Setelah lima bulan berlalu, saya kembali menyambung catatan perjalanan ke dua wilayah di China. Jemput baca entri pertama yang juga catatan pengenalan - Kembara ke Wilayah Yunnan dan Wilayah Jiangsu di China
Musafir ke negara luar kali ini agak berbeza kerana buat kali pertama saya bergerak dalam kumpulan seramai lima orang - saya, Encik Suami bersama tiga orang kawan Encik Suami. Biasanya hanya berdua - saya dan Encik Suami.
Walaupun ini merupakan trip urusan kerja Encik Suami, tetapi sempat juga kami berjalan-jalan seharian pada hari terakhir di Nanjing yang terletak di wilayah Jiangsu. Maka, ada jugalah entri berkenaan tempat tarikan pelancongan di China.
RINGKASAN PERJALANAN SELAMA 6 HARI 5 MALAM :
HARI PERTAMA | KHAMIS, 10 APRIL 2025
- Saya dan Encik Suami terlepas penerbangan PEN - SIN - KMG (Penang - transit Singapore - Kunming) berlepas pada pukul 4.55 petang menaiki pesawat Scoot Airlines. Terpisah sekejap dengan ahli kumpulan 😅
- Beli tiket baru, penerbangan PEN - CAN - KMG (Penang - transit Guangzhou - Kunming) berlepas pada pukul 11.55 malam menaiki pesawat China Southern Airlines.
HARI KEDUA | JUMAAT, 11 APRIL 2025
- 4 pagi tiba di Guangzhou Baiyun International Airport. Transit 3 jam.
- 7.05 pagi berlepas ke Kunming.
- 9.06 pagi tiba di Kunming Changshui International Airport.
- Makan di sebuah restoran di Kunming, selepas itu ke Kunming Nanyao Railway Station.
- 1.09 tengah hari naik tren CRH ke Lincang.
- 5 petang tiba di Lincang Railway Station.
- Lawatan kilang.
- Makan malam di restoran.
- 9.40 malam daftar masuk Rayzen Hotel.
HARI KETIGA | SABTU, 12 APRIL 2025
- 7 pagi daftar keluar hotel, selepas itu menuju ke Lincang Railway Station.
- 7.55 pagi naik tren CRH ke Kunming.
- 12 tengah hari tiba di Kunming Nanyou Railway Station.
- Makan tengah hari di restoran.
- Jalan-jalan di kawasan sekitar.
- 4 petang tiba di Kunming Changshui International Airport.
- 6.15 petang berlepas ke Nanjing dengan menaiki pesawat China Eastern Airlines.
- 8.25 malam tiba di Nanjing Lukou International Airport.
- 9.50 malam daftar masuk Liyang Marriot Hotel.
- Makan malam di restoran berhampiran hotel.
- 11 malam balik hotel.
HARI KEEMPAT | AHAD 13 APRIL 2025
- 8.30 pagi makan sarapan di restoran berhampiran hotel.
- 10.20 pagi lawatan kilang.
- 5.30 petang balik hotel.
- Aktiviti bebas - kami ke mall, jalan-jalan di taman dan makan malam.
- 10 malam balik hotel.
HARI KELIMA | ISNIN 14 APRIL 2025
- Makan sarapan di restoran berhampiran hotel.
- 9.15 pagi daftar keluar hotel dan menuju ke Liyang Railway Station.
- 10 pagi tren berlepas ke Nanjing.
- 10.30 pagi tren tiba di Nanjing Railway Station.
- Jalan-jalan ke Yuhuatai Scenic Area.
- Makan tengah hari di Li Ji Muslim Restaurant.
- Jalan-jalan ke Niushoushan Cultural Park.
- Solat di Jingjue Mosque.
- Jalan-jalan di deretan kedai berhampiran Qinhuai River.
- Night cruise di Qinhuai River.
- Makan malam di restoran.
- 9.50 malam tiba di Nanjing Lukou International Airport.
HARI KEENAM | SELASA 15 APRIL 2025
- 1.40 pagi berlepas ke Singapura dengan menaiki pesawat Scoot Airlines.
- 6.40 pagi tiba di Singapore Changi Airport.
- Makan sarapan di Bedok.
- 9.45 pagi daftar masuk Ammara Hotel.
- 5 petang daftar keluar hotel, kemudian menuju ke Singapore Changi Airport.
- 7.20 malam berlepas ke Pulau Pinang dengan menaiki Scoot Airlines.
- 8.25 malam tiba di Penang International Airport.
Alhamdulillah kami selamat kembali di rumah Perlis pada hari Rabu pukul 1.15 pagi.
![]() |
Klik foto untuk paparan jelas. (Sumber peta : nationsonline.org) |
Kedudukan negara China dalam peta dunia. Dua wilayah yang saya kunjungi iaitu wilayah Yunnan terletak di bahagian barat daya China dan wilayah Jiangsu terletak di bahagian pantai timur China.
Kerja sambil tu dpt jga lihat negara org alhamdulillah
ReplyDeleteSeronok jga kan
Bestnyaaaa...x sabar tunggu Ujie share lagi banyak2
ReplyDeletePadat jadualnya. Rasa tak sempat lansung nak rehat. Untung juga ada aktiviti bebas tu dan dapat juga jalan-jalan hari seterusnya.
ReplyDelete