Tuesday, 20 May 2025

Menginap Tiga Malam di APA Hotel Keisei Ueno-Ekimae, Ueno, Taito City, Tokyo

Kembali menyambung catatan trip ke Jepun pada bulan Disember 2024. Jemput baca entri terdahulu —> Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei, Shinjuku


Setelah menginap selama dua malam di Art Hotel Nippori Lungwood, Nippori kami berpindah penginapan ke APA Hotel Keisei Ueno-Ekimae yang terletak di Ueno.

Faktor pemilihan hotel ini kerana :
  • Lokasinya yang berdekatan dengan Ueno Station iaitu kira-kira 350 meter - memudahkan pergerakan kami ke sana sini dengan menaiki tren.
  • Hotel ini juga terletak kira-kira 40 meter ke Keisei Ueno Station iaitu stesen tren untuk ke lapangan terbang - Keisei Skyliner Airport Express. Mudahlah kami bawa bagasi untuk naik tren ke lapangan terbang pada hari terakhir nanti.
  • Selain itu, hotel ini juga terletak berhampiran dengan pelbagai tarikan seperti Ameyoko Shopping Street dan Ueno Park.

Jadinya, walaupun kami sedia tahu biliknya sangat kecil dan dapat kadar harga yang sangat tinggi - kami terpaksa juga memilih untuk menginap di hotel ini. Tak dapat nak pilih hotel bersebelahan yang menawarkan harga lebih rendah kerana tiada kekosongan untuk penginapan selama tiga malam.

APA Hotel Keisei Ueno-Ekimae, Ueno, Taito City, Tokyo, Jepun
Bangunan APA Hotel Keisei Ueno-Ekimae. APA Hotel dimiliki oleh APA Group - syarikat yang memiliki rangkaian hotel di seluruh Jepun. APA merupakan singkatan ‘Always Pleasant Amenities’. Berhati-hati semasa kalian nak membuat tempahan, kot terkeliru kerana ada banyak APA Hotel di merata tempat.

APA Hotel Keisei Ueno-Ekimae, Ueno, Taito City, Tokyo, Jepun
Jalan raya di hadapan hotel - sebelah kiri bangunan hotel dan sebelah kanan kawasan Ueno Park.

APA Hotel Keisei Ueno-Ekimae, Ueno, Taito City, Tokyo, Jepun
Laluan ke bilik-bilik penginapan.

Ada ruang tengah begini, jadi nampak luas dan tak rasa terkepung. Bilik kami di aras 5.

APA Hotel Keisei Ueno-Ekimae, Ueno, Taito City, Tokyo, Jepun
Beginilah rupa bilik penginapan kami - Double Room. Laluan dari pintu masuk menuju ke katil tu jelah yang boleh digunakan untuk letak bagasi dan menunaikan solat. 

Ruangnya kecil dan sangat terhad tapi lengkap dengan pelbagai kemudahan - kecuali iron gosok baju tu memang tak disediakan di kedua-dua hotel penginapan kami.

Katil double tapi saiznya agak kecil untuk dua orang dewasa. Katil di hotel sebelum ni pun sama, agaknya memang begini saiz katil double di Tokyo.

Pemandangan dari jendela bilik kami. Sedang ada pembinaan, bising sedikit tapi tak mengganggu sebab pada kebanyakan masa kami berada di luar.

Tiada almari/ruang simpan pakaian, cuma ada tempat gantung begini. Ok jugalah masih ada ruang gantung pakaian.

Saya suka gantung siap-siap seluar/baju/tudung yang nak dipakai pada hari-hari berikutnya supaya tak renyuk teruk kalau simpan dalam beg. Semuanya dah siap gosok dari rumah, kalau renyuk sikit tu kira pejam mata jelah pakai. Tudung empat segi yang jelas nampak garis lipatan pula, saya cuma gunakan hair dryer hotel - basahkan sikit dan keringkan guna hair dryer. Lebih kurang macam konsep steam iron 😀

Antara kemudahan yang disediakan termasuklah deodorizing mist untuk bilik.

Bilik air kecil tapi lengkap dengan tab mandi. Air paipnya boleh diminum - tertera tulisan ‘drinkable’.

Keperluan mandian dalam botol besar - mudah dan lebih puas guna. 

Tiada servis kemas bilik. Setiap hari sebuah beg berisi keperluan harian digantung di depan pintu bilik.

Sama seperti hotel penginapan kami sebelum ini, di APA Hotel ini juga sistem pendingin hawa / pemanas dikawal secara centralized system. Dalam bilik ada disertakan notis berkenaan centralized system ni, juga saranan kalau panas boleh buka tingkap atau pinjam kipas angin di kaunter lobi hotel.

Jumaat, 6 Disember 2024 - suhu rendah 9℃ pada pukul 11.30 malam.
Mula-mula masuk bilik, masih ok rasa sejuk sebab di luar udara sangat sejuk. Bila nak tidur malam jadi rasa tak selesa sebab tak rasa sejuk pendingin hawa, tapi rasa hangat. Lepas guna kipas angin pun masih rasa tak selesa. Bila buka tingkap, fuh...menerpa angin sejuk! Kena buka tingkap sikit je supaya tak terlalu sejuk. Alhamdulillah selesa sungguh tidur malam kami dengan udara sejuk semula jadi.

Secara keseluruhannya, kami rasa selesa menginap di APA Hotel Keisei Ueno-Ekimae selama tiga malam. Bilik penginapan yang cukup lengkap dengan pelbagai kemudahan, semua peralatan/perabot berkeadaan baik dan bersih.

Kita ketepikan soal kadar harga tinggi, ruang bilik yang sangat terhad dan centralized air conditioning system kerana nampaknya begitulah keadaan hotel di Tokyo - mungkin bukan semua, tapi begitulah setakat pengalaman kami menginap di dua buah hotel berbeza.

Kos penginapan kami selama tiga malam adalah sebanyak RM2,368.79, pembelian menerusi Agoda. Pecah rekod, seumur hidup kami tak pernah bayar harga bilik hotel semahal begini 😅. Untuk info - kadar harga bilik di sini adalah fleksibel iaitu berubah-ubah bergantung kepada kadar permintaan dan tempoh semasa kita membuat pembelian.







23 comments:

  1. Betul Ujie, kadang tu lokasi lagi penting dari saiz hotel kan, sebab untuk menyenangkan kita bergerak. Kos tu kadang tak dapat dielakkan, atas banyak faktor trip kita kan. Rindu Jepun, moga kita sampai sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...banyak hal kita kena pejam mata sekejap demi kelancaran trip.

      InsyaAllah moga kita dapat ke Jepun lagi.

      Delete
  2. Walaupun kurang ruang tapi lengkap juga dengan segala kemudahan dan peralatan. Kira boleh adapt lagi lah. Fuhh..harga dia boleh tahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tulis pun rasa takmo tulis harganya 😅, tapi tulis jugak sebagai rekod dan rujukan akan datang.

      Delete
  3. Beberapa kali menginap di kota2 di jepang, saya ambil kesimpulan, semakin bukan turis destination, semakin besar kamar hotel 😄.

    Waktu saya stay di Tokyo, Osaka, Fukushima itu semua hotel keciiiiil sangat kamar

    Tp saat stay di Nagasaki, dan Hachinohe, beuuugh kamar luaaaas kak , 😄. Puas nak guling2 rasanya hahahah

    Yg penting harus dekat station kereta api. Jadi mudah nak kemana2.

    Apa hotel saya pernah stay di Fukushima. Saat dengan teman ke jepang.

    Memang kecil tp saya suka sebab strategis lokasi dia. Tinggal meluncur sekejab ke station kereta api 😄👍

    Tapi saya setuju, ac dia centralized, dan saat winter terlalu panas heater di pasang 🤣🤣🤣. Saya tak suka. Apalagi saya harus dingin kamar. Terpaksa buka jendela 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sabar rasanya nak ambil pengalaman macam Fanny - menginap di kawasan luar tumpuan pelancong.

      Kalau penghujung autumn saja sudah terasa panas heater, apa lagi winter, hotel pasang heater lebih panas lagi 😅

      Delete
  4. Tq share tips steam iron guna hair dryer tu, hehehe. Sy sejenis yg paling malas nak iron baju/ tudung bila kat hotel, sanggup pakai nampak berlipat tapi biasanya shawl tak perlu iron, kalau tudung pat segi kena!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Sk. Saya pun malas nak iron bila kat hotel. Sebolehnya memang pakai je apa yang dah iron dari rumah.

      Delete
  5. Wah, stay dekat APA Hotel Keisei Ueno-Ekimae ni memang lengkap tapi bilik kecil gila! Kalau letak bagasi dah rasa macam main puzzle, nak solat pun kena kira ruang betul-betul 😂. Harga pun buat dompet terkebil-kebil, tapi sebab lokasi dekat stesen tren, memang berbaloi la walau ruang macam ‘kotak kasut’! Yang best tu, air paip boleh minum terus, tak payah beli air mineral, jimat sikit kan. Next trip, jangan lupa bawa kipas tangan portable, in case centralized air conditioning buat hal lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..a/c tu memang gitu, centralized kan. Ikut musim. Tapi oklah boleh buka tingkap, sejuk berangin.

      Delete
  6. Sy pun jenis iron siap² & gantung baju seluar yg nak dipakai bila tiba di hotel.
    Begitulah kan, serba serbi mahal nampaknya di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai hotel dah malas nak iron bagai walaupun kadang dapat bilik ada iron.

      Hehe..iya, trip Jepun memang kos tinggi.

      Delete
  7. Wah bestnya pergi Jepun.

    ReplyDelete
  8. bilik kecik tp siap ada bathtub..syok tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terkejut juga saya, ruang kecik gitu pun boleh lagi muat bathtub.

      Delete
  9. wlu ruang bilik terhad tp yg penting dekat utk mudah urusan.. tp byrn nya tu gulppp telan air liur hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah pergerakan itu yang paling utama. Terpaksalah bayar lebih.

      Delete
  10. Kreatif, guna hair dryer untuk hilangkan lipatan tudung. Gunakan apa yang ada. Kakak tengah saya masa pergi umrah, dia bawa seterika tiga segi, kecik je, boleh muat dalam luggage, untuk gosok. Ada jual di shopee katanya.
    Cantik, hotelnya, Ujie. Berpadanan dengan harganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada travel iron tapi tak bawak sebab voltan Jepun berbeza, nanti kalau bawak pun tak boleh guna sebab tak panas betul. Lupa nak cerita bab voltan berbeza ni di entri.
      Nak beli baru, iron jenis dual voltage yang boleh guna di Jepun, rasa tak berbaloi pulak sebab bukan selalu pergi. Kalau selalu, kena beli jugak kot. Hehe...

      Delete
  11. Terkejut tengok harga 3 hari. Yalah tanah mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lokasi strategik, itu yang mahal. Lagi pulak kami lambat booking, tambah mahal la.

      Delete
  12. Bitter pulak saya baca harga mahal, bilik kecik. Kalau stakat bilik kecik je boleh terimalah lagi sbb kebanyakan hotel kt jepun semua macam tu jugak. tapi bab nak iron baju pun tkde n a/c pun jenis centralized system tu rasa tak tak best ye. Padahal kita bayar mahal kot, nk gosok baju n guna a/c sukahati pun takde 😫

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****