Wednesday, 7 May 2025

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei, Shinjuku

Sambungan entri terdahulu —> Jalan-jalan Santai di Harajuku, Shinjuku, Ginza dan Ueno


Kunjungan kami ke restoran Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei memang dah dirancang awal dan ada dalam itinerari. Tetapi disebabkan tak buat carian secara terperinci, saya tak tahu bahawa restoran ini terletak di aras bawah tanah (basement).

Halal Wagyu Ramen Shinjuku
Ikut panduan Google Maps, katanya kami dah sampai destinasi. Tapi tak nampak pun mana satu kedainya. Melilau mata kami memerhati sekitar. Rupa-rupanya kita kena masuk ke dalam bangunan, kemudian turun ke aras bawah - B1.

Halal Wagyu Ramen Shinjuku
Bahagian hadapan restoran. Nampak ada bangku dan kertas tulis nama untuk tunggu giliran masuk. Kebetulan semasa kami tiba, ada pelanggan keluar diiringi oleh pelayan kedai. Jadinya kami terus tanya kot boleh masuk tanpa perlu menunggu di luar.

Halal Wagyu Ramen Shinjuku
Alhamdulillah kami boleh terus masuk. Ruang dalam restoran ini tak begitu luas - terdapat kira-kira enam buah meja yang disusun rapat atau boleh juga memilih makan di kaunter bar. Masih ada beberapa meja kosong, kami pilih makan di meja supaya lebih selesa dan kurang rasa kekok jika memilih makan di kaunter bar (makan berhadapan dengan para pekerja yang sedang menyiapkan hidangan).

Halal Wagyu Ramen Shinjuku
Servis di sini sangat pantas. Sekejap je dah sampai hidangan yang dipesan. Kami makan wagyu ramen. Encik Suami punya, daging wagyu lebih - entah tiga atau empat potongan wagyu.

Halal Wagyu Ramen Shinjuku
Cantik mangkuk hidangannya. Rasa wagyu ramen di sini juga sedap, sesuai dengan cita rasa kami.

Halal Wagyu Ramen Shinjuku
Sekejap je meja-meja lain sudah dipenuhi pelanggan. Menariknya, rata-rata pelanggan di sini merupakan orang Malaysia dan Indonesia. Suasana makan di sini rasa seperti di tempat sendiri bila dengar orang sekeliling bertutur dalam bahasa Melayu dan Indonesia.

Alhamdulillah...kami berkesempatan mencuba satu lagi tempat makan halal di Tokyo. Layanan di sini sangat memuaskan. Pantas dan mesra - datang di sambut dengan baik dan begitu juga sewaktu kami melangkah keluar, mereka ramai-ramai ucapkan terima kasih. 

Kos makan-makan kami di sini sebanyak 10,340 yen 😅

Kalau kalian ke Shinjuku, bolehlah mencuba makan di sini. Carian di Google Maps - Halal Wagyu Ramen Shinjuku-tei Tokyo Shinjuku. Waktu operasi bermula pukul 12 tengah hari sehingga 9 malam.








25 comments:

  1. Wah sedapnya. Bilalah saya boleh bawa anak-anak merasa makanan hebat begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niat yang baik, insyaAllah moga diluaskan rezeki encik ya.

      Delete
  2. Nampak sedap. Daging pun tak nipis 😃

    ReplyDelete
  3. Menarik.. kalau tmpt kita tak ada kedai mkn di basement mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tu yang tak terfikir dan terkejut jugaklah.

      Delete
  4. Nampak sedapnya...dengan mangkuk cantik pulak tu, lagi feel hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mangkuk cantik boleh buat makanan jadi tambah sedap 😁

      Delete
  5. sedapnya tgk wagyu ramen tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah…kena la dengan cita rasa kami.

      Delete
  6. wahhh mcm cari lokasi harta karun sbb mcm tersembunyi sikit hehe

    ReplyDelete
  7. Saya rinduuuuuu nak ke jepang jadinya 😍😍😍😍😍. Memang dah mudah sangat cari halal foods di sana yaaa. Harap2 lah THN depan bisa ajak suami dan anak2 ke sana lagi.

    Yakin sedaaap ramennya kak. Apalagi kuah dia kliatan creamy dan pekat 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada banyak pilihan kedai halal di sekitar Tokyo.

      InsyaAllah moga tercapai hasrat Fanny 😊

      Delete
  8. Nasib baik jumpa. Tanya orang di sekitar situ ke kedudukan restoran tersebut?
    Masa ini dapat cuba wagyu dan ramen.😅

    ReplyDelete
  9. Terasa macam makan di negara sendiri pulak kan bila semuanya bersembang dalam bahasa. Menarik betul hidangan ramen dia. Kena pulak tu dengan selera.

    ReplyDelete
  10. lama tak singah sini tau2 je dah sampai Jepun ye. teringat dulu restoran di Kyoto pun bawah tanah juga

    ReplyDelete
  11. Kat jepun ni mmng banyak betul kedai makan basement cmni. Pastu ruang terhad. Tertanya pulak saya bab2 pengudaraan masa memasak tu cmne kan? Kita kat umah ni kalau masak mesti nk bukak tingkap

    Nampak sedap ramen tu, harga pun sedap 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak perasan, kat sana walaupun ruang makan kecik tapi langsung tak berbau. Tentu diaorang guna cooker hood yang betul-betul bagus.

      Harga wagyu, gitulah 😅
      Sesekali merasa.

      Delete
  12. Musykil camana rasa ramen yang orang sana buat. Mesti sedap. Tiber teringat anime Naruto, sebab dia pun suka makan ramen.
    Sekali pandang, macam spagetti kuah lemak pun ada.

    ReplyDelete
  13. Biasa kedai makan kecil mcm ni di jepun agak susah nak cari kalau berada di celah bangunan and so on.. tpi yg ini okla mudah nk dicari.. nmpk mknn sedap tu..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****