Tuesday, 25 February 2025

Oleh-oleh Dari Tokyo

Sepatutnya petang tadi saya dan Encik Suami dah bertolak ke Shah Alam atas urusan kerja. Sejak pagi tadi saya sibuk membersihkan rumah yang nak ditinggalkan dan mengemas keperluan kami bermusafir selama 4 hari 3 malam.

Bila dah siap semua tinggal tunggu angkut beg masuk kereta, ehh...Encik Suami mesej dari tempat kerja katanya tak jadi pergi. Marah ke tak? Saya tak rasa marah sebab jujurnya saya pun malas nak berjalan jauh. Saya lebih suka duduk di rumah je 😄

Tak jadi bermusafir, bolehlah saya kembali menggerakkan jari di papan kekunci.

Oleh-oleh dari Tokyo, Jepun. Pemberian dari kawan-kawan Encik Suami yang baru saja kembali dari Tokyo.

Keychain pedang samurai pun ada. Tapi kurang sesuai jadi keychain sebab pedangnya mudah terkeluar daripada sarung. Lebih sesuai digantung sebagai hiasan, sesekali boleh buat main sambil membayangkan pedang samurai ukuran biasa 😁

Dapat juga satu pek makanan.

Bila dibuka, begini isinya. Lebih kurang seperti kuih bahulu kita, tapi yang ini ada inti di dalamnya - inti kacang merah. Boleh dimakan terus atau dipanaskan seketika dengan menggunakan microwave untuk rasa yang lebih sedap.

Alhamdulillah semuanya rezeki daripada Allah. 







33 comments:

  1. Alhamdulilah, rezeki daripada Allah yang tiada habisnya :D
    Seronok sesekali dapat hadiah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat pulak macam-macam gini, lagi seronok 😀

      Delete
  2. Alhamdulillah rezeki...
    Sy pun kalau back to back musafir kdg malas juga. Packing satu hal, nak uruskan kain baju 6 beranak satu hal lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuma berdua je pun terasa penat urus baju sebelum dan selepas musafir, PH urus 6 orang punya... lebih lagilah penatnya 😅

      Delete
  3. Alhamdulillah rezeki dapat ole ole dari Jepun. Comelnya bahulu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, comel sangat. Ada yang bentuk ayam 😀

      Delete
  4. Memang paling malas bab nak pek2 dan memikirkan nak menempuh perjalanan yg jauh. Yang last tu, makanan viral kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, sejak dok Perlis ni rasa terlalu jauh nak ulang alik KL 😅

      Ooh...macam bahulu tu, viral rupanya ya. Tak tau..😄

      Delete
  5. seronok dapat ole-ole tanda ingatan kawan suami Ujie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang dapat suami, kita pun tumpang seronok 😀

      Delete
  6. Wah, macam-macam oleh-olehnya. Alhamdulillah. Rezeki dari Jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pergi Tokyo tahun lepas pun tak beli benda ni semua. Alhamdulillah orang bagi pulak 🤭

      Delete
  7. lady insyaAllah besok akan bermusafir ke selangor juga..

    cantiknye ole2 dari tokyo tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan-jalan sebelum Ramadan ya Lady.

      Cantik comel semuanya. Alhamdulillah.

      Delete
  8. Alhamdulillah, rezeki. Cantik, topi. Pedang samurai cute.
    Home sweet home. Tapi kalau berjalan, best juga tengok tempat orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tempat belum pernah sampai, saya suka jugak. Tapi ulang KL tempat yang sama, rasa kurang seronok pulak. Jalannya sesak 😅

      Delete
  9. Yaaa sayang juga kalo sarung pedang nya asik terlepas ya kak. Saya membayangkan pedangnya bisa dipakai beneran sebagai pembuka amplop 😄. Atau motong kertas.

    Cantiiiik sangat topinya. Sukaaa inj kalo suami saya punya tapj begitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mata pedangnya tumpul, sesuai hiasan je 😄

      Iya, cantik menyerlah topinya.

      Delete
  10. Hehe rupanya Puan Ujie tidak suka ikut ke luar daerah.
    Unik juga rantai kunci pedang samurai itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu, saya memang suka. Boleh jalan-jalan tengok tempat orang.

      Tapi sejak pindah Perlis, saya rasa lebih seronok duduk rumah. Agaknya sebab jarak terlalu jauh, penat atas jalan. Dan saya tak suka ke KL, sesak 😅

      Delete
  11. Panjangnya pedang samurai tu nak dijadikan keychain

    ReplyDelete
  12. Best jugak keychain samurai tu.. sayang nak pakai... gantung kat workstation je kak ujie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dapat beli pedang samurai, dapat versi keychain pun dah cukup best menarik 😄

      Delete
  13. sronok dpt ole2 Tokyo...aritu opismates pegi jepun juga dpt ole2

    ReplyDelete
  14. dari jauh dah nmpk petkataan tokyo tu😁

    ReplyDelete
  15. comel je pedang samurai...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****