Sunday, 9 February 2025

Menginap Dua Malam di Art Hotel Nippori Lungwood, Nippori, Arakawa City, Tokyo

Semasa di Tokyo, kami menginap di dua buah hotel berbeza. Ikut rancangan awal, kami nak menginap di satu tempat saja supaya mudah tak perlu berpindah. Tapi disebabkan kami buat tempahan saat akhir iaitu kira-kira dua minggu sebelum berlepas ke Jepun, akibatnya tiada bilik kosong untuk lima malam berturutan.

Art Hotel Nippori Lungwood - di sinilah kami menginap untuk dua malam pertama di Tokyo. Hotel ini menjadi pilihan kami kerana lokasinya berhampiran dengan Nippori Station - dari Narita Airport cuma perlu naik satu tren untuk tiba di Nippori Station, kemudian berjalan kaki ke hotel.

Art Hotel Nippori Lungwood, Nippori, Arakawa City, Tokyo
Pintu hadapan hotel. Terdapat satu lagi pintu di sisi bangunan.

Art Hotel Nippori Lungwood, Nippori, Arakawa City, Tokyo
Lobi hotel. Walaupun di luar tadi sangat sejuk, tapi bila masuk hotel terus rasa hangat, Musim sejuk, jadi mereka pasang alat pemanas.

Kami mendaftar masuk hotel pada pukul 3.40 petang. Dua buah bagasi yang kami letak di sudut lobi hotel pada awal pagi tadi sudah pun dibawa masuk ke bilik penginapan oleh staf hotel.

Art Hotel Nippori Lungwood, Nippori, Arakawa City, Tokyo
Laluan menuju ke bilik-bilik penginapan.

Art Hotel Nippori Lungwood, Nippori, Arakawa City, Tokyo
Beginilah rupa bilik penginapan kami - ruang bilik yang agak kecil tetapi lengkap dengan pelbagai kemudahan. Siap ada air purifier. Kalau buat perbandingan dengan harga yang dibayar, memang terasa sangat tak berbaloi sebab biliknya kecil. Tapi kami sedia maklum bahawa rata-rata bilik penginapan jenis standard di Tokyo bersaiz kecil.

Art Hotel Nippori Lungwood, Nippori, Arakawa City, Tokyo
Bilik kami - standard double room non smoking. Kalau tengok saiz katilnya agak kecil untuk dua orang tidur dengan selesa. Tapi bila badan keletihan dan dapat pula tilam serta bantal empuk, jadi sedap selesa je tidur.

Art Hotel Nippori Lungwood, Nippori, Arakawa City, Tokyo
Pemandangan dari jendela bilik kami yang terletak di aras 10. Masa ni pukul 3.50 petang, langit mulai bertukar warna memasuki waktu senja. Waktu solat Maghrib ketika ini adalah pada pukul 4.27 petang.

Art Hotel Nippori Lungwood, Nippori, Arakawa City, Tokyo
Antara kemudahan yang disediakan dalam bilik. Saya tertarik dengan rupa bentuk telefon dan air mineral yang disediakan dalam tin aluminium.

Art Hotel Nippori Lungwood, Nippori, Arakawa City, Tokyo
Dua helai pyjamas. Lembut selesa material baju ni.

Art Hotel Nippori Lungwood, Nippori, Arakawa City, Tokyo
Nak gunakan Wi-Fi hotel tak perlu masukkan password, cuma halakan handphone pada kad warna biru atau boleh juga imbas kod QR.

Art Hotel Nippori Lungwood, Nippori, Arakawa City, Tokyo
Bilik air bersaiz kecil tapi lengkap dengan pelbagai kemudahan. Siap ada bathtub. Lantai dan dinding bilik air ini menggunakan material seakan plastik, bukan mozek. Entah apa nama material begini tapi yang pasti ia nampak moden dan nampak lebih mudah dibersihkan. 

Art Hotel Nippori Lungwood, Nippori, Arakawa City, Tokyo
Foto atas | control panel tandas terletak di dinding berhadapan dengan tandas. Suhu tempat duduk tandas juga boleh dilaras. Bolehlah duduk selesaikan urusan di tandas dengan selesa.

Foto bawah kiri | toiletries lengkap dengan body towel untuk scrub badan semasa mandi dan diberi juga getah ikat rambut.

Foto bawah kanan | bathtub lengkap dengan body wash, hair shampoo & conditioner dalam botol besar. Lebih puas guna.

Dalam hotel ini juga terdapat laundry room yang terletak di aras 11. Kedudukannya betul-betul berhampiran dengan pintu lif. Keluar dari lif, jalan terus menuju ke bilik pertama di sebelah kiri.

Walaupun katanya laundry room, tapi dalam bilik ini ada juga kemudahan lain - microwave dan vending machine minuman.

Art Hotel Nippori Lungwood, Nippori, Arakawa City, Tokyo
Terdapat tiga buah mesin yang berfungsi 2 dalam 1 - boleh buat kerja membasuh dan keringkan pakaian. Canggih dan mudah sungguh! Kadar caj serendah 400 yen dikenakan bagi membasuh dan keringkan pakaian dengan kapasiti 1 kg / kurang 1 kg. Boleh klik foto untuk paparan kadar caj dikenakan dengan lebih jelas.

Bagus juga ada servis begini di hotel, sangat membantu bagi mereka yang bermusafir dalam tempoh yang lama. Saya tak sempat membasuh pun sebab menginap cuma dua malam.

Kami juga ambil bilik dengan 'Eco Plan' iaitu tiada servis house keeping - bilik tidak dibersihkan dan katil tidak dikemaskan. Tapi setiap hari sampah dalam tong dibersihkan dan kami dapat air mineral, pyjamas serta toiletries yang diletakkan dalam sebuah beg plastik di atas katil.

Kadar harga bilik kami selama dua malam adalah sebanyak RM1,082.67, pembelian menerusi Agoda. Kalau di Malaysia, kami tak pernah bayar semahal begini 😂. Tapi trip ke Jepun kali ini terpaksa pejam mata membayar harga yang sangat tinggi hanya untuk ruang penginapan yang kecil.

Kadar harga bilik di sini adalah fleksibel iaitu berubah-ubah bergantung kepada kadar permintaan dan tempoh semasa kita membuat pembelian. Pengajaran di sini - jika ke Tokyo silalah buatlah pembelian hotel seawal mungkin bagi memastikan kita dapat hotel yang sesuai dengan kadar harga yang tidak melambung tinggi. Kami pula memang tak dapat membeli awal sebab trip ke Jepun dibuat secara agak mengejut mengikut kesesuaian cuti kerja Encik Suami.

Secara keseluruhannya, kami berdua berpuas hati dengan penginapan selama dua malam di Art Hotel Nippori Lungwood. Semuanya berada dalam keadaan baik, bersih dan selesa.

Satu-satunya yang agak kurang menyenangkan adalah kerana sistem pendingin hawa / pemanas di kawal secara centralized system. Jadinya kita tak boleh laraskan tahap sejuk atau panas mengikut kesesuaian kita. Walaupun ketika ini musim sejuk, tetapi terasa kurang selesa juga bila duduk dalam bilik yang dipasang pemanas.







19 comments:

  1. karpet koridor dia macam piano la pulak

    ReplyDelete
  2. Nampak selesa 👍🏻
    Bestnya disediakan pyjama sekali. Barulah feeling tidur hotel mahal hikhik...
    Sy suka kalau ada self service laundry dekat hotel. Pernah stay hotel begini mmg sangat memudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selesa walaupun bilik tak luas 😄

      Sebelum sampai hotel ni, saya tak tau pun ada self service laundry. Memang memudahkan.

      Delete
  3. Aduh, memang tutup matalah Ujie demi sampai sana. Alhamdulillah, ada rezeki Ujie dan suami jalan² ke Jepun. Sy mampu pergi kedai Jalan² Japan Malaysia jer, tu pun tak pernah masuk, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak pejam mata untuk trip kali ni. Kalau asik kira-kira memang tak pergi sebab kos tinggi 😅

      Kedai JJJ...saya pun belum pernah masuk 😄

      Delete
  4. Hebatnya, teknologi untuk connect Wifi bilik.
    Bagus, ada dobi layan diri.
    Awal masuk maghrib sana yek.

    ReplyDelete
  5. Di Tokyo, accomodation memang comel cute kecik2 bilik/homestay nya. Tapi lengkap, bersih kemas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada yang besar, tapi harganya tentu sangat mahal. Yang comel gini pun dah terasa sangat mahal 😅

      Delete
  6. Terkejut tengok harga untuk 2 hari.
    Apapun yang penting selesa. Semua kelengkapan ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadar bilik hotel standard di Tokyo rata-rata sekitar RM300/mlm.

      Kami dapat lebih mahal sebab masa ni permintaan tinggi, bilik tak byk kosong. Lambat book.

      Alhamdulillah dah bayar mahal, dapat jugak bilik yang lengkap selesa.

      Delete
  7. Unik bentuk phone dia...
    Takpela bilik mahal asalkan kita puas hati
    Macam mana la agaknya rasa bilik ada pemanas?
    Cuya lebih suka sejuk drpd panas hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa hangat je. Tapi sebab dalam bilik kecil, jadi rasa tak selesa pulak lama-lama rasa panas.

      Delete
  8. Yg saya suka tiap stay di jepang Krn material kamar mandinya. Kalo kata adik saya namanya fiber. Di jakarta sebenernya ada material begitu, dan saya pengin pakai juga utk kamar mandi saya di rumah kak. Sebab material begini memang mudah dibersihkan dan ringan.

    Di jepang karena banyak gempa kan, JD material bangunan mereka juga cendrung ringan.

    Pengalaman saya menginap di banyak kota jepang , kalo macam Tokyo, Osaka, atau kota2 yg besar kamar hotel mereka memang keciiiil sangat.

    Tapi ketika saya menginap di hachinohe (sebelah Utara jepang), dan nagasaki, itu kamarnya besar kak. Dengan harga murah juga.

    Berarti feeling saya, di kota2 yg bukan tujuan turis, atau jauh dari Tokyo, kamarnya msh ada yg besar dan murah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh..material fiber. Patutlah nampak banyak rumah jenis sebuah pakai material begini, rupanya sesuai untuk situasi gempa. Thanks info Fanny 👍

      Ada rezeki, akak nak try menginap di tempat bukan tumpuan pelancong.

      Delete
  9. Uishhh canggih sgt hotel ini.. wifi pun hala hp jer.. tapi best sebab satu station jer nak sampai dari airport.. memang terbaik.. di jepun ni asal dekat dgn station setel byk masalah utk berjalan ke sana sini. Air mineral tu kalau saya lps minum simpan botol buat kenangan hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Botol tin tu memang simpan bawak balik pun 🤭

      Delete
  10. Bilik x luas tapi selesa...harga pun belh tahan ye kak...suka plak tgok pyjama yang disediakan tu...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****