Tuesday, 13 May 2025

Catatan Hujung Minggu | 10 - 11 Mei 2025

⏵ PERTAMA KALI NAIK PENERBANGAN DARI ALOR SETAR (AOR) KE KUALA LUMPUR (KUL)

Biasanya kami ke KL naik kenderaan sendiri, kali ini Encik Suami ajak naik pesawat dari Kedah. Kami pergi hari Sabtu pagi dan balik hari Ahad petang. Sekejap je sebab Encik Suami ada sedikit urusan di KL.

Hari Sabtu selepas solat Subuh, saya dan Encik Suami bertolak ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang terletak di Kepala Batas, Kedah. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam dari rumah Perlis.

Pukul 8.44 pagi - pesawat berada di ruang udara Alor Setar.


⏵ PETIT CAFE CHEF WAN @ KLIA TERMINAL 1

Alhamdulillah kami selamat tiba di KLIA Terminal 1 selepas kira-kira 1 jam penerbangan.

Sebelum terbang tadi kami tak bersarapan, bimbang perut meragam lepas makan awal pagi 😅. Dalam pesawat kami cuma makan hidangan ringan yang disediakan - air mineral dan kacang masin.

Dari balai ketibaan kami terus menuju ke balai pelepasan di aras 5. Sebelum meneruskan perjalanan, kami nak menikmati hidangan di Petit Cafe Chef Wan.

Kafe dengan konsep layan diri - buat pembelian di mesin yang terletak di luar kafe, kemudian ambil sendiri hidangan kita bila alat kelui (pager) berbunyi.

Hidangan kami - nasi lemak dan laksa Johor. Sedap! Sesuai dengan cita rasa kami.


⏵  MENGINAP SATU MALAM DI CITITEL MID VALLEY, KL

Waktu petang setelah urusan Encik Suami selesai, kami mendaftar masuk di hotel penginapan - Cititel Mid Valley. Pintu masuk hotel terletak berhampiran dengan pintu masuk Mid Valley. Kami tak pernah menginap di sini dan pemandu e-hailing pulak turunkan kami depan pintu Mid Valley (sepatutnya pintu lobi hotel depan lagi sikit), penat jugalah kami meronda dalam Mid Valley sebelum jumpa laluan ke lobi hotel yang sebenarnya dekat je dengan tempat kami turun e-hailing tadi 😂

Bilik penginapan kami Superior Double yang terletak di aras 18. Saya suka bilik ni sebab ada kipas angin - kalau air cond. rasa terlalu sejuk, boleh pasang kipas je.

Alhamdulillah bilik penginapan kami ini sangat selesa - keluasan memuaskan, lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk seterika dan semuanya dalam keadaan bersih. Lepas penat meronda Mid Valley, boleh berehat dengan selesa di bilik 😁

Harga penginapan kami dah termasuk sarapan. Tapi hidangan sarapan di sini agak kurang menarik sebab tak banyak pilihan. 



⏵ PERGI TAK KEMBALI

Hari Ahad yang memilukan.

Awal pagi (waktu Subuh) saya terima khabar duka - abang ipar iaitu suami kepada kakak saya yang menetap di Melaka telah kembali kepada penciptanya.

Disebabkan kami tak dapat ke Melaka dengan kadar segera (sekurang-kurangnya dapat mengiringi jenazah ke perkuburan), kami memutuskan untuk menziarahi kakak dan anak-anak saudara di lain masa.

Pukul 11 pagi, jenazah sudah dibawa ke perkuburan. Foto perkongsian oleh salah seorang ahli keluarga yang hadir. Alhamdulillah adik-beradik saya ramai yang dapat hadir, masing-masing datang dari Johor dan Negeri Sembilan.

Semoga Allah mengampuni dan merahmati roh abang ipar saya.

Petangnya pula di media sosial sana sini berkongsi kisah sedih ibu gajah dengan anaknya yang mati dilanggar di Gerik, Perak. Saya tak dapat menahan sedih (ditambah dengan kesedihan sedia ada - pemergian abang ipar), air mata menitis jua bila menonton video dan menatap foto ibu gajah di lokasi kejadian.


⏵  TERBANG PULANG KE UTARA DENGAN PESAWAT ATR 72-500

Pengalaman pertama saya menaiki pesawat kecil model ATR 72-500. Pada mulanya saya rasa geli hati sebab kecil comel je pesawatnya, tapi lepas tu bertukar rasa seram (takut) sebab memang berbeza pengalaman berbanding naik pesawat biasa (besar).

InsyaAllah catatan lanjut dalam entri lain.


Alhamdulillah kami selamat sampai di rumah Perlis pada waktu Maghrib.







29 comments:

  1. Perjalanan pendek tapi penuh cerita. Best jalan2 kat Midvalley tu, tapi paling best cerita makan tu, sy teringin nak tengok LJ tu, memang nampak sedap rupanya walau dari jauh.

    Salam takziah buat keluarga kakak Ujie, semoga tabah menghadapi ujian ini dan semoga roh abg ipar Ujie dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti pergi makan lagi, saya ambil gambar LJ buat tatapan Sk ya 😀

      Terima kasih. Aamin.

      Delete
  2. Innalillahi wa inna ilaihi rooji'un. Moga rohnya Abang Ipar dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

    Memang sedih kan, baca kisah gajah tu.

    Pernah jugak naik ATR dulu kecik je tapi Alhamdulillah ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih doanya.

      Lega rasa bila dah selamat sampai 😄

      Delete
  3. salam takziah Ujie atas kehilangan abang ipar

    ReplyDelete
  4. Salam takziah, Ujie, atas pemergian abang ipar.
    Senang shopping, sebab hotel di Midvalley. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Tot.

      Hehe iya, tak payah keluar bangunan. Shopping, makan, tidur situ.

      Delete
  5. Salam takziah buat PU sekeluarga.
    Semoga arwah ditempatkan di kalangan para solihin aamin 🤲🏻
    Sy bab ibu gajah tu hanya mampu baca headline je, tak sanggup tengok video dsbnya. Teramat sedih 😭
    Suami Sy pula flew on Friday to Kedah, balik sini Sabtu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PH.

      Saya mulanya takmo tengok, tapi asyik lalu je tertengok jua. Terus termenangis.

      Sekejap je, lebih mudah naik flight. Tak penat badan drive jauh.

      Delete
  6. Jarang tengok hotel yg ada kipas siling cmtu, selalu semuanya aircond je.

    Salam takziah utk kak ujie sekeluarga. Semoga arwah abang ipar ditempatkan dlm kalangan org beriman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Seingatnya cuma hotel di CH je yang ada kipas siling.

      Terima kasih doa Mazni.

      Delete
  7. Innalillahiwainnailaihirajiun. Moga Allah rahmati roh arwah abang ipar Puan Ujie.
    Pesawat kecil ini seramnya mudah bergegar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih doa NA.

      Betul, itu yang seram.

      Delete
  8. Salam takziah untuk kak ujie atas pemergian abang ipar . Al-fatihah

    ReplyDelete
  9. tak pernah naik kapal terbang kecil cmtu..mst comelll

    ReplyDelete
  10. Petit Cafe Chef Wan tu selalu nampak di KLIA tapi tak pernah lagi masuk huhuu.. sekali sekala naik flight turun KL ok juga tak la penat nak drive jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak penat dan rasa masih ada banyak masa. Kalau drive, habis masa di jalan.

      Delete
  11. Tak biasa naik pesawat kecil mmg akan terasa kelainan.. bab seram tu jgn ckp la bila bergegar bagai hihii.. Innalillahi wainna ilaihi rajiun kepada abg ipar semoga syurga tmpt beliau amin .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam asyik bergegar, dengan bunyi bising lagi. Seram 😅
      Terima kasih doanya ya.

      Delete
  12. wahhh seronok baca kisah tap kali Kak Ujie cerita.. Takziah atas pemergian abang ipar Kak Ujie.. moga arwah ditempatkan bersama org-org beriman aminnnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ana sudi baca.
      Terima kasih juga atas doanya.

      Delete
  13. jarang bilik hotel siap ada kipas kan, bagus tul
    takziah atas permergian abg ipar... al fatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..saya suka bilik hotel ada kipas, kadang sejuk sangat bila guna ekon lama-lama.

      Terima kasih MA.

      Delete
  14. Chef wan ini saya blm coba sampai skr. Nantilah sept nak cari resto nya. Penasaran juga

    Ikut berdukacita dengan meninggalnya Abang ipar kak. Semoga kluarga yg ditinggalkan kuat selepas kepergian beliau.

    Yg tgl induk gajah itu, pas baca beritanya memang saya menangis sangat. Terbayang sedihnya dia saat lihat anaknya mati ditabrak 😭. JD ada bbrp berita yg lewat di IG saya ttg induk gajah ini, biasanya saya skip. Sebab masih blm sanggub nak lihat fotonya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih doa Fanny.

      Akak pun tak sanggup baca beritanya dan menatap fotonya berulang kali. Scroll laju-laju. Kasihan sungguh dengan ibu gajah.

      Delete
  15. Sesekali naik flight, dapat juga pengalaman lain dari biasa. Dapat jugalah rehat. Bila travel ni dapat hotel yang selesa, barulah selesa untuk berehat.

    Salam takziah buat keluarga akak. Semoga arwah ditempatkan bersama² golongan beriman. Semoga keluarga tabah dan sabar menjalani dugaan ini. Aamiin...

    Sedih tengok tragedi tragis. Tak sanggup nak tengok video ibu gajah tu.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****