantai dalam bilik, tentu saya tak melepaskan peluang mencuba teh yang disediakan. Sayang sekali, keberadaan kami di sini sekadar untuk berehat seketika sebelum mendaftar keluar pada awal pagi esok.
Info | Lincang terkenal sebagai pusat penghasilan teh berkualiti tinggi, khususnya teh Pu’er.
Bilik air luas selesa, semua berfungsi baik. Tapi macam biasalah - tiada paip air untuk bersuci.
Keperluan mandian di sediakan dalam botol besar, puas hati guna. Barang keperluan peribadi pula diletak kemas dalam sebuah kotak kayu di sudut bilik mandi.
Ruang mandi luas dan bersih selesa.
Suasana malam dari jendela bilik penginapan kami - tenang tetapi ceria dengan cahaya lampu. Saya dapati, pada waktu malam rata-rata bangunan di sini dihiasi dengan lampu yang bertukar-tukar warna.
Esok harinya, kami berkumpul sekitar pukul 7 pagi di lobi hotel bagi meneruskan perjalanan. Sementara menunggu yang lain tiba, saya keluar berjalan-jalan memerhati sekitar hotel. Sempatlah saya memotret itu ini sebagai kenangan. Foto di atas - bangunan Rayzen Hotel.
Bentuk muka bumi Lincang berbukit dan di kelilingi pergunungan. Cuaca di sini nyaman, sesuailah dengan kegiatan ekonomi utama mereka iaitu pertanian. Ketika ini suhu rendah 16℃, tiada tiupan angin jadinya tidaklah rasa terlalu sejuk.
Nampak bunga raya terus teringat negara sendiri π²πΎ














Mrs. A pun tertarik dengan set minuman tu comel dan menyerlah warnanya.
ReplyDeleteAduh! nampak katil tu kalau dah penat memang lena terus
Dari jauh nampak, saya sangka set hiasan je π
DeleteAisehmannn.. begitulah jika hotel dah cantik, ada pulak kekurangannya. Nak bertudung kena masuk bilik air pulak. Biasa jugak jumpa payung dalam almari hotel, kadang² lampu suluh pun ada.
ReplyDeleteMujur sekejap je, kalau lama memang leceh tiap kali nak bersiap kena masuk bilik air.
DeleteOoh...seingatnya saya belum pernah jumpa ada sedia payung panjang gini π. Lampu suluh tu iya, biasa jugak ada.
kuantiti teh tu boleh buatinum berapa kali?
ReplyDeletedah mcm.kat swiss pula. kat sana setiap blk hotel akan dpt coklat... tp kat sini dpt tehπ
Kena tunggu akak buat teh, baru boleh bagi Anies jawapan π
DeleteOoh...gitu ya kat Swiss.
Sekali pandang set tu macam buah labu, comel sekali.
ReplyDeleteRayzen Hotel, bukan local hotel barangkali? Sbb namanya takde bunyi China. Nampak cantik dan moden hotelnya.
Yelah, macam bentuk labu π
DeleteTak pastilah, mungkin jugak untuk tujuan komersil letak nama gitu.
Puas hati dapat menginap di tempat secantik ini. Nampak selesa sungguh dengan segala kemudahan yang disediakan.
ReplyDeleteBadan dah penat, lega sungguh dapat penginapan selesa.
DeleteIngat teh dah dibancuh buat air. Kalau tidak boleh minumπ
ReplyDeleteπ€π
DeleteNampak cantiknya bilik hotel ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah cantik selesa!
DeleteOh, duduk sekejap je. Ha ah yek, kalau minum teh malam-malam, kena bangun pula buang air kecil.
ReplyDeleteDah tak larat pun nak minum teh, mata mengantuk badan letih nak cepat tidur π
DeleteNi cuma gagahkan diri ambil gambar untuk kenangan akan datang π
cantiknya bilik hotel tu. nampak mcm hotel mewah gak ni
ReplyDeleteMungkin jugaklah. Kita tak tau apa, semua orang atur.
DeleteBunga raya tu kena kidnap ke?
ReplyDeleteDari Malaysia ke Lincang, China ya π
DeleteSA suka tengok bilik tu..Cantik, bersih dan kemas dah pasti selesa..SA kalau tido bilik macam tu terus lena..confirm punya
ReplyDeleteCantik bilik hotel, selesa sangat2 untuk bermalam dan melepaskan penat kan.
ReplyDeleteCantik nya bilik hotel ini.. siap ada teh dalam teko tu.. mesti layan minum sambil tgk pemandangan.. bab tak ada cermini tuuu... i is laki then ok jer la hahahah :D
ReplyDeleteWaaah unik memang, dibagi teh Siap seduh lagi. Walau saya coffee lover, tp sukaaa juga mencoba aneka teh. Apalagi kalau dari daerah yg memang penghasil tehπ.
ReplyDeleteKamar hotelnya memang terlihat nyaman sangat kak