Dari Fairy Cave Nature Reserve di Bau, kami kembali ke bandar raya Kuching. Kereta sewa dipandu menuju ke lokasi restoran King Laksa Sarawak yang terletak di Metrocity Matang, Kuching. Perjalanan mengambil masa hampir satu jam dengan jarak kira-kira 45 km.
KING LAKSA SARAWAK, METROCITY MATANG
Restoran ini terletak di deretan bangunan kedai di sebuah kawasan yang nampaknya baru dibangunkan. Tak susah mencari lokasinya dengan berpandukan aplikasi Google Maps. Ruang parkir juga banyak.
Terdapat pilihan untuk makan di bahagian dalam atau di luar restoran. Kami memilih duduk di bahagian luar sebab saya rasa kurang selesa nak masuk dengan keadaan seluar yang kotor selepas aktiviti eksplorasi gua tadi.
Terdapat banyak pilihan variasi laksa Sarawak, siap boleh pilih jenis mi.
Pilihan mi kolok. Sup udang pun ada juga di sini.
Minuman pilihan kami - yang sejuk berais tu teh 3-layer, dalam buku menu ditulis sebagai ‘Teh C’. Selepas itu barulah saya tahu di Sarawak minuman ini dikenali sebagai ‘Teh C’ - ramuannya teh ais, susu sejat dan gula apong. Berbeza dengan minuman 3-layer yang biasa saya minum iaitu tanpa gula apong, rasa teh C lebih sedap berlemak.
Laksa Sarawak dengan pilihan sotong.
Mi kolok.
Alhamdulillah semuanya memuaskan selera.
Kalau kalian ke Kuching, bolehlah mencuba sendiri hidangan di sini. Terdapat tiga buah cawangan restoran King Laksa Sarawak - Kota Samarahan, ICOM Square dan Metrocity. Restoran yang kami pergi ni merupakan cawangan di Metrocity Matang, beroperasi setiap hari pukul 10 pagi - 9 malam kecuali hari Ahad beroperasi seawal pukul 9 pagi.
AMAMAS BOUTIQUE HOTEL
Malam terakhir di Kuching, kami menginap di Amamas Boutique Hotel. Hotel ini tiada bangunan sendiri, ia terletak di deretan bangunan kedai/pejabat. Agak sukar bagi kami nak mendapatkan ruang parkir berhampiran hotel.
Caj parkir dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang. Kami tiba di perkarangan hotel sudah pun lewat senja, jadinya tak perlu pamerkan kupon parkir di dashboard kereta. Tapi esok awal pagi kenalah bersegera membeli kupon untuk mengelakkan di saman.
Alhamdulillah kami dapat bilik penginapan yang sangat selesa.
Siap ada alat penimbang! Bolehlah bermuhasabah diri ๐
Kadar harga bilik ini cuma RM113 - dapat katil saiz besar, bilik dengan keluasan memuaskan, bersih dan sangat selesa. Tak ada sebarang masalah.
Lega sungguh rasanya dapat berehat di bilik yang selesa begini setelah melalui hari yang memenatkan dan juga dengan keadaan kaki Encik Suami yang semakin bertambah sakit. Rawatan awal - sapu Counterpain cool gel, makan Panadol Extend for muscle & joint pain.
Malamnya kami tak keluar bilik, kaki Encik Suami perlu direhatkan. Esoknya hari terakhir kami di Kuching, segala aktiviti yang diatur bergantung kepada keadaan kesihatan kaki Encik Suami.
Sedapnya tengok laksa sarawak dan mi kolok. Mi kolok je saya pernah cuba, laksa sarawak belum lagi.
ReplyDeleteNampak luas biliknya.
Kalau jumpa laksa Sarawak, cubalah.
DeleteSaya lebih suka makan laksa Sarawak berbanding mi kolok.
Istimewanya minuman guna gula apong. Laksa Sarawak tu pun cantik sotongnya.
ReplyDeleteRasa lebih lazat dengan gula apong, asyiklah order minuman yang sama ๐
DeleteWahhh.. knoลต² dah ada kat Kuching ya. Sedap tu Laksa Sarawak, biasa jumpa ada udang jer, ada jugak versi sotong rupanya.
ReplyDeleteNi cerita bulan Mei lalu Sk. Tertangguh lama ๐
DeleteLaksa Semenanjung saya tak makan, tapi laksa Sarawak saya makan. Sedap. Hehe.
ReplyDeleteKena cuba semua jenis laksa, masing-masing ada keunikan sendiri.
DeleteTapi laksa Sarawak ni memang antara laksa yang saya suka makan.
Adoi menggoda la laksa Sarawak & mee kolok tu...
ReplyDeleteAla, gmbr last tu bikin spoil la ๐คญ
Timbang je, lepas tu lupa dah pasal berat naik. Esok sambung makan lagi ๐
DeleteWah kak uji dh mkn di KLS eh, sy selalu lalu je area tu tp x pernah lg rs nk try sbb sy sejenis kalau dah tekak tu selesa dgn seller tu mmg kedai tu je la pegi mkn laksa.. hehe
ReplyDeleteAkak tak tau mana yang kena selera, itu yang cuba banyak tempat ๐
Deletenampak sedap kak mee kolok dan laksa sarawak tu, sotong bukan main besar betul. Bilik tu memang bukan kaleng-kaleng siap boh penimbang lagi hahahha
ReplyDeletePuas hati dapat sotong gitu.
DeleteItulah, tak pernah lagi pergi hotel ada sediakan penimbang ๐
Laksa Sarawak ni memang lama betul tak makan. Teh C tu memang sedapnya rasa.
ReplyDeleteDi utara susah jumpa orang jual, jadinya bila ke Kuching kami makan puas-puas laksa Sarawak.
Deleteya Alklah cantik biliknya
ReplyDeleteAlhamdulillah cukup selesa untuk kami berehat.
DeleteBila ada masa nanti, join GA saya ye.
ReplyDeleteTerima kasih jemput saya. Kena seru mood rajin berblog ๐
Deletebiasa mkn mee kolok...laksa swk pernh cuba tp tk brp kena ngan tekak...menarik tgk 3 layer tea tu
ReplyDeleteMungkin kena cuba lagi laksa Sarawak di kedai lain, sebab rasanya berbeza. Ada yang kuat rasa rempah dan ada yang rasa biasa je.
DeleteSedapnya ada laksa sotong, yum...
ReplyDeleteAlhamdulillah kena dengan selera saya.
DeleteSedap nyaaaa laksa Serawak๐๐๐. Rindu saya makan ini di kota asalnya langsung. Trakhir makan laksa ini di Dapur Serawak KL. Memang sedap lah. Tp pilihan menu lebih banyak di tempat ini pastinya๐
ReplyDeleteMie Kolok pun saya suka. Suami yg coba waktu itu.
Iya, di Kuching lebih banyak variasinya. Fanny harus jalan-jalan ke Kuching pula ๐
DeleteSA suka JJCM kat Sarawak...especially makan mee kolok..kat sana harga makanan pun masih murah compare to KL
ReplyDeleteBanyak tempat boleh JJCM di Kuching ni, ada tempat yang saya nak pergi tapi tak sempat pulak. Bab harga, sesuailah dengan status bandar raya Kuching.
DeleteLaksa sarawak dengan sotong tu nampak unik kelainan.. mee kolok tu dah macam mee kari huhu.. btw apa motif pihak hotel letak penimbang tu? nak gi muhasabah diri jgn turun breakfast ke hahahaa.. :D
ReplyDeleteSuka kedai jual pelbagai jenis mi kolok atau laksa Sarawak. Kalau ramai boleh bertukar-tukar rasa. Haha unik hotel ada penimbang. Kena sangka baik mungkin untuk timbang beg penerbangan agaknya.
ReplyDelete