⏵ PERTAMA KALI NAIK PENERBANGAN DARI ALOR SETAR (AOR) KE KUALA LUMPUR (KUL)
Biasanya kami ke KL naik kenderaan sendiri, kali ini Encik Suami ajak naik pesawat dari Kedah. Kami pergi hari Sabtu pagi dan balik hari Ahad petang. Sekejap je sebab Encik Suami ada sedikit urusan di KL.
Hari Sabtu selepas solat Subuh, saya dan Encik Suami bertolak ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang terletak di Kepala Batas, Kedah. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam dari rumah Perlis.
Pukul 8.44 pagi - pesawat berada di ruang udara Alor Setar.
⏵ PETIT CAFE CHEF WAN @ KLIA TERMINAL 1
Alhamdulillah kami selamat tiba di KLIA Terminal 1 selepas kira-kira 1 jam penerbangan.
Sebelum terbang tadi kami tak bersarapan, bimbang perut meragam lepas makan awal pagi 😅. Dalam pesawat kami cuma makan hidangan ringan yang disediakan - air mineral dan kacang masin.
Dari balai ketibaan kami terus menuju ke balai pelepasan di aras 5. Sebelum meneruskan perjalanan, kami nak menikmati hidangan di Petit Cafe Chef Wan.
Kafe dengan konsep layan diri - buat pembelian di mesin yang terletak di luar kafe, kemudian ambil sendiri hidangan kita bila alat kelui (pager) berbunyi.
Hidangan kami - nasi lemak dan laksa Johor. Sedap! Sesuai dengan cita rasa kami.
⏵ MENGINAP SATU MALAM DI CITITEL MID VALLEY, KL
Waktu petang setelah urusan Encik Suami selesai, kami mendaftar masuk di hotel penginapan - Cititel Mid Valley. Pintu masuk hotel terletak berhampiran dengan pintu masuk Mid Valley. Kami tak pernah menginap di sini dan pemandu e-hailing pulak turunkan kami depan pintu Mid Valley (sepatutnya pintu lobi hotel depan lagi sikit), penat jugalah kami meronda dalam Mid Valley sebelum jumpa laluan ke lobi hotel yang sebenarnya dekat je dengan tempat kami turun e-hailing tadi 😂
Bilik penginapan kami Superior Double yang terletak di aras 18. Saya suka bilik ni sebab ada kipas angin - kalau air cond. rasa terlalu sejuk, boleh pasang kipas je.
Alhamdulillah bilik penginapan kami ini sangat selesa - keluasan memuaskan, lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk seterika dan semuanya dalam keadaan bersih. Lepas penat meronda Mid Valley, boleh berehat dengan selesa di bilik 😁
Harga penginapan kami dah termasuk sarapan. Tapi hidangan sarapan di sini agak kurang menarik sebab tak banyak pilihan.
⏵ PERGI TAK KEMBALI
Hari Ahad yang memilukan.
Awal pagi (waktu Subuh) saya terima khabar duka - abang ipar iaitu suami kepada kakak saya yang menetap di Melaka telah kembali kepada penciptanya.
Disebabkan kami tak dapat ke Melaka dengan kadar segera (sekurang-kurangnya dapat mengiringi jenazah ke perkuburan), kami memutuskan untuk menziarahi kakak dan anak-anak saudara di lain masa.
Pukul 11 pagi, jenazah sudah dibawa ke perkuburan. Foto perkongsian oleh salah seorang ahli keluarga yang hadir. Alhamdulillah adik-beradik saya ramai yang dapat hadir, masing-masing datang dari Johor dan Negeri Sembilan.
Semoga Allah mengampuni dan merahmati roh abang ipar saya.
Petangnya pula di media sosial sana sini berkongsi kisah sedih ibu gajah dengan anaknya yang mati dilanggar di Gerik, Perak. Saya tak dapat menahan sedih (ditambah dengan kesedihan sedia ada - pemergian abang ipar), air mata menitis jua bila menonton video dan menatap foto ibu gajah di lokasi kejadian.
⏵ TERBANG PULANG KE UTARA DENGAN PESAWAT ATR 72-500
Pengalaman pertama saya menaiki pesawat kecil model ATR 72-500. Pada mulanya saya rasa geli hati sebab kecil comel je pesawatnya, tapi lepas tu bertukar rasa seram (takut) sebab memang berbeza pengalaman berbanding naik pesawat biasa (besar).
InsyaAllah catatan lanjut dalam entri lain.
Alhamdulillah kami selamat sampai di rumah Perlis pada waktu Maghrib.
Perjalanan pendek tapi penuh cerita. Best jalan2 kat Midvalley tu, tapi paling best cerita makan tu, sy teringin nak tengok LJ tu, memang nampak sedap rupanya walau dari jauh.
ReplyDeleteSalam takziah buat keluarga kakak Ujie, semoga tabah menghadapi ujian ini dan semoga roh abg ipar Ujie dicucuri rahmat.
Nanti pergi makan lagi, saya ambil gambar LJ buat tatapan Sk ya 😀
DeleteTerima kasih. Aamin.
Innalillahi wa inna ilaihi rooji'un. Moga rohnya Abang Ipar dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.
ReplyDeleteMemang sedih kan, baca kisah gajah tu.
Pernah jugak naik ATR dulu kecik je tapi Alhamdulillah ok.
Terima kasih doanya.
DeleteLega rasa bila dah selamat sampai 😄
salam takziah Ujie atas kehilangan abang ipar
ReplyDeleteTerima kasih kak AJ
DeleteSalam takziah, Ujie, atas pemergian abang ipar.
ReplyDeleteSenang shopping, sebab hotel di Midvalley. :)
Terima kasih Tot.
DeleteHehe iya, tak payah keluar bangunan. Shopping, makan, tidur situ.
Salam takziah buat PU sekeluarga.
ReplyDeleteSemoga arwah ditempatkan di kalangan para solihin aamin 🤲🏻
Sy bab ibu gajah tu hanya mampu baca headline je, tak sanggup tengok video dsbnya. Teramat sedih 😭
Suami Sy pula flew on Friday to Kedah, balik sini Sabtu :)
Terima kasih PH.
DeleteSaya mulanya takmo tengok, tapi asyik lalu je tertengok jua. Terus termenangis.
Sekejap je, lebih mudah naik flight. Tak penat badan drive jauh.
Jarang tengok hotel yg ada kipas siling cmtu, selalu semuanya aircond je.
ReplyDeleteSalam takziah utk kak ujie sekeluarga. Semoga arwah abang ipar ditempatkan dlm kalangan org beriman
Betul. Seingatnya cuma hotel di CH je yang ada kipas siling.
DeleteTerima kasih doa Mazni.
Innalillahiwainnailaihirajiun. Moga Allah rahmati roh arwah abang ipar Puan Ujie.
ReplyDeletePesawat kecil ini seramnya mudah bergegar.
Terima kasih doa NA.
DeleteBetul, itu yang seram.
Salam takziah untuk kak ujie atas pemergian abang ipar . Al-fatihah
ReplyDeleteTerima kasih CCL.
Deletetak pernah naik kapal terbang kecil cmtu..mst comelll
ReplyDeleteComel…macam naik bas 😄
DeletePetit Cafe Chef Wan tu selalu nampak di KLIA tapi tak pernah lagi masuk huhuu.. sekali sekala naik flight turun KL ok juga tak la penat nak drive jauh.
ReplyDeleteTak penat dan rasa masih ada banyak masa. Kalau drive, habis masa di jalan.
DeleteTak biasa naik pesawat kecil mmg akan terasa kelainan.. bab seram tu jgn ckp la bila bergegar bagai hihii.. Innalillahi wainna ilaihi rajiun kepada abg ipar semoga syurga tmpt beliau amin .
ReplyDeleteRasa macam asyik bergegar, dengan bunyi bising lagi. Seram 😅
DeleteTerima kasih doanya ya.
wahhh seronok baca kisah tap kali Kak Ujie cerita.. Takziah atas pemergian abang ipar Kak Ujie.. moga arwah ditempatkan bersama org-org beriman aminnnnnn
ReplyDeleteTerima kasih Ana sudi baca.
DeleteTerima kasih juga atas doanya.
jarang bilik hotel siap ada kipas kan, bagus tul
ReplyDeletetakziah atas permergian abg ipar... al fatihah..
Kan..saya suka bilik hotel ada kipas, kadang sejuk sangat bila guna ekon lama-lama.
DeleteTerima kasih MA.
Chef wan ini saya blm coba sampai skr. Nantilah sept nak cari resto nya. Penasaran juga
ReplyDeleteIkut berdukacita dengan meninggalnya Abang ipar kak. Semoga kluarga yg ditinggalkan kuat selepas kepergian beliau.
Yg tgl induk gajah itu, pas baca beritanya memang saya menangis sangat. Terbayang sedihnya dia saat lihat anaknya mati ditabrak 😭. JD ada bbrp berita yg lewat di IG saya ttg induk gajah ini, biasanya saya skip. Sebab masih blm sanggub nak lihat fotonya
Terima kasih doa Fanny.
DeleteAkak pun tak sanggup baca beritanya dan menatap fotonya berulang kali. Scroll laju-laju. Kasihan sungguh dengan ibu gajah.
Sesekali naik flight, dapat juga pengalaman lain dari biasa. Dapat jugalah rehat. Bila travel ni dapat hotel yang selesa, barulah selesa untuk berehat.
ReplyDeleteSalam takziah buat keluarga akak. Semoga arwah ditempatkan bersama² golongan beriman. Semoga keluarga tabah dan sabar menjalani dugaan ini. Aamiin...
Sedih tengok tragedi tragis. Tak sanggup nak tengok video ibu gajah tu.