Friday, 13 September 2024

Masjid Pusat Songkhla, Thailand

[Catatan ‘Day Trip’ ke Wilayah Songkhla, Thailand | Ahad, 25 Ogos 2024]

Menyambung kembali catatan lawatan singkat ke Songkhla. Selepas menikmati hidangan di The Seaside Halal, konvoi kami menuju ke sebuah masjid yang terkenal di sini iaitu Masjid Pusat Songkhla (The Central Mosque of Songkhla).

Ia juga dikenali sebagai masjid ‘Taj Mahal’ kerana seni binanya dan juga dikenali sebagai masjid ‘orang Malaysia kahwin’ - suatu kenyataan yang tak sedap kita dengar.

Kami ke sini untuk menunaikan solat jamak Zohor-Asar, serta nak melihat sendiri rupa masjid besar yang menjadi lambang kewujudan agama Islam di wilayah Songkhla.

Semasa kami tiba, kelihatan beberapa buah bas diparkir di perkarangan bangunan masjid. Suasana petang tersebut agak meriah dengan pengunjung. Saya sempat berbual ringkas dengan salah seorang pengunjung, katanya mereka dari Jawa Barat, Indonesia.

Di suatu sudut (kedudukan jauh sedikit dari masjid), saya lihat ada sebuah makam. Carian saya mendapati, makam tersebut milik Sheikhul Islam Thailand Aziz Phitakkumpon yang meninggal dunia pada tahun 2023.

Masjid Pusat Songkhla, Thailand
Pemandangan bahagian hadapan Masjid Pusat Songkhla. Foto-fotonya kurang menarik kerana cuaca mendung selepas hujan membasahi bumi.

Masjid Pusat Songkhla, Thailand
Perlu mendaki anak tangga untuk masuk masjid. Kemudian perlu menuruni anak tangga untuk ke tempat wuduk dan tandas di tingkat bawah. Tak sesuai bagi mereka yang ada masalah lutut.

Masjid Pusat Songkhla, Thailand
Bahagian dalam masjid - ruang solat utama. Sebelah kiri yang ada penghadang tu ruang solat muslimah. Masjid ini tak menggunakan karpet, terasa sejuk tapak kaki melangkah. Bagusnya lantai begini, lebih mudah penjagaannya dan tak perlu dana untuk ganti karpet usang.

Masjid Pusat Songkhla, Thailand
Seni bina yang dikatakan seperti Taj Mahal di India. Maka sebab itu masjid ini juga dikenali sebagai ‘Taj Mahal Thailand’. Tapi saya lebih suka jika kita tak menyebut satu-satu tempat itu dengan nama tempat lain. Setiap tempat adalah unik dan ada identitinya sendiri.

5 petang waktu Thai.
Mengabadikan memori di Masjid Pusat Songkhla. Berjalan dengan ‘kanak-kanak riang’ memang sentiasa aktif dan ceria 😀. Saya tiada dalam foto sebab jadi tukang foto.

Hari sudah menghampiri lewat petang. Acara jalan-jalan di wilayah Songkhla masih belum berakhir. Konvoi kami menuju ke bandar Hatyai pula. Bersambung pada catatan akan datang.







11 comments:

  1. btul la skali tgk mcm Taj Mahal ...cantik...view tangga tu iras jugamasjid dkt seoul

    ReplyDelete
  2. Wah ada kolam besar depan masjid! Betul-betul besar.

    ReplyDelete
  3. Cantik seni bina bangunannya memang persis taj mahal. Gambar last tu hotspot paling cantik untuk bergambar di sini kan. Agak susah juga nak mendaki dan menurun anak tangga. Biasanya masjid besar begitulah. Agak jauh dari tempat ambil wuduk dan tempat solat. Ruang solatnya luas dan selesa untuk solat.

    ReplyDelete
  4. saya suka masjid tak berkarpet ni dapat hindar dari bau kepam
    suasana masjid nampak tenang,tapi bila sebut masjid ‘orang Malaysia kahwin’ rasa tak sedap hati hehe

    ReplyDelete
  5. Cantik masjid ni... Nampak terjaga persekitaran dalaman & luarannya 👍

    ReplyDelete
  6. Teringin nak ke Thailand.. Asyik ke sebelah Indonesia je saya ni..

    ReplyDelete
  7. Masa kami ke Hatyai, pemandu pelancong kami pun cakap " Masjid orang Malaysia kahwin"....

    ReplyDelete
  8. Masjid² ni mgkin lebih sesuai utk yg muda² ke, banyak tangga, nak masuk naik tangga kemudian nak ke tandas atau ruang wudhu kena turun tangga, nak solat kena naik tangga lagi. Yang tak naik tangga turun tangga, solat di petrol stesen. Tapi rugi plak kalau tak singgah solat di masjid terutama masjid yg cantik dan terkenal macam ni.

    ReplyDelete
  9. sayang betul tak dapat masuk masjid ni ms sy dtg aritu sbb hujan. bas turunkan kami tepi tasik tu. kalau lari ke masjid pun x dan sbb agak jauh juga tu..
    insya allah ada rezeki nak dtg lg ke sini

    ReplyDelete
  10. adeh tang nama masjid orang malaysia kawin tu yg tak berapa sedap dengar huhuhu....

    ReplyDelete
  11. Setuju kak. Saya pun kurang suka membanding2kan begitu. Masing2 ada kelebihannya kan.

    Saya pernah dengar istilah yg dipakai utk mesjid ini, memang tak sedap, apalagi kalo tujuannya seperti itu.. 😔

    Saya berharap bisa juga singgah mesjid ini kalo nanti ke hatyai

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****