Di sekitar rumah saya ni ada pelbagai jenis pokok. Ada yang ditanam oleh penghuni terdahulu dan banyak juga pokok yang tumbuh liar, antaranya - pokok letup-letup (passiflora foetida). Ia juga dikenali dengan nama pokok ulat bulu atau pokok letup-letup bulu.
Pokok letup-letup tumbuh secara menjalar di belukar atau melilit di batang pokok lain. Kiranya, pokok ni kategori rumpai - tumbuhan yang tidak berguna dan perlu dimusnahkan kerana mengganggu pokok tanaman kita. Tapi sekarang ni bila dah jarang ditemui, kalau jumpa tu rasa macam dapat benda berharga 😀
Jangan terkeliru ya, ada sejenis lagi pokok dengan nama lebih kurang sama iaitu pokok letup-letup kelambu (physalis angulata). Ianya sejenis pokok renek dan rupa buahnya juga berbeza dengan buah letup-letup (passiflora foetida).
Bunga pokok letup-letup. Cantik bunganya dengan kelopak berwarna putih dan bahagian tengah berwarna ungu. Tambah menarik, terdapat semacam bulu melindungi kelopak bunga ini.
Buah pokok letup-letup yang masih muda - berwarna hijau. Bentuknya bulat dengan bulu di sekelilingnya - seakan melindungi buah. Foto dirakam pada 7 Mei lalu.
Foto pagi tadi 22 Mei - jalan-jalan pagi sambil merakam foto alam. Buah letup-letup bertukar warna kuning sepenuhnya, tanda sudah matang dan boleh dimakan. Cara makan buah letup-letup - picit atau tekan sedikit kulit buah untuk mendapatkan isinya.
Begini rupa isi buah letup-letup. Boleh terus makan isinya - telan bersama biji. Jangan risau, bijinya tak tumbuh dalam perut 😆
Bagaimana rasa buah letup-letup? Rasanya manis dengan sedikit rasa masam. Kira sedap pada deria rasa saya.
Setelah sekian lama tak makan buah letup-letup, bila makan kali ni sungguh mengimbau memori zaman kanak-kanak saya. Zaman di mana saya bebas bermain di luar rumah dan makan buah letup-letup yang ditemui di tepi jalan - macam makan jajan. Kalau jumpa bunga jarum, saya ambil bahagian tengahnya dan hisap madunya (nektar). Kalian yang pernah melalui pengalaman serupa, tentu tak jauh beza umur kita kan 😀
SA suka kak Ujie....masa kecik2 petang2 main kejar2 tu kalau nampak buah letup2 ni memang akan ambil..selalunya berebut...memang rasa dia masam masam manis...lebih kurang makan buah markisa...tapi dia kecik kan...
ReplyDeleteHa’ah betu SA, lebih kurang macam buah markisa.
DeleteSukaaa mkn jga
ReplyDeleteRinduu zaman kanak2 yg indahh
Semua buah kita bedal
Buah letup2 ni org kt bagus kan
Tumbuh meliar mudahhh
Lama dah tak guna perkataan bedal 😁
DeleteBetul la tu cikNur, zaman dulu semua buah pun kita bedal. Zaman sekarang budak-budak nampak pokok buah pun belum tentu minat nak makan.
Buah letup-letup tidak pasti pernah makan ke tidak tapi bunga jarum pernah.
ReplyDeleteBetullah ini saya makan ketika kanak-kanak. Sekarang tidak jumpa pula bunga jarum.
Orang bandar jarang tanam bunga jarum. Kalau di kampung senang jumpa.
DeleteMacam buah markisa ek isinya. Dulu kawan² sy suka makan, sy tak pandai dan ini pertama kali tengok yg Ujie tunjuk ni.
ReplyDeleteIya, isi lembik macam buah markisa.
DeleteMungkin Sk duduk di kawasan bandar. Kalau di kampung memang banyak di semak belukar.
Lama betul tak jumpa buah letup letup ni.
ReplyDeleteSaya ni pun, jumpa sebab berpindah di kawasan kampung 😄. Sebelum ni duduk di bandar, memang tak jumpalah.
DeleteBuah ni memang favourite masa kecik. Balik sekolah kalau jumpa ni kat tepi semak, terus ambil makan.
ReplyDeleteHehe…kan, jajan zaman kita dulu.
DeleteDulu masa kecik ingatkan buah ni beracun. Dah besar baru tahu boleh makan. Pernah beli kek ada hiasan buah letop letop ni. Tapi tak cuba nak makan sebab dok fikir buah ni tak boleh makan. Aduhaii...
ReplyDeleteWah…rare tu, jadi hiasan kek.
DeleteTapi kalau masih hijau, memang tak boleh makan.
Tak silap saya kek S.D.S. Tak buat entry pulak. Masa tu buah dia warna kuning dan balutan buah tu dibuka jadi macam kelopak bunga. Cantik.
DeleteEh tak pernah lihat dan baru dengar skr nama tumbuhan ini kak... Ntahlah ya kalo namanya beda dalam Indonesian. Tp bentuknya juga saya tak ingat..
ReplyDeleteKalo lihat dr buah, isinya miriiiip dengan markisa yaa (passion fruit). . Hanya saja ini kecil.
Iya, isi mirip markisa.
DeleteDi Indonesia mungkin ada nama lain.
Buah letup-letup ni memang nostalgia betul, macam jajan zaman dulu. Cuma beza dia, jajan ni tak perlu bayar tapi kena cari sendiri. Bijinya pun tak tumbuh dalam perut, tapi hati kena siap-siap sabar kalau tiba-tiba ketagih nak makan lagi!
ReplyDeleteIya, ni jajan percuma je 😄
DeleteMengimbau sangat zaman saya dulu..sanggup panjat bukit nak cari buah ni...
ReplyDeleteKenangan sungguh tu, gigih panjat bukit mencari letup-letup ya 😀
Deletebuah letup ni jajan budak2 zaman dulu ni! masa kecik2 dulu mmg waktu main dgn kwn2 bila jumpa je buah ni makan je hehehe
ReplyDeleteGitulah aktiviti kita masa tu kan - bermain pastu makan apa yang jumpa 😆
Deletecantik bunganya tu..buah letup2 mcm pernh mkn
ReplyDeleteKan…cantik bunganya, unik.
DeleteYes nostalgia zaman kanak² kita dulu kan... Dekat depan rumah PH ni pun ada buah letup² ni. Bgtau anak² yg buah ni boleh dimakan, depa buat dunno ja 😂
ReplyDeleteYelah, budak sekarang dah cukup makan dan banyak pilihan. Diaorang tak makan dah buah pokok rumpai 😂
DeleteBiji tak tumbuh dlm perut.. betul ke hahahah.. selalu jumpa masa kecil tapi tak pernah tau pulak boleh dimakan hihui
ReplyDeleteDulu kan kalau makan buah dengan biji, orang selalu cakap nanti tumbuh dalam perut 🤣
DeleteOoh..takpelah, ni dah besar masih boleh cuba kalau jumpa. Saja merasa.
Permainan uncle ni dulu
ReplyDeleteSepp kita ✋🏽😀
Deletekak ujie.masa umi kecil2 dulu selalu makan buah letup2 ni..
ReplyDeleteKenangan sungguh kan!
DeleteMasa sek men di pedalaman ya saya pernah makan buah ni kemudian ada yang saya buang dalam parit air sebab nak efek meletup.
ReplyDeleteKat rumah saya ada pokok ni. Patut beruk selalu datang makan, sebab sedap rupanya buahnya. Nanti nak try juga. 😁
ReplyDeleteRupa dia masa belum masak nampak macam limau kasturi pulak. Saya tak pernah makan ni lagi 😁
ReplyDelete