Wednesday, 12 February 2025

Menikmati Hidangan Malam di Halal Kitchen Restaurant, Nippori

CATATAN TRIP KE JEPUN | HARI PERTAMA - RABU, 4 DISEMBER 2024


Selepas daftar masuk hotel, kami berehat selama beberapa jam di bilik penginapan - ganti semula waktu tidur yang terganggu disebabkan penerbangan malam. 

Pukul 7.30 malam kami keluar untuk makan malam dan jalan-jalan melihat suasana malam di sekitar hotel penginapan kami.

Depan hotel di seberang jalan terdapat sebuah kedai serbaneka 7-Eleven. Di Jepun, kedai serbaneka dikenali sebagai 'konbini'.
What is a konbini?
Konbini (コンビニ) is a Japanese convenience store, shortened from the fuller konbiniensu sutoa (コンビニエンスストア).
Konbini are so popular in Japan as they sell a wide range of hot and cold foods, drinks, alcohol, cigarettes and house-hold items plus many stay open 24 hours a day (generally in the bigger cities). (Sumber info : planmyjapan.com)
 
Kami berjalan kaki meredah dingin malam dengan suhu 13℃ menuju ke sebuah restoran halal yang terletak kira-kira 500 meter dari hotel. Kena jalan laju-laju supaya cepat sampai sebab suasana di luar sangat sejuk! Setiap kali angin bertiup, setiap kali tu saya menggigil kesejukan.

Alhamdulillah tak begitu susah mencari Halal Kitchen Restaurant dengan berpandukan aplikasi Google Maps. Kedudukan pintu masuknya agak tersorok.

Kami disambut oleh seorang lelaki yang berpakaian kemas seperti pelayan hotel. Kami buat pesanan makanan dengan cara tunjuk hidangan pada kad menu sebab lelaki tersebut nampaknya tak boleh berbahasa Inggeris. Boleh je kalau nak gunakan Google Translate, tapi lebih cepat kalau tunjuk je mana kita nak makan tanpa bertanya lanjut.

Halal Kitchen Restaurant, Nippori, Tokyo, Japan
Minuman kami - organic herb hot tea dihidangkan dalam teapot dan diberi dua cawan.

Halal Kitchen Restaurant, Nippori, Tokyo, Japan
Hidangan pertama - jenis sup. Entah apa nama sup ini, sedap rasanya. Tambahan pula dimakan ketika cuaca sejuk, terasa hangat badan. Sup ni berjaya dimakan sampai habis.

Halal Kitchen Restaurant, Nippori, Tokyo, Japan
Mapo tofu with lamb. Tofu empat segi dimasak dengan potongan kecil daging. Rasanya sedap jugalah, ada rasa pedas. Cuma agak masin pada deria saya dan ditambah pula dengan tahap panas masakan ini yang semacam tak berkurangan, jadi agak susah nak makan sebab tak sejuk-sejuk. Tak dapat nak habiskan makan.

Makanan kami dihidang panas berasap.

Halal Kitchen Restaurant, Nippori, Tokyo, Japan
Dapat juga saya merakam foto suasana dalam restoran ni sebelum kami beredar. Masa ni hanya tinggal kami saja pelanggan yang ada. Kos makan-makan kami di sini sebanyak 3,110 yen.

Lepas makan, kami berjalan balik ikut laluan lain. Saja nak jalan-jalan tengok suasana malam di sini, lagi pula siang tadi memang belum sempat berjalan di kawasan sekitar.

Saya perhatikan, di sini banyak notis peringatan berkenaan larangan merokok dan minuman alkohol. Bukan saja di bangku begini, malah di lantai laluan pejalan kaki pun ditampal dengan notis peringatan. Satu usaha yang baik untuk mendidik dan membentuk budaya yang baik di kalangan masyarakat. 

Sebelum balik bilik, kami masuk ke Family Mart. Sajalah membelek makanan yang dijual dan cuba scan kod bar produk dengan menggunakan aplikasi Halal Japan untuk semakan status halal. Saya beli biskut kapal (biskut kecil ditampal dengan coklat ada imej kapal) untuk kudapan, harganya jauh lebih murah berbanding beli di Malaysia.

Beli juga minuman mineral Evian. Harga di sini lebih murah berbanding di Malaysia. Disamping tu air mineral bagus untuk tubuh kita yang keletihan sewaktu bermusafir.

Harga jualan air mineral Evian di sini berbeza mengikut tempat atau vending machine. Harga paling biasa yang saya jumpa untuk isipadu 330 ml adalah sekitar 130 yen. Kalau di Malaysia saya pernahlah membeli untuk merasa, tapi di sini terus rasa jadi orang kaya sebab sentiasa minum Evian bila membeli air mineral 😄

Pukul 11.25 malam - foto suasana malam dari jendela penginapan kami.

Esok awal pagi kami akan ke suatu tempat yang jauh dari Tokyo dengan menaiki kenderaan sewa khas. Teruja rasanya dan sedikit berdebar sebab kami berdua akan berkongsi kenderaan serta perjalanan dengan sebuah keluarga dari Malaysia yang tidak kami kenali.







27 comments:

  1. Sedap nya nampak Mapo Tofu tu. Senang kan guna Google maps di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sangat membantu ada Google Maps. Buat carian kedai makan halal pun guna Google Maps 😀

      Delete
  2. Sama macam di Madinah, suhu 13 darjah celcius juga.
    Ada jagung dalam sup panas tu. Mesti sedap hirup semasa cuaca sejuk.
    Di Jepun, bersih ye, persekitaran, tiada puntung rokok, dan sebagainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..iya, sama suhu. Cuma sini makin hari makin turun suhunya.

      Sepanjang saya di sana, rata-rata tempat/jalan bersih tapi ada juga tempat saya lihat sampah berlonggok situ setiap hari 😄

      Delete
  3. Aaa.. baru nak komen suhu di Jepun sama macam suhu di Madinah yg Tot cerita, tiber jumpa Tot dah komen dulu, hihi. Nampak sedap sup tu, memang sedaplah ya, habis semangkuk. Yg merah tu nampak lebih sedap, dah macam asam pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sup tu, tak sangka jugak boleh habis makan 😄

      Delete
  4. alhamdulillah ada restoran halal berdekatan hotel Ujie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tak susah cari kedai makan halal di Tokyo ni.

      Delete
  5. Saya sebenernya tak terlalu suka juga makanan yg dihidangkan pakai hot plate. Sebab panasnya lama hilang 😂. Susah nak makan. JD tak bisa cepat kan.

    Rinduuu sangat dengan jepang, salah satunya saya suka belanja di konbini mereka. Biasanya beli kopi dan onigiri 😄kopi mereka sedap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, penat makan sikit-sikit nak tunggu sejuk.

      Ohh...akak tak try kopi di konbini. Selalu beli kopi di vending machine.

      Delete
  6. Mmg sedap makan makanan berbuah/sup time sejuk² kan...
    Baru nak cakap, kayanya PU minum air Evian hari² ahahaha :D

    ReplyDelete
  7. Lauk diletak pada mangkuk panas memang padan untuk cuaca sana. Hehe tapi azab untuk makan.
    Air Evian harga kayangan di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula sedaplah kan, makanan panas waktu cuaca sejuk. Lepas tu geram pulak sebab susah nak makan 😄

      Delete
  8. Bila makan sup dengan cuaca sejuk kat luar rasa lega sangat ni Ujie. Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  9. Nasi tak ada ke? Huhu. Rasa selamat tak nak berjalan sendiri malam-malam di Jepun ni? Saya tak pernah sampai lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti dalam menu ada jual nasi ke tak ek. Sebab memang tak nak makan nasi 😄

      Saya tengok macam selamat. Cuma sebagai langkah keselamatan, elak jalan sendiri waktu malam di lorong yang sunyi.

      Delete
  10. Dahla sejuk makan apa pun sedap ye kak, walaupun kita baca jepun ni negara yg sgt maju, tapi bila tengok suasana malamnya tu... nampak sunyi, meriah lagi bandar kita di Malaysia. Dengan segala lampu warna warninya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Dana. Kami pun agak terkejut tengok suasana tenang je.

      Mungkin sebab sini bukan kawasan tumpuan ramai yang ada pusat hiburan/mall.

      Delete
  11. Kedai atau tempat makannya kadang agak tersembunyi susah ya.. Untung ada bantuan google maps mudah mencari tempat makan halal ... Nah itu ya kalau makan serba panas harus sabar 😁padahal perut sudah berbunyi hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pintunya tersembunyi, jadi tak perasan. Syukurlah jumpa juga.

      Betul, kita nak makan cepat tak boleh. Geram 😅

      Delete
  12. Makanan terhidang panas berasap tu mesti best kan... dah la dgn cuaca sejuk di luar.. ditambah lagi dgn teh herba tu.. Konbini adalah kedai serbaneka.. ok ok boleh la cuba sebut kalau ada rezeki ke sana nanti hihihii :D

    ReplyDelete
  13. Kat Malaysia minum bila ada atas meja meeting jer air mineral evian tu hahaha .. kalau beli sendiri tak pernah .. untung la kat sana jadi org kaya minum selalu hahaha..

    ReplyDelete
  14. tu laa sy perasan juga
    harga air evian tu lebih murah kat sana
    tp sampai ke sudah tak beli hahahaa

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****