Sambungan entri terdahulu —> Jalan-jalan Santai di Harajuku, Shinjuku, Ginza dan Ueno
Kunjungan kami ke restoran Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei memang dah dirancang awal dan ada dalam itinerari. Tetapi disebabkan tak buat carian secara terperinci, saya tak tahu bahawa restoran ini terletak di aras bawah tanah (basement).
Ikut panduan Google Maps, katanya kami dah sampai destinasi. Tapi tak nampak pun mana satu kedainya. Melilau mata kami memerhati sekitar. Rupa-rupanya kita kena masuk ke dalam bangunan, kemudian turun ke aras bawah - B1.
Bahagian hadapan restoran. Nampak ada bangku dan kertas tulis nama untuk tunggu giliran masuk. Kebetulan semasa kami tiba, ada pelanggan keluar diiringi oleh pelayan kedai. Jadinya kami terus tanya kot boleh masuk tanpa perlu menunggu di luar.
Alhamdulillah kami boleh terus masuk. Ruang dalam restoran ini tak begitu luas - terdapat kira-kira enam buah meja yang disusun rapat atau boleh juga memilih makan di kaunter bar. Masih ada beberapa meja kosong, kami pilih makan di meja supaya lebih selesa dan kurang rasa kekok jika memilih makan di kaunter bar (makan berhadapan dengan para pekerja yang sedang menyiapkan hidangan).
Servis di sini sangat pantas. Sekejap je dah sampai hidangan yang dipesan. Kami makan wagyu ramen. Encik Suami punya, daging wagyu lebih - entah tiga atau empat potongan wagyu.
Cantik mangkuk hidangannya. Rasa wagyu ramen di sini juga sedap, sesuai dengan cita rasa kami.
Sekejap je meja-meja lain sudah dipenuhi pelanggan. Menariknya, rata-rata pelanggan di sini merupakan orang Malaysia dan Indonesia. Suasana makan di sini rasa seperti di tempat sendiri bila dengar orang sekeliling bertutur dalam bahasa Melayu dan Indonesia.
Alhamdulillah...kami berkesempatan mencuba satu lagi tempat makan halal di Tokyo. Layanan di sini sangat memuaskan. Pantas dan mesra - datang di sambut dengan baik dan begitu juga sewaktu kami melangkah keluar, mereka ramai-ramai ucapkan terima kasih.
Kos makan-makan kami di sini sebanyak 10,340 yen 😅
Kalau kalian ke Shinjuku, bolehlah mencuba makan di sini. Carian di Google Maps - Halal Wagyu Ramen Shinjuku-tei Tokyo Shinjuku. Waktu operasi bermula pukul 12 tengah hari sehingga 9 malam.
Wah sedapnya. Bilalah saya boleh bawa anak-anak merasa makanan hebat begini.
ReplyDeleteNiat yang baik, insyaAllah moga diluaskan rezeki encik ya.
DeleteNampak sedap. Daging pun tak nipis 😃
ReplyDeleteIya..puas hati makan 😀
DeleteMenarik.. kalau tmpt kita tak ada kedai mkn di basement mcm ni
ReplyDeleteBetul, tu yang tak terfikir dan terkejut jugaklah.
DeleteNampak sedapnya...dengan mangkuk cantik pulak tu, lagi feel hehe
ReplyDeleteMangkuk cantik boleh buat makanan jadi tambah sedap 😁
Deletesedapnya tgk wagyu ramen tu
ReplyDeleteAlhamdulillah…kena la dengan cita rasa kami.
Deletewahhh mcm cari lokasi harta karun sbb mcm tersembunyi sikit hehe
ReplyDelete😂 betul jugak kan Ana!
DeleteSaya rinduuuuuu nak ke jepang jadinya 😍😍😍😍😍. Memang dah mudah sangat cari halal foods di sana yaaa. Harap2 lah THN depan bisa ajak suami dan anak2 ke sana lagi.
ReplyDeleteYakin sedaaap ramennya kak. Apalagi kuah dia kliatan creamy dan pekat 😍😍
Alhamdulillah ada banyak pilihan kedai halal di sekitar Tokyo.
DeleteInsyaAllah moga tercapai hasrat Fanny 😊
Nasib baik jumpa. Tanya orang di sekitar situ ke kedudukan restoran tersebut?
ReplyDeleteMasa ini dapat cuba wagyu dan ramen.😅
Tak, cari dengan mata sendiri je 😄
DeleteTerasa macam makan di negara sendiri pulak kan bila semuanya bersembang dalam bahasa. Menarik betul hidangan ramen dia. Kena pulak tu dengan selera.
ReplyDeleteItulah..lupa jap kita ni kat Jepun 😄
Deletelama tak singah sini tau2 je dah sampai Jepun ye. teringat dulu restoran di Kyoto pun bawah tanah juga
ReplyDeleteWelcome back Sal 😀
DeleteKat jepun ni mmng banyak betul kedai makan basement cmni. Pastu ruang terhad. Tertanya pulak saya bab2 pengudaraan masa memasak tu cmne kan? Kita kat umah ni kalau masak mesti nk bukak tingkap
ReplyDeleteNampak sedap ramen tu, harga pun sedap 😜
Akak perasan, kat sana walaupun ruang makan kecik tapi langsung tak berbau. Tentu diaorang guna cooker hood yang betul-betul bagus.
DeleteHarga wagyu, gitulah 😅
Sesekali merasa.
Musykil camana rasa ramen yang orang sana buat. Mesti sedap. Tiber teringat anime Naruto, sebab dia pun suka makan ramen.
ReplyDeleteSekali pandang, macam spagetti kuah lemak pun ada.
Nampak sedap tu ..
ReplyDeleteBiasa kedai makan kecil mcm ni di jepun agak susah nak cari kalau berada di celah bangunan and so on.. tpi yg ini okla mudah nk dicari.. nmpk mknn sedap tu..
ReplyDelete