Pada bulan Mei lalu, saya tanam tiga jenis benih bawang (bulb) pokok rain lily Thailand hybrid. Setelah enam minggu ditanam, kuntuman pertama id Scarlet O’hara berbunga - entrinya DI SINI. Lepas sekuntum, muncul lagi sekuntum pada bawang kedua. Saya tertunggu-tunggu bila agaknya lagi dua jenis pokok rain lily akan mengeluarkan bunga pertama.
Sehinggalah dua hari lepas, saya nampak kemunculan kudup bunga pada pokok rain lily id Noble Gold. Wah! Penantian hampir tiga bulan bakal berakhir.
Kudup bunga rain lily. Foto diambil pada pagi semalam, 14 Ogos 2025.
Pukul 8 pagi tadi, 15 Ogos 2025 - kudup bunga menanti masa untuk berkembang.
Pukul 11.30 pagi - kuntuman pertama rain lily Noble Gold sudah pun berkembang cantik 😍
Bunganya berwarna kuning cerah dengan sedikit warna oren pada hujung kelopak. Semasa dibeli, benih Noble Gold ni yang paling besar saiznya di antara tiga jenis benih bawang. Hasilnya, kuntuman bunga juga lebih besar berbanding rain lily Scarlet O’hara.
Si kuning yang ceria ini tidak bersendirian, si merah terang di pasu sebelah juga sedang mekar.
Bunga rain lily Scarlet O’hara kuntuman ketiga. Warnanya agak pudar dan kelopaknya tidak begitu segar kerana bunga ini sudah pun berkembang sejak semalam.
Saiznya lebih kecil berbanding Noble Gold. Kedua-dua jenis rain lily ini mempunyai enam kelopak dan mengeluarkan bau wangi yang lembut bila dihidu dekat.
Beberapa kuntum bunga rain lily id Rosea Pink juga sedang berkembang mekar. Pokok jenis ini juga dikenali sebagai rain lily kampung, saiz bunganya lebih kecil. Kelebihan rain lily jenis ini - ia lebih mudah berbunga dan mudah membiak.
Sekarang ini saya sedang menanti pokok rain lily id Life & Joy pula berbunga. Juga berharap ketiga-tiga jenis Thailand hybrid cepat membiak supaya boleh saya pindahkan ke tempat tanaman yang lebih besar.
Rasa lebih ceria hari ini apabila dapat menikmati keindahan bunga berwarna-warni. Biarpun tak banyak tapi tetap membahagiakan. Alhamdulillah 💙
Okey SA jeles...cantiknyaaaa semua menjadi ni....nak jugakkkkkk...tapi kalau SA tanam semua mesti mati...nyampah tauuu..
ReplyDeleteAlaa SA, rezeki lain-lain. Kena try tanam macam-macam, InsyaAllah ada la rezeki kat salah satu tanaman tu.
Deletecantik rain lily
ReplyDeleteCantik ceria dipandang 😊
DeleteMrlihat kelopak bunga sudah mekar, hati turut berbunga riang! Sedap mata memandang.
ReplyDeleteHehe...terus mood gembira hari tu.
DeleteWahhh, mesti cantik berseri² halaman rumah kalau ia membiak banyak tu, Ujie. Kuning cerah tapi nampak terang jugak tu.
ReplyDeleteEntah bila la nak membiak banyak. Dah berbulan masih belum tumbuh bawang baru.
DeleteBerseri2 lah rumah macam ni....
ReplyDeleteBaru sekuntum dua, buat sedap mata bolehlah 😀
DeleteTengol kudup bunga dia pun dah buat hati berbunga-bunga. Itupun dah cantik rupa dia, apatah lagi mengembang. Dalam ketiga-tiga ni saya paling suka bunga rain lily Scarlet O’hara, warnanya sangat menyerlah dan rare sikit.
ReplyDeleteWarnanya merah oren dan ada warna kuning di tengah, memang nampak menyerlah.
Deletecantikkknya semuaaa.. mesti hari2 belek ni
ReplyDeleteHahaa..iya, hari-hari tunggu bilalah nak berbunga, nak membiak.
DeleteLawa2 semuanya.. Memang rasa happy kan bila yg dibela berbunga dgn cantiknya
ReplyDeleteKejayaan kecil yang buat kita gembira 😀
DeleteWarna dia ceria la, Ujie. Kuning, merah, pink. Cantik! 😍
ReplyDeleteBuat hati ceria memandang 🥰
DeleteComelnyaaa... Kalau nk tahu bunga2 akan keluar waktu mlm. Pucuk bunga akan muncul bila siang kembang la
ReplyDeleteKalau boleh buat time lapse video mesti menarik nampak perubahan dari malam ke siang tu kan.
DeleteCantikkkknyaaa... Memotretkan kejadian dri sebelum sehingga selepas kejadian..
ReplyDeletePokok bunganya tak banyak, bolehlah layan memotret tiap perubahan 😄
DeleteGembira pokok yang kita tanam keluar bunga.
ReplyDeleteAlhamdulillah.
Iya Alhamdulillah 🥰
DeleteTerapi mata ni Ujie. Cantik la bunga dia.
ReplyDeleteTerapi mata dan buat hati gembira 😀
DeleteTenang ceria dapat tengok bunga yang mekar ni. Memang terapi.
ReplyDeleteAiiiiih cantiknya kaaak. Paling suka yg kuning 😍😍😍. Memang dingin tangan kakak, tumbuh bagus bunga2nya ❤️👍
ReplyDeleteOhhmaiii so cantik! Saya suka scarlet ohara tu, combination warna yg unik sangat 😍😍
ReplyDeleteCuba kalau dia ada shades of blue sikit, boleh jadi bendera malaysia hehe