Catatan hari Ahad, 7 Julai 2024.
Saya pernah ke View Point Wang Kelian pada tahun 2022, ketika itu saya masih lagi menetap di Pulau Pinang. Kunjungan pada bulan Julai lalu pula merupakan kunjungan pertama saya sejak berpindah ke Perlis.
Setelah lebih dua tahun berlalu, terdapat beberapa perubahan di tempat ini. Antaranya :
- Bayaran masuk dikenakan.
- Tambahan ruang parkir di seberang jalan.
- Perkhidmatan ‘bus buggy’ disediakan untuk pengunjung naik ke atas.
Saya dan Encik Suami tiba di sini pada pukul 12.30 tengah hari. Masa ni hujan lebat baru saja berhenti, tetapi rintik-rintik hujan masih membasahi bumi.
Dari tempat parkir kenderaan di seberang jalan, kami menuju ke pintu masuk View Point Wang Kelian. Sebelum naik ke atas, pengunjung perlu membuat bayaran masuk di kaunter tiket.
Kadar bayaran masuk bagi warganegara - RM2/dewasa dan RM1/kanak-kanak. Bayaran tertentu juga dikenakan bagi fotografi dan videografi komersial.
Untuk naik ke atas, pengunjung boleh memilih sama ada berjalan kaki atau menaiki ‘bus buggy’ dengan kadar bayaran sebanyak RM3. Bayaran perlu dibuat kepada pemandu ‘bus buggy’ sebelum naik kenderaan.
Pintu gerbang tempat permulaan untuk kita naik ke atas. Kami memilih untuk berjalan kaki (baca : mendaki 😄) supaya dapat lebih menikmati suasana sekitar.
Beginilah rupa laluan ke atas. Kali ini saya sempat ‘mengukur’ dengan menggunakan smart watch, jarak direkodkan kira-kira 160 meter. Tak jauh pun, tapi perlukan stamina sebab laluan mendaki. Kami berjalan santai sambil sesekali berhenti menikmati suasana sekitar dan merakam foto, disamping itu bolehlah ambil nafas 😄
Sudut pandang dari laluan mendaki - ruang parkir yang terletak di seberang jalan.
Pemandangan indah saujana mata memandang.
Tiba di atas, iaitu View Point Wang Kelian. Mungkin disebabkan faktor cuaca hujan, jadinya tak ramai pengunjung ketika ini.
Pelantar yang menjadi tumpuan pengunjung merakam memori di View Point Wang Kelian. Kalau cuaca cerah, memang cantik berfoto di sini dengan berlatarkan panorama perbukitan batu kapur dan hamparan hijau alam.
Di sudut lain - sudah ada alat teropong berbayar.
Masih seperti dahulu, terdapat deretan khemah gerai jualan. Kami mencari-cari penjual caffe latte, nasi goreng dan char kuetiau yang pernah kami makan dulu, tapi tak kelihatan.
Tulisan ‘Wang Kelian Perlis’ yang gah dan menarik untuk berfoto tanda sudah sampai di sini, tapi jadi tak menarik sebab ada khemah jualan. Mungkin pihak berkenaan boleh memindahkan khemah jualan ke bahagian bawah atau membuat susun atur khemah jualan yang lebih kemas.
Dalam keadaan gerimis dan suasana berkabus, ini sajalah foto alam yang dapat dirakam. Pemandangan yang indah mempesona di mata saya.
Kalau nak menyaksikan pemandangan indah ketika cuaca cerah, boleh lihat entri saya sewaktu kunjungan pertama pada tahun 2022 DI SINI.
Nice view.. hijau je. Dulu pernah lalu Wang Kelian ni, jalan dia macam seram sikit eh.
ReplyDeleteBetul Zhi, jalannya bengkang-bengkok dan sempit. Jalan bukit. Pertama kali lalu dulu memang akak rasa seram, lepas tu barulah rasa ok.
DeleteWow cantik suasana di sana, terlihat sejuk dan sedikit berkabut, walau sedikit mendaki, lelah terobati ya...😄
ReplyDeleteBenar, hilang lelah bila dapat menikmati keindahan panorama dari atas 😀
Deletecantiknye.. pernah ke sini dlu... perlis antara tempat favourite
ReplyDeleteAlhamdulillah Lady dah sampai.
DeleteSejak berhijrah ke sini, saya pun dah suka dan selesa menetap di sini 😁
Wang Kelian ni yg viral pasal kubur dulu tu kan?
ReplyDeleteBetul...kes pemerdagangan manusia - ada kem dan kubur besar.
DeleteSaujana mata memandang. Sejuk je nampak.
ReplyDeleteMemang sejuk berangin je atas ni.
DeleteSubahanallah cantiknya keindahan ciptaan Allah swt kak ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat menatap indah alam Tuhan.
Deletenampaknya perlu ke sini jika balik kampung. sudah 20tahun rasanya tak datang. lama sangatttt
ReplyDeleteLama sungguh tu Cda, kena datang ke sini kalau nak menikmati panorama alam semulajadi Perlis.
DeleteSy masih belum sempat ke sini. Setiap kali balik kg ada² je agenda keluarga :D
ReplyDeleteGambar last cantik 👍🏻
Faham sangat PH 😄
DeleteMacam kami kalau balik Johor agenda ziarah keluarga. Jarang sempat jalan-jalan explore sana sini. Itu yang kurang tahu pasal negeri sendiri.
Cantiknya pemandangan dari atas. Tempat yang ada teropong berbayar tu. Saya tak pernah sampai sini. Bilalah nak pergi bercuti di Perlis ni. :)
ReplyDeleteJemput datang ke Perlis, negeri kecil dengan tarikan tersendiri.
DeleteWaaa dah cantik skrg... Ntah bila jejakan kaki di sini... Insyallah balik raya nanti nak singgah lah :D
ReplyDeleteBalik raya, biasanya sibuk beraya. Itu yang tak sampai-sampai 😄
DeleteKaaaannnn... Dah la sedara mara setiap pelusuk perlis nak kena ziarah :D
Deletewahhhh cantiknya kak, kalau tak hujan mesti lagi cantik kan tu gambar gunung ganangnya tu.
ReplyDeleteCantiknya kat sini. Kalau jalan bengkang bengkok ni pernah rasa pening bila ikut jalan Cameron Highland area Tapah tu.
ReplyDeletePerubahan Pusat Pandangan Wang Kelian ada pro dan kontra.
ReplyDeleteBanyak berubah walaupun sudah 2 tahun sampai gerai jual cafe latte, nadi goreng dan char kuetiaupun tiada.
Dulu masa SA dan family ke sini belum ada view point ni...tapi masih ada pasar Wang Kelian...lepas tu tahun depannya pasar tu dah tutup terus...semua peniaga dah ke Padang Besar kan...
ReplyDelete