Tuesday, 21 October 2025

6 Hari 5 Malam Ke Sana Ke Sini

Selama 6 hari 5 malam saya dan Encik Suami ke sana ke sini atas urusan kerja dan juga pulang ke kampung halaman kami.

Buat kali pertama, saya gunakan automatic pet feeder untuk bekalan makanan Jojo si anak bulu dan gunakan automatic watering system untuk menyiram anak pokok kangkung hasil semaian benih serta beberapa tanaman lain.

Jojo memerhatikan kami pergi pada petang hari Rabu. Rasa sedih sebenarnya setiap kali terpaksa tinggalkan anak bulu dalam tempoh lama. Kalau anak manusia, boleh dibawa bersama. Sebelum pergi, berbakul nasihat saya beri kepada Jojo.


RABU, 15 OKTOBER 2025
Petang Rabu kami bertolak dari rumah Perlis. Dalam perjalanan, kami buat keputusan singgah bermalam di Ipoh, Perak. Saya buat carian hotel dengan ciri-ciri berikut - bilik bersih, kadar harga sederhana, ada tempat parkir khas hotel dan lokasi tak jauh dari exit tol.

Sekitar pukul 9 malam kami mendaftar masuk di MH Hotel. Terdapat pilihan parkir kenderaan di luar bangunan atau dalam bangunan - parkir bertingkat.

Penginapan kami - Superior Queen Bed tanpa tingkap dengan harga sekitar RM150. Ruang bilik kecil tapi masih muat untuk solat berjemaah. Tahap kebersihan sederhana - belum cukup memuaskan tapi tidaklah teruk. Masih selesa untuk sekadar tidur satu malam.

Harga bilik sudah termasuk bufet sarapan pagi tapi kami tak bersarapan di sini. Sebabnya - semasa membuat carian berkenaan MH Hotel, saya dapati status halal telah pun ditarik balik.


KHAMIS, 16 OKTOBER 2025
Seawal pukul 7.30 pagi kami mendaftar keluar hotel. Cantik pemandangan pagi dari aras dua parkir MH Hotel - puncak bukit batu kapur nampak berbalam diselubungi kabus pagi.

Dari Ipoh, kami menuju ke Gombak, Selangor. Selesai urusan Encik Suami di Gombak, perjalanan diteruskan ke Bentong, Pahang pula. Sebelum tiba di destinasi, kami singgah makan di Lemang To’ki.

Suatu masa dulu, tempat ini kerap kami singgah bila Encik Suami ada urusan kerja di Kuala Lipis. Alhamdulillah rasa lemangnya masih sedap lembut berlemak macam dulu.

Saya beli juga gula kabung, pencicah air asam dan sambal hitam yang dijual di sini.

Lewat malamnya - kami mendaftar masuk di The Everly Putrajaya Hotel, Putrajaya. Bilik penginapan kami jenis Deluxe Twin di aras 2.

Semua dalam keadaan memuaskan, cukup selesa untuk kami menginap selama dua malam.


JUMAAT, 17 OKTOBER 2025
Siang esoknya, barulah nampak pemandangan indah dari jendela penginapan kami.

Selepas Encik Suami pergi kerja, saya keluar untuk aktiviti morning walk. Pengalaman kali pertama beriadah di Jejak Sisiran 1 - Putrajaya City Trail yang seronok! InsyaAllah catatannya di entri khusus.


SABTU, 18 OKTOBER 2025
Seawal pukul 7.30 pagi, kami bertolak ke kampung halaman saya di daerah paling selatan Semenanjung Malaysia. Aliran trafik sesak, maklum saja cuti hujung minggu bersambung dengan cuti perayaan Deepavali. Hentian R&R penuh dengan lautan manusia.

Pukul 2.30 petang, kami tiba di Pontian, Johor. Foto di atas - jambatan di bandar Pontian yang sudah bertahun lama dalam pembinaan.

Alhamdulillah keadaan kesihatan Mak semakin membaik walau masih tak mampu mengurus diri. Buat masa ini Mak masih menjalani fisioterapi dua kali seminggu bagi mengurangkan kesan masalah Scoliosis.


AHAD, 19 OKTOBER 2025
Hari Ahad tengah hari kami tiba di kampung halaman Encik Suami di Batu Pahat, Johor.

Makan malam bersama Mak dan adik ipar sekeluarga di Restoran Nusrah, Tongkang Pechah. Ada gerai menjual sate di sini, harganya RM1.10 secucuk. Sedap rasa perapan rempah sate dan isi ayamnya lembut berjus. Kalau sate dagingnya pula, ada bahagian yang liat tak boleh dikunyah.


ISNIN, 20 OKTOBER 2025
Seawal pukul 7.20 pagi kami memulakan perjalanan untuk kembali ke rumah kami di negeri paling utara. Alhamdulillah aliran trafik lancar sehingga kami tiba di Nilai, Negeri Sembilan.

Kami singgah di Nilai untuk sarapan pagi di Salomak Sampodeh dan membeli stok makanan frozen di Seehat Store. Sejak dari dulu (sewaktu menetap di Nilai) memang inilah kedai tempat kami membeli pelbagai jenis makanan frozen. Setiap kali berkesempatan, kami pasti singgah di sini.

Paling banyak dibeli - keropok lekor Kepok Ikan Ssaje buatan Terengganu dan popia Otak-Otak Kempas buatan Johor. 

Perjalanan menuju ke utara tanah air tidak begitu lancar disebabkan hujan berterusan - kadang gerimis, kadang hujan lebat. Tapi sempat jugalah kami singgah makan di dua tempat - Eryna Sup Darat, Tapah dan Richiamo, Changlun.

Alhamdulillah kami selamat sampai di rumah Perlis kira-kira pukul 8 malam.







32 comments:

  1. MH Hotel & Everly dedua Cie dah pernah stay. Oh pernah sampai Lipis ye? Mehla datang lagi nanti 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu agak kerap juga ke Lipis sebab hal kerja suami. Ni dah dua tahun tak ke sana.

      Delete
  2. kesian jojo kena tinggal.. tapi tgk muka jojo biasa je xde sedih pun.. hehe

    ReplyDelete
  3. selalu gak ke nilai.. boleh la mun try singgah seehat store.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila try Mun, ada banyak pilihan frozen food. Seronok shopping 😁.
      Kat sebelahnya tu ada kafe Banat Sandwich, sedap sandwich-nya recommended 👍🏽

      Delete
  4. Itu la salahh satu sb ciknur tak jalan2 lebih dari 2 hari he heee
    Anak2 bulusss tinggal
    Tu pun ciknur kena salah sorang ank atau suami mesti tinggal
    Kat rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan…risau nak tinggal tapi saya terpaksa jugaklah. Huhu

      Delete
  5. Nx time hello² la PU kalau datang Gombak, kot ada rezeki bole jumpa 🤗
    Sy 2-3 hari ni dok teringin memang juga, penangan Deepavali kot 😅 Orang dok share di TT balik kg bakar lemang haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya kalau ikut orang kerja ni tak tentu masa, kadang kejap dah siap kena gerak ke next destination. Itu yang tak dapat contact sesiapa kalau ke mana-mana 😅

      Eh…ada kaitan Deepavali dengan lemang? 😂

      Delete
  6. Rindunya nak tengok Jojo. 6H5M tu macam² urusan selesai, kira berbaloi perjalanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangga Jojo kalau tau ni…ada orang jauh rindu dia 😀
      Ya, syukur Alhamdulillah banyak urusan selesai.

      Delete
  7. Kesian Jojo tapi apakan daya. Antara laluan favorite kami untuk brisk walk atau berbasikal di belakang Everly tu. Alhamdulillah selamat sampai Perlis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung jadi orang Putrajaya kan, taman riadahnya luas dan elok dijaga. Jadi semangat kita nak beriadah.

      Delete
  8. Kesiannya Jojo kena tinggal..jaga rumah ye Jojo...seronoknya balik kampung...dari hari tu nak makan lemang tok aki tu...x dapat2 pi lagi...suami dah kerja ni cuti Ahad aje..itu yang susah nak berjalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah saya pesan kat Jojo - tolong jaga rumah. Entah jaga ke tidak, kerja tidur je 😂

      Kalau datang hari Ahad memang sesak - susah nak cari parking dan cari meja makan. Tapi boleh pilih waktu awal operasi atau lepas waktu makan tengah hari, kurang sikit orang.

      Delete
  9. Masya-Allah, sihat badan budak Jojo tu. Pandai Ujie jaga.
    Satu hari nanti, nak cuba lemang Toki. Tersohor kesedapannya, tapi entah kenapa kami tak pernah singgah. Selalu kejar masa.
    Beli makanan frozen tu, boleh tahan lama dalam perjalanan ke utara ya, Ujie? Ada bawa cooler box ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah 😀 Saya jaga macam anak sendiri - bagi makan minum tempat tidur selesa, hantar klinik bila perlu.

      Moga ada kesempatan nanti singgah Lemang To’ki.

      Kadang kami bawa cooler box, kadang cuma pakai cooler bag gini. InsyaAllah tahan elok je kuih takde masalah. Sampai rumah kena cepat kemas masuk freezer.

      Delete
  10. Bestnya road trip balik kampung. Tak jem ke highway cuti Deepavali tu Kak Ujie? Jojo nampak rilek je kena tinggal, agaknya dia lagi suka boleh bebas kemana2 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak ke Johor haritu jem, baliknya tak.
      Jojo nampak je rileks, sebelum tu dia asyiklah ikut kita ke sana sini sambil baring kat kaki. Macam tak kasi pergi 😅

      Delete
  11. Nasihat apa yg dibagi pada jojo tu sampai sedih muka jojo tu hihii.. cantik hotel tu dgn harga RM150.00.. Ada breakfast dah cantik tapi status halal dah ditarik balik tu mengerikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasihat dia jaga diri jangan bergaduh dengan kucing jantan lain, jangan cuba berlawan dengan anjing & ular, jangan merayau jauh-jauh…eh, macam-macam lagilah 😂

      Itulah, status kena tarik balik tu yang buat ragu-ragu nak makan 😅. Takpelah kita makan kat kedai je.

      Delete
  12. Ui...jenjalan sunggguh depa...
    Isnin saya ke Perlis....
    Dalam hati memang teringat Ujie...
    rupanya ujie takda di rumah yer...🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi…pergi makan coq udang kat Kg Warna Warni ka? 😀

      Delete
    2. Dak pun....pi makan kat Padang Besaq ja..balik singgah Dusun Rifa 🤭

      Delete
  13. Rasa risau mesti ada apabila tinggalkan kucing peliharaan lagilah kalau ia jenis merayau takut tidak balik semula ke rumah.
    Alhamdulillah Allah beri kesempatan lagi jalan jauh.
    Seronok dapat briskwalk seorang diri ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah kami ni tak ada pagar keliling, risau kalau ada anjing datang serang Jojo. Risau kalau hujan lebat kilat Jojo takut, tak dapat masuk rumah macam selalu. Eh…banyaklah yang saya risaukan 😅

      Seronok dapat riadah di tempat baru yang cantik. Seorang diri tu pun seronok jugak sebab ikut suka hati nak laju atau slow.

      Delete
  14. Lama sangat tak singgah Lemang Tok'Ki ni. Sedap juga lemangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kalau saja-saja pergi tak sampai kot, ni ada urusan kat sana, singgahlah kan..

      Delete
  15. aloo siannya jojo. kat sana takde pet hotel ke kak?
    salomak sampodeh saya baru datang haritu. datang pun sebab nk support kedai kawan kakak saya. sedpa semua makanan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pet hotel paling dekat ~16km. Jojo kucing jenis bebas keluar masuk rumah, dia tak boleh hidup terkurung kat pet hotel. Sebab tu kami tak hantar dia. Kesian nanti.

      Salomak Sampodeh tu kedai jiran rumah NS akak 😀. Sebab tu kami selalu singgah makan.

      Delete
  16. Saya juga selalu beraaaaat sangat kalau harus meninggalkan anak bulu di rumah. Tp bersyukurnya ada asisten yg menjaga mereka. Kalo tak ada, memang saya tak akan traveling, sebab anak2 bulus semuanya indoor. Jadi tak mungkin tak ada yg mengawasi. Krn pasir , air minum dan wet foodnya yg mesti ada 😅😅

    Jauuuuuh juga perjalanan kakak yaa. Tapi seruuu kan. Tak sabar lah nih saya nak ke Ipoh dan Putrajaya Nov esok.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****