Menyambung kembali catatan trip ke Kuching, Sarawak pada bulan Mei lalu. Catatan terdahulu - Serangan Agresif Monyet dan Menunggu Bot Yang Tidak Kunjung Tiba.
Selesai aktiviti eksplorasi hutan di Taman Negara Bako, saya dan Encik Suami bergerak menuju ke Bau untuk melakukan aktiviti eksplorasi gua di Gua Pari-Pari atau lebih dikenali sebagai Fairy Cave.
Antara tarikan lain yang terdapat di Bau - Gua Angin (Wind Cave), Tasik Biru dan Paku Rock Maze Garden. Dari jalan besar kita boleh nampak papan tanda untuk ke tempat-tempat tersebut. Tetapi dengan masa yang terhad, saya cuma boleh memilih satu tempat sahaja iaitu Fairy Cave.
Kami tiba di Fairy Cave Nature Reserve kira-kira pukul 2.30 petang. Risau juga jika kami terlewat sampai kerana waktu terakhir untuk masuk adalah pada pukul 3 petang dan waktu lawatan berakhir pada pukul 4 petang. Kalau tak dapat masuk kali ini, entah bila lagi kami akan datang ke sini.
Untuk masuk, cuma perlu bayar RM1 sahaja. Sebagai langkah keselamatan, pengunjung diwajibkan memakai kasut bersesuaian dan bawa lampu suluh sendiri. Bagi yang datang tak memakai kasut bersesuaian, boleh menyewa kasut di sini dengan caj sebanyak RM3.
Pengunjung perlu mendaki anak tangga setinggi empat tingkat sebelum tiba di pintu gua. Anggaplah ini latihan stamina sebab nanti dalam gua ada banyak lagi anak tangga perlu didaki 😄
Tangga terakhir sebelum memasuki pintu gua.
Encik Suami sebenarnya sedang mengalami sakit kaki kiri dek terpelecok sewaktu menuruni laluan berbatu di hutan taman negara, tapi berdegil nak ikut sama masuk ke gua. Mungkin risaukan saya yang bersungguh nak masuk berseorangan.
Sebaik memasuki pintu gua, kita perlu mendaki anak tangga konkrit. Kemudian mendaki pula anak tangga besi untuk naik ke atas. Ruangan tangga ni gelap, memang sangat perlu cahaya lampu suluh. Masa inilah para pengunjung saling membantu - yang ada lampu suluh tolong suluhkan tangga besi untuk mereka yang tak bawa lampu.
Naik satu lagi tangga besi yang agak tinggi, barulah kita sampai di ruang gua. Fuh! Mencabar juga tau. Patutlah ada pengunjung yang tak meneruskan perjalanan, berpatah balik.
Teruja sungguh saya menyaksikan keunikan gua ini - ruang gua yang luas, dipenuhi dengan tumbuhan hijau dan pelbagai bentuk batu gua yang menarik di mata saya. Walaupun cukup teruja, tapi saya harus berhati-hati melangkah anak tangga tersedia - sebahagiannya licin berlumut dan licin kerana najis haiwan (mungkin kelawar dan burung).
Terdapat lubang-lubang gua yang membolehkan cahaya matahari, udara dan air hujan masuk ke ruang gua. Jadinya gua ini tidaklah terlampau gelap secara keseluruhannya, tetapi ada tempat tertentu saja yang gelap dan perlu lampu suluh.
Sudut pandang dari tempat yang paling tinggi di dalam gua.
Masa ni ada seorang lelaki mat salih yang nampaknya lebih berusia daripada saya, sedang duduk di bangku dan memegang buku nota. Mungkin sedang membuat pemerhatian atau kajian berkenaan Fairy Cave - matanya memerhati sekitar dan tangannya mencatat sesuatu di buku nota. Eh, saya pun sedang buat pemerhatian juga. Bezanya, saya memerhati kemudian merekodkan dalam bentuk foto 😀
Pandang bawah, nampak semua orang jadi kecil. Sila klik foto untuk paparan lebih jelas ya.
Perhatikan bentuk batuan yang bergerigi dan ada belahan di sisi. Unik sungguh kejadian alam ciptaan Allah.
Antara tumbuhan yang hidup subur di dalam gua. Sepanjang pengalaman saya melakukan aktiviti eksplorasi gua, ini pertama kali saya menyaksikan sebuah ruang gua luas yang dipenuhi tumbuhan - bagaikan sebuah taman yang tersembunyi. Cukup indah pada pandangan saya.
Terdapat tiga laluan dalam Fairy Cave - twilight trail, dark trail dan summit trail (perlu permit).
Lubang gua yang menjadi sumber pencahayaan dan aliran udara dalam gua.
Keunikan pembentukan batuan di lantai gua.
Laluan ‘dark trail’ menuju ke ‘summit trail’. Laluan kecil ini sebenarnya sangat gelap. Saya tak meneruskan perjalanan sebab masa ni saya bersendirian, Encik Suami kena kurangkan berjalan jadi dia menunggu di bahagian bawah. Keadaan dalam gua juga semakin sepi, bila saya memandang sekitar barulah perasan bahawa tiada lagi pengunjung lain.
Perjalanan turun ke bawah. Ruangan yang ada tangga besi paling tinggi ini merupakan ruangan paling sejuk - seperti ada penyaman udara.
Video berdurasi 41 saat memaparkan suasana di dalam gua.
Sebaik kami sampai di bawah iaitu di kaunter tiket, barulah perasan jam sudah pun menghampiri pukul 4 petang. Petugas terus menutup pintu pagar menuju ke tangga dan menunjukkan kami paip untuk membasuh kotoran - tangan rasa melekit dan seluar terkena kotoran tanah. Punyalah asyik menikmati keindahan gua sampai saya terlupa tengok jam 😅
Alhamdulillah sempat juga masuk ke Fairy Cave walaupun tak dapat habiskan ‘dark trail’. InsyaAllah ada kesempatan saya akan kembali lagi. Menurut saya, kunjungan ke Fairy Cave sangat berbaloi dan menyeronokkan. Saya suka dengan suasana gua yang asli begini.
Perlukan stamina yg kuat dan semangat juang tinggi ni nak daki masuk ke dalam gua tu 💪🏻
ReplyDeleteTapi berbaloi sungguh ye bila tengok pemandangan indah dlm gua tu. Fascinating!
Saya ni stamina tak berapa ada, tapi iyaa semangat tu tinggi sebab minat gua 😀
DeleteMencabar sungguh sis. Ibu boleh semput kalau nak daki tangga tu.
ReplyDeleteNi pun banyak kali stop. Tak mampu daki tangga tu terus-terusan 😅
DeleteBestnya Ujie. Seronok tengok keadaan di dalam tu, moga kami sampai ke sana nanti.
ReplyDeleteBest, macam masuk dunia berbeza. InsyaAllah moga ada kesempatan buat sis Mulan ke sini.
DeleteBanyak tempat semulajadi yang unik dan cantik sebenarnya bagi pecinta alam. Terima kasih berkongsi pengalaman ini. Mungkin boleh dijadikan sasaran destinasi sekiranya ke Sarawak.
ReplyDeleteBetul, lebih lagi di Sarawak ni. Sangat banyak tempat ekopelancongan yang mudah kita sampai.
DeleteSama-sama, moga Faizal ada kesempatan ke sini.
Tengok video, rasa tenang je. Dapat bayangkan rasa sejuk dalam gua.
ReplyDeleteMemang rasa tenang berada dalam gua ni, itu yang saya suka berlama-lama memerhati sekitar.
DeleteBerapa kilo kalori sudah terbakar lelemak di sini Ujie.
ReplyDelete😂 dah terbakar lepas tu menambah semula.
DeleteUish...nampak mencabar betul ni...bukan kaleng kaleng
ReplyDeleteMencabar jugaklah, tapi seronok 😀
DeleteBanyaknya tangga!
ReplyDeleteKalau lutut uncle ni mau mogok dia!
Saya ni pun melangkah setapak demi setapak je, bukan jalan laju pun 😄
Deletecantiknya kak gambar dalam tu, memang patut la dan sesuai dengan namanya. Tapi kalau dana tak berani la nak berjalan mendaki banyak tangga tu. Lutut tak bagi kerjasama.
ReplyDeleteSebenarnya akak pun tak tau ada banyak tangga, tak habis mengkaji tempat ni, main pergi je 😅
DeleteCantiknya fairy cave, dulu masih under renovation so x dpt naik kami bawak student ke wind cave je, actually lama jugak dah ke bau.. haha... dulu² sy keja area bau tu kak, ulang alik ke rumah 1 jam, agak jauh jugak la rasanya dulu, sekarang dh ada pan borneo, jalan pun dah elok, sedap sikit driving, dlu kalau dah follow lori mmg lambat la punch card awal pagi
ReplyDeleteJauh Mim kerja. Lagi seksa ya kalau kena follow lori.
DeleteHarga utk foreigners sama tak kak?
ReplyDeleteMenariiik nih. Wisata begini memang saya suka. Adrenalin rush juga Krn kondisi di dalam agak gelap dan tinggi. Terlihat saat kakak berada di tempat yg tinggi memang kliatan kecil orang di bawah.
Belum tahulah kapan saya bisa ke Sabah Serawak. Memang teringin sangat kesana.
Foreigner RM5/adult.
DeleteGua ni memang sangat menarik bagi peminat alam semula jadi. Cuma sayangnya kami datang lewat, tak sempat nak meneroka semua. Perlu sekurang-kurangnya dua jam.
Masa SA pergi Sarawak, sempat ke Gua Angin dan Tasik Biru je..Serikin dan sekitar Kuching...rasa nak ajak suami pi lagi nanti...
ReplyDeleteOh, sy tertinggal baca antri ini. Semoga kaki encik suami Ujie yang terpelecok tu cepat sembuh ya.
ReplyDeleteYa Allah penuh nyer tangga hahaha.. first picture sebelum masuk tu dah lemah semangat tgk tangga naik tinggi ke gua huhuuu
ReplyDeleteNasib baik dapat meneroka di dalam gua.
ReplyDeleteHaah unik ada tumbuhan yang banyak tumbuh. Selalu tengok dalam gua jarang banyak ada tumbuhan, lebih kepada batuan.