Wednesday, 6 August 2025

Terbang Pulang Dengan Japan Airlines



Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur menaiki pesawat Japan Airlines (JAL) dijadualkan pada pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) dan dijangka tiba pada pukul 6.20 petang (waktu Malaysia). Sebelum menaiki pesawat, saya dah siap berwuduk sebagai persediaan menunaikan solat jamak di dalam pesawat  - waktu Zohor masuk pada pukul 11.32 pagi.

Keadaan di dalam pesawat.

Pesawat Boeing 787-9 dengan susunan kerusi 2-4-2 bagi kelas ekonomi. Kami duduk berdua di sebelah kiri pesawat.

Tempat duduknya selesa dengan ruang kaki luas.

Pesawat berlepas kira-kira pukul 11.50 pagi. Dari jendela pesawat, saya dapat menyaksikan puncak Gunung Fuji yang dilitupi salji memutih. Tidak begitu jelas, tetapi tetap mengujakan.


TIADA ‘MUSLIM MEAL - MOML’ UNTUK SAYA
Permintaan bagi makanan halal dalam penerbangan JAL sudah pun dibuat menerusi panggilan telefon dengan pihak Malaysia Airlines (MAS). Kami beli tiket dengan MAS, jadi semua urusan hanya dengan MAS.

Tetapi berlaku kesilapan sistem di pihak MAS, nama saya tercicir bagi permintaan makanan Pre-Order Meal sewaktu penerbangan pergi dengan MAS dan juga permintaan makanan halal bagi penerbangan balik dengan JAL. Saya katakan ia kesilapan sistem sebab saya berada di sebelah Encik Suami semasa panggilan telefon dibuat. Saya dengar jelas semuanya, nama saya dan nama Encik Suami disebut. Entah macam mana, nama saya tiada dalam sistem mereka.

Setelah lebih 1 jam penerbangan, pramugari menghidangkan makanan ke tempat kami. Menyedari berlaku kesilapan dalam sistem - Encik Suami seorang saja yang dapat Muslim Meal, pramugari berkali-kali meminta maaf kepada saya dan katanya akan buat report berkenaan hal ini.

Pramugari tadi berusaha membantu saya, beliau datang kembali dengan membawa beberapa keping kad kecil tertera nama menu serta bahan-bahannya. Posisi badannya direndahkan sambil menerangkan kepada saya menu yang ada. Setelah diteliti - tiada makanan yang boleh saya makan kerana cuma ada pilihan daging atau ayam juga campuran wine dalam masakan.

Beliau kemudiannya datang kembali dengan membawa kad kecil menu Dietery Meal. Alhamdulillah, tiada bahan-bahan yang meragukan.

Hidangan Muslim Meal (MOML) untuk Encik Suami. 

Nasi dan kari ayam. Sedap!

Cop halal oleh Japan Islamic Trust.

Yuzu sorbet.

Hidangan Dietery Meal untuk saya. Pramugari minta tunggu sekejap, beliau datang kembali dengan membawa set sudu garpu plastik (pakai buang) bagi menggantikan set sudu garpu besi yang tersedia.

Nasi putih, kari sayur dan salad kosong. Walaupun cuma makan ringkas begini, saya rasa sedap. Entah sebab perut lapar atau memang betul sedap 😄. Maklumlah, sejak dari pagi tadi saya belum makan makanan berat. Alhamdulillah ada juga rezeki saya walau cuma Dietery Meal.

Saya dan Encik Suami berkongsi makanan yang ada, jadi bolehlah sama-sama merasa dua jenis hidangan ini.

Empat jam kemudian, Encik Suami dapat burger sebagai hidangan minum petang. Sekali lagi pramugari minta maaf sebab kali ini tiada makanan yang boleh diberikan kepada saya.

Awalnya saya rasa geram dan kecewa dengan masalah yang timbul, tapi kemudiannya terubat rasa dengan layanan mesra dan bersungguh-sungguh oleh pramugari JAL.

Seperkara lagi yang menarik perhatian saya - berkenaan pemakaian pramugari JAL. Pakaian seragam mereka menonjolkan gaya profesional dan sopan - pakaian tidak sendat dan skirt melepasi paras lutut.

Saya tertanya-tanya juga sebab nampak pemakaian mereka berbeza, rupa-rupanya memang ada pilihan pakaian. Siap boleh berseluar panjang, tapi saya tak perasan pramugari berseluar panjang dalam penerbangan yang saya naiki.

Penerbangan pulang dengan JAL yang cukup selesa - saya habiskan masa dengan menonton Detective Conan, pramugari yang sangat membantu, makanan sedap dan tandas pesawat dilengkapi dengan washlet (electronic bidet toilet seat). Iya, buat pertama kali saya guna tandas pesawat tak perlu bawa portable bidet. Hal kecil yang membahagiakan!

*

Alhamdulillah…setelah terbang selama kira-kira 7 jam 10 minit, pesawat kami selamat mendarat di KLIA T1 pada pukul 6 petang waktu Malaysia - awal dari jangkaan. 

Kami bermalam di rumah NS sebelum kembali ke rumah Perlis pada esok harinya.







33 comments:

  1. Ujie, kalau sy mesti nangis sebab nama tercicir untuk makanan tu. Mujurlah ada menu lain yg halal ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nangis nanti glamer pulak, orang tengok 😆
      Tapi memang frust lah sebab kita bayar harga lebih untuk penerbangan lengkap hidangan makanan. Trip jauh pulak tu. Alhamdulillah ada jugak yang boleh dimakan.

      Delete
  2. alahai macamana boleh tercicir...alhamdullilah selamat kembali ke malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah macam mana sistem dia, padahal kita call untuk buat request tu.

      Delete
  3. bila pramugari bersungguh sungguh minta maaf, terubat juga hati yang kecewa

    ReplyDelete
  4. Selesa nampak naik JAL ni. Aduh, kesilapan teknikal pulak akak tak dapat MOML tu. Tapi dorang ni kalau berlaku kesilapan memang bersungguh minta maaf dan selesaikan dengan berkhemah. Ada hikmahnya tu dapat sama-sama merasa kedua-dua hidangan. Sayangnya burger meal tu tak ada gantian meal lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, ada hikmahnya apa yang berlaku. Bolehlah tahu macam mana pramugari JAL handle masalah begini.

      Burger tu simple tapi sedap. Dapatlah merasa, share dengan suami 😄

      Delete
  5. alahai kesilapan teknikal. sedih jugak tak dapat makan. mujur la staf dapat handle situasi dengan baik. takdela kita ni nak marah sangat. cuma kecewa tu ada la kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rasa kecewa, kita ni tak makan apa-apa kat airport sebab fikir nanti ada makanan dalam flight. Sekali...huhu

      Delete
  6. Itulah yg saya suka dengan keprofesionalan orang jepang. Untuk hal kesalahan sistem begini, mereka siap minta maaf tapi tetap bersungguh2 menyediakan makanan untuk kakak. Nasib baik ada 👍👍👍.

    Belum pernah saya pakai JAL. Nantilah nak juga. Selalunya dulu ke sana selalu pakai Airasia X dan trakhir kali naik MAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jelas nampak mereka bersungguh nak tolong akak dapatkan makanan. Terharu dengan servis yang diberi.

      Delete
  7. kesiannya nama boleh tercicir pulak. sampai 2 kali pulak tu. masa yg dengan mas tu pun tak dapat apa2 makanan ke atau digantikan dgn vege food je?

    bagusnya layanan pramugari tu. macam saya pergi beijing haritu, naik CSair. pastu saya yg tersalah pergi cancelkan makanan sendiri. tapi pramugari tu tetap bagi makanan jugak walau cuma sayur dan buah je.

    pakaian pramugari JAL sopan dan cantiklah. memang tunjukkan adab sopan budaya timur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa dengan MAS dari KL, diberi makanan sama macam orang lain yang tak buat pre-order meal. Takde masalah sangat sebab memang semua halal. Tapi pramugari MAS sepatah pun tak cakap maaf, cuma cakap 'tak ada dalam sistem'. Berbeza dengan cara JAL layan.

      Samalah...pramugari CSA beria suruh ambil pisang 😄. Salah kami sendiri lambat request MOML.

      Sopan kan uniform gitu, suka tengok.

      Delete
  8. Bagus servis, memohon maaf dan offer makanan lain. Terubat sedikit frust nya kan. Memang rindu Jepun, moga kita semua dapat ke Jepun lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun kesilapan ni bukanlah dari pihak JAL, tapi tetap juga berkali-kali mohon maaf.

      InsyaAllah...aamin!

      Delete
  9. Kesilapan yg menguji kesabaran... takpelah PU, benda nak jadi kan...
    Bila tengok uniform JAL ni, teringat pramugari MAS yg pakai seluar panjang, lengkap bertudung semua utk penerbangan haji ke tanah suci. Alangkah bagus kalau utk penerbangan biasa pun diberi kelonggaran utk menutup aurat bg yg Muslim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu ni dah lama timbul, tapi entah kenapa masih tak ada perubahan baik.
      Jepun bukan negara Islam pun boleh bagi pilihan pakaian sopan untuk pramugari mereka. Kita pulak tetaplah dengan uniform yang satu tu je.

      Delete
  10. Haaaa... sopan je uniform diorang kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak lebih professional gaya sopan begini.

      Delete
  11. Nak marah tapi bila layanannya bersungguh-sungguh dan memang nampak mereka sangat ambil berat jadi tak boleh nak marah. Pakaian mereka lagi sopan dari pramugari MAS yang berkebaya belah kain nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaa...rasa malu pulak, kita dikenali sebagai negara Islam tapi pakaian pramugari MAS jauh dari menutup aurat dan tak sopan sebab terdedah sana sini.

      Delete
  12. Seronok baca pengalaman kak Ujie ke luar negara.
    Part uniform JAL tu pun nampak kemas dan sopan je + sangat beradab bila ada masalah yang timbul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca ya.

      Betul, gaya pemakaian nampak professional selari dengan servis diberi 👍

      Delete
  13. Dietery meal tu nampak macam hidangan vegan/vegetarian. Teringat yang minta makanan halal dan vegan/vegetarian dapat dahulu.
    Alamak itu masalah rupanya kalau penerbangan kongsi (code sharing).
    Nasib baik kesilapan diganti dengan maaf dan layanan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, special request meal akan dapat dulu.

      Rasanya bukanlah sebab code sharing jadi timbul masalah tercicir nama saya ni, tapi masalah pada sistem MAS atau customer service MAS yang tersilap uruskan request kami.

      Delete
  14. Wah..hebatnya ke Jepun..klik blog dah nak balik Malaysia..pasti banyak ceritara menarik..teringat saya pernah ke jepun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi Jepun ni 'hebat' bab habiskan duit, sebab kos tinggi 😅
      Tentu jadi kenangan manis dapat ke Jepun.

      Delete
  15. nasibaik husband ujie dpt juga menunya..kalo dua2 tkde dlm sistem jenuh juga la kelaparan kan...nasibaik crew melayan dgn baik dan minta maaf....tp lps tu ada buat report ke kt MAS isu tercicir tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, syukur jugalah kan 😄. Kalau dua-dua tak dapat muslim meal, lagilah rasa sangat kecewa.

      Sepatutnya kena buat supaya mereka tau, tapi kami malas pulak nak buat report. Dan kalau ikutkan, pramugari JAL berulang kali sebut akan buat report hal ni. Harap betul la dia buat.

      Delete
  16. Uniform diorang cantik dan sangat professional...layanan pun terbaik diberikan dan masalah diorang settlekan secepat mungkin walau nama tetap tercicir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara mereka handle masalah tu memang sangat professional. Saya rasa puas hati dengan JAL walaupun tetap ada rasa kecewa dengan MAS.

      Delete
  17. Menguji kesabaran bila tak dapat makanan halal, tapi bagus layanan pramugari ye. Pertama kali saya baca tentang penerbangan Jepun ni. Terima kasih atas perkongsian, Ujie.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****