Thursday, 25 September 2025

Ringkasan Perjalanan | Trip ke China - Wilayah Yunnan dan Jiangsu

 

Setelah lima bulan berlalu, saya kembali menyambung catatan perjalanan ke dua wilayah di China. Jemput baca entri pertama yang juga catatan pengenalan  - Kembara ke Wilayah Yunnan dan Wilayah Jiangsu di China

Musafir ke negara luar kali ini agak berbeza kerana buat kali pertama saya bergerak dalam kumpulan seramai lima orang - saya, Encik Suami bersama tiga orang kawan Encik Suami. Biasanya hanya berdua - saya dan Encik Suami.

Walaupun ini merupakan trip urusan kerja Encik Suami, tetapi sempat juga kami berjalan-jalan seharian pada hari terakhir di Nanjing yang terletak di wilayah Jiangsu. Maka, ada jugalah entri berkenaan tempat tarikan pelancongan di China.



RINGKASAN PERJALANAN SELAMA 6 HARI 5 MALAM :

HARI PERTAMA | KHAMIS, 10 APRIL 2025
  • Saya dan Encik Suami terlepas penerbangan PEN - SIN - KMG (Penang - transit Singapore - Kunming) berlepas pada pukul 4.55 petang menaiki pesawat Scoot Airlines. Terpisah sekejap dengan ahli kumpulan 😅
  • Beli tiket baru, penerbangan PEN - CAN - KMG (Penang - transit Guangzhou - Kunming) berlepas pada pukul 11.55 malam menaiki pesawat China Southern Airlines.

HARI KEDUA | JUMAAT, 11 APRIL 2025
  • 4 pagi tiba di Guangzhou Baiyun International Airport. Transit 3 jam.
  • 7.05 pagi berlepas ke Kunming.
  • 9.15 pagi tiba di Kunming Changshui International Airport.
  • Makan di sebuah restoran di Kunming, selepas itu ke Kunming Nanyao Railway Station.
  • 1.09 tengah hari naik tren CRH ke Lincang.
  • 5 petang tiba di Lincang Railway Station.
  • Lawatan kilang.
  • Makan malam di restoran.
  • 9.40 malam daftar masuk Rayzen Hotel.

HARI KETIGA | SABTU, 12 APRIL 2025
  • 7 pagi daftar keluar hotel, selepas itu menuju ke Lincang Railway Station.
  • 7.55 pagi naik tren CRH ke Kunming.
  • 12 tengah hari tiba di Kunming Nanyou Railway Station.
  • Makan tengah hari di restoran.
  • Jalan-jalan di kawasan sekitar.
  • 4 petang tiba di Kunming Changshui International Airport.
  • 6.10 petang berlepas ke Nanjing dengan menaiki pesawat China Eastern Airlines.
  • 8.25 malam tiba di Nanjing Lukou International Airport.
  • 9.50 malam daftar masuk Liyang Marriot Hotel.
  • Makan malam di restoran berhampiran hotel.
  • 11 malam balik hotel.

HARI KEEMPAT | AHAD 13 APRIL 2025
  • 8.30 pagi makan sarapan di restoran berhampiran hotel.
  • 10.20 pagi lawatan kilang.
  • 5.30 petang balik hotel.
  • Aktiviti bebas - kami ke mall, jalan-jalan di taman dan makan malam.
  • 10 malam balik hotel.

HARI KELIMA | ISNIN 14 APRIL 2025
  • Makan sarapan di restoran berhampiran hotel.
  • 9.15 pagi daftar keluar hotel dan menuju ke Liyang Railway Station.
  • 10 pagi tren berlepas ke Nanjing.
  • 10.30 pagi tren tiba di Nanjing Railway Station.
  • Jalan-jalan ke Yuhuatai Scenic Area.
  • Makan tengah hari di Li Ji Muslim Restaurant.
  • Jalan-jalan ke Niushoushan Cultural Park.
  • Solat di Jingjue Mosque.
  • Jalan-jalan di deretan kedai berhampiran Qinhuai River.
  • Night cruise di Qinhuai River.
  • Makan malam di restoran.
  • 9.50 malam tiba di Nanjing Lukou International Airport.

HARI KEENAM | SELASA 15 APRIL 2025
  • 1.40 pagi berlepas ke Singapura dengan menaiki pesawat Scoot Airlines.
  • 6.40 pagi tiba di Singapore Changi Airport.
  • Makan sarapan di Bedok.
  • 9.45 pagi daftar masuk Ammara Hotel.
  • 5 petang daftar keluar hotel, kemudian menuju ke Singapore Changi Airport.
  • 7.20 malam berlepas ke Pulau Pinang dengan menaiki Scoot Airlines.
  • 8.25 malam tiba di Penang International Airport.

Alhamdulillah kami selamat kembali di rumah Perlis pada hari Rabu pukul 1.15 pagi. 



Klik foto untuk paparan jelas. (Sumber peta : nationsonline.org)
Kedudukan negara China dalam peta dunia. Dua wilayah yang saya kunjungi iaitu wilayah Yunnan terletak di bahagian barat daya China dan wilayah Jiangsu terletak di bahagian pantai timur China.







37 comments:

  1. Kerja sambil tu dpt jga lihat negara org alhamdulillah
    Seronok jga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul…rasa seronok sebab kita pergi ke tempat yang belum pernah dikunjungi.

      Delete
  2. Bestnyaaaa...x sabar tunggu Ujie share lagi banyak2

    ReplyDelete
  3. Padat jadualnya. Rasa tak sempat lansung nak rehat. Untung juga ada aktiviti bebas tu dan dapat juga jalan-jalan hari seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat padat, sentiasa bergerak. Rasanya tiap kali masuk tren dan pesawat, terus nak terlelap keletihan 😅

      Delete
  4. Nampak padat jadual tapi terselit juga aktiviti bebas tu. Seronoknya dapat jalan2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya..dapat jugaklah berjalan-jalan tengok tempat orang.

      Delete
  5. OK nanti kita baca pengalaman akak jalan2 kat negara China. Teringin nak pergi ke sana tapi risau susah nak berkomunikasi dengan rakyat tempatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komunikasi memang masalah utama sebab rata-rata orang China tak boleh berbahasa Inggeris walau perkataan yang mudah. Syukurlah sekarang ada teknologi apps translate, bolehlah berkomunikasi cuma jadi lambat lah 😅

      Delete
  6. China ini besar sangat memang yaaa.... Butuh waktu lama utk bisa eksplor semua. 2026 insyaallah saya ke Harbin dan Mongolia. Memang dah teringin sangaaat DTG dan melihat ULAN batoor sebab winter dia bisa sampai -30. Saya sukaaaa. Harbin sebab ada festival es.

    Kenapa bisa terlepas pesawat kak 😅😅. Aiiih itu nightmare lah untuk traveler 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tengok peta tu barulah lebih faham betapa luasnya China dan agak menarik sebab bersempadan dengan banyak negara.

      Akak pun teringin nak ke Harbin, festival bulan Dec-Jan kalau tak silap. Tapi akak belum pernah ke tempat bersalji, risau tak boleh tahan sejuk Harbin 😄

      Itulah…first time kami terlepas pesawat 😅. Next entry akak cerita.

      Delete
  7. Eh kenapa terlepas flight tu?
    Maaf tanya, PU mmg bawa buku catatan ye kalau travel? Sbb detail masa & perkara yg dibuat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha…nanti saya cerita.

      Saya catat di WhatsApp - mesej ke diri sendiri 😁. Mudah sebab hp memang sentiasa di tangan.

      Delete
    2. Sama kita kak. Saya ada beberapa cara untuk ingat.

      Pertama saya post di IG story. Nanti kan ada archive nya. Tinggal buat highlight . Pas nak tulis , tinggal buku

      Kedua saya record, voice recording . Sedetil mungkin. Sehingga pas mau ditulis di blog, saya ingat.

      Ketiga saya tulis di notes hp 😄. Jadi memang tak akan lupa lah

      Delete
  8. seronok dpt ikut husband ada urusan keje sambil jln2 tgk tmpt org cuma pack la itinerary

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya...seronok tapi penat berkejar sana sini 😅

      Delete
  9. bestnya wisata.. saya mengimpikan ke xinjiang salah satu wilayah komuniti Islam uyghur serta wilayah nanjing yang pernah membina hubungan diplomatik dengan kerajaan melaka satu ketika dahulu. tentu banyak tinggalan sejarah yang ada kaitan dengan bangsa melayu.. insyaAllah, satu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh…Nanjing pernah ada hubungan diplomatik dengan Melaka.
      Saya teringin nak ke Xinjiang, nak melihat sendiri kehidupan komuniti Muslim di sana.

      Delete
  10. It is wonderful that you get to travel and see new places. Warm greetings from Montreal, Canada ❤️ 😊 🇨🇦

    ReplyDelete
  11. Padat betul jadualnya... nnti mesti ada cerita bergambar kan?

    ReplyDelete
  12. Seronok nya ke Yunnan dan Jiangsu. Nak sangat ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni setakat sampai je, tak berjalan-jalan pun di Yunnan 😄

      Delete
  13. Puas saya tengok peta itu nak cari wilayah Yunnan dan wilayah Jiangsu, siap tangan tunjuk arah mana barat daya dan timur. Haha akhirnya jumpa. Jauh juga ya kembara itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha….memang jauh, itu yang banyak habis masa di jalan.

      Delete
  14. Wah...menjelajah lagi yer..
    Seronoknya Ujie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki tengok tempat orang, seronok jugak walau tak dapat berjalan-jalan sangat pun.

      Delete
  15. Nampak padat jadual perjalanan Ujie. Naik flight, naik train, masuk hotel, keluar hotel. Wow... 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarak antara dua destinasi jauh, jadi banyak habis masa di jalan 😄

      Delete
  16. kalau kat china ni, saya paling teringin nak ke yunnan, xi'an, xinjiang. yunann lawa sangat n nak kesana tak terlalu mahal macam gi xinjiang

    nanti share lah entry bergambar tauu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin jugak nak ke Xinjiang tapi macam tak berani bila baca pengalaman orang - kena buka tudung untuk security check 😕

      InsyaAllah ada entri bergambar, tapi banyak share pengalaman perjalanan je 😄

      Delete
  17. Tak pernah lagi ke sini kecuali Beijing.

    ReplyDelete
  18. seronoknya...sambil bekerja, dapat jalan2, tengok budaya & kehidupan di negara China...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****