Friday, 20 September 2024

Eksplorasi Gua Kelam 2, Perlis

[Catatan Hari Isnin, 16 September 2024]

Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam dibuka mulai pukul 9 pagi. Kami tiba di sini kira-kira pukul 10 pagi dalam suasana hujan rintik. Biasanya jika berkunjung ke sini, kenderaan kami akan melalui pos kaunter tiket dan menuju ke ruangan parkir di bahagian dalam. Tetapi kali ini, laluan kenderaan di pos kaunter tiket sudah diletak penghadang. Jadinya kami parkir kenderaan di ruang parkir hadapan. Selepas itu barulah berjalan ke pos kaunter tiket.

Petugas kaunter memaklumkan bahawa hari ini Gua Kelam 1 ditutup. Hujan berterusan sejak beberapa hari lalu menyebabkan paras air dalam gua meningkat. Oh, patutlah diletak penghadang dan pintu pagar ke Gua Kelam 2 bertutup.

Apa pilihan yang ada? Pengunjung boleh melakukan aktiviti eksplorasi Gua Kelam 2, melawat Galeri 3D Gua Kelam dan masuk Rumah Cermin.

Kami memilih untuk ke Gua Kelam 2 dengan bayaran RM10 seorang dan Rumah Cermin dengan bayaran RM5 seorang. Tiada caj parkir dikenakan seperti sebelum ini, mungkin sebab parkir di bahagian hadapan.

Eksplorasi Gua Kelam 2
Berfoto di hadapan bangunan untuk masuk ke Gua Kelam 2. Kalau Gua Kelam 1 lain pintu masuknya ya. Foto kami berenam dirakam oleh seorang lelaki Cina yang baik hati menawarkan diri membantu kami.

Eksplorasi Gua Kelam 2
Sesi taklimat sebelum masuk gua.
Selepas menyerahkan sekeping kertas bertulisan tangan (tiada tiket khas untuk ke Gua Kelam 2) kepada petugas di kaunter, kami diminta menunggu. Rupa-rupanya nak tunggu pengunjung ramai, barulah akan bergerak bersama.

Tak lama kemudian, sesi taklimat bermula. Kami dimaklumkan berkenaan sejarah ringkas Gua Kelam 2, jarak laluan 700 meter sehala (perlu berpatah balik untuk kembali ke pintu gua) dan hal keselamatan (pengunjung bertubuh tinggi diminta memakai topi keselamatan).

Eksplorasi Gua Kelam 2
Berjalan ramai-ramai naik tangga menuju ke pintu gua yang terletak di aras atas.

Eksplorasi Gua Kelam 2
Menyeberangi jambatan menuju ke pintu gua.

Eksplorasi Gua Kelam 2
Laluan bersimen dan rata sejauh 400 meter. Pengunjung yang tinggi tu kenalah berhati-hati jangan terkena bumbung gua. Laluan bersimen begini nampak mudah, tetapi ada cabarannya juga - aliran air deras di tepi laluan dan ada kalanya melimpah di tengah laluan. Perlu berhati-hati melangkah.

Eksplorasi Gua Kelam 2
Di tempat tertentu, terdapat air yang turun dari bumbung gua. Kadang sedikit saja dan kadang agak lebat seperti terkena siraman hujan. Boleh lihat dalam video di hujung entri ini.

Eksplorasi Gua Kelam 2
Kawasan kolam dalam gua - Kolam Biru (The Blue Pool). Nampak lebih cantik berbanding kunjungan saya sebelum ini, mungkin sebab musim hujan paras air jadi tinggi dan pencahayaan yang bertukar warna di dinding gua.

Eksplorasi Gua Kelam 2
Aliran mini air terjun menambah pesona Gua Kelam 2.

Eksplorasi Gua Kelam 2
Tumbuhan berjurai di bumbung gua. Cantik! Gua ini tiada lubang angin yang membolehkan udara dan cahaya masuk, entah macam mana boleh pula tumbuhan ini hidup segar.

Eksplorasi Gua Kelam 2
Terowong laluan yang dibuat oleh para pelombong untuk aktiviti perlombongan bijih timah.

Eksplorasi Gua Kelam 2
Batu bunga di dinding gua. Rupa seperti batu kecil dengan tekstur tajam dan bersinar.

Eksplorasi Gua Kelam 2
Perlu mendaki anak tangga untuk ke ruangan lebih tinggi. Di sebelah kanan atas dinding gua, kelihatan tulisan yang dipercayai tinggalan para pelombong.

Eksplorasi Gua Kelam 2
Sampai di sini saja pengunjung boleh masuk, jaraknya kira-kira 700 meter dari pintu masuk.

Berbeza dengan Gua Kelam 1 yang tidak begitu luas, ruang dalam Gua Kelam 2 lebih luas disebabkan aktiviti perlombongan. Ia bukan terjadi secara semula jadi.

Ini merupakan kali kedua saya dan Encik Suami melakukan eksplorasi di Gua Kelam 2. Kali pertama kami ke sini pada Januari 2022. Harga berbeza, pengalaman berbeza dan suasana dalam gua juga sedikit berbeza. Boleh baca entri DI SINI. Saya lebih sukakan suasana lebih asli kerana gua merupakan tarikan pelancongan alam semula jadi. Menurut saya, tak perlu tambahan lampu berwarna-warni tetapi boleh pasang lampu sekadar untuk menerangi laluan di bahagian tertentu gua.


Video berdurasi 0:39 minit - suasana di dalam Gua Kelam 2.

Secara keseluruhannya, eksplorasi ke Gua Kelam 2 cukup menarik dengan unsur alam semula jadi (gua batu kapur) dan unsur sejarah (aktiviti perlombongan). Tetapi disebabkan tak bersedia dengan pakaian yang sesuai untuk masuk gua yang basah, maka kotor jugalah hujung seluar dan basah kasut yang dipakai 😄







24 comments:

  1. bestnya cuti2 Perlis,macam banyak tempat menarik..ada rezeki nnt nak juga ke sana,tapi entah bilalah agaknya dapat jejak kaki di negeri Perlis ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak tarikan di Perlis, akak pun dah rasa seronok menetap di sini 😁

      InsyaAllah moga ada rezeki Afzan sekeluarga jalan-jalan sini.

      Delete
  2. Bestnya masuk gua. Tak pernah ada pengalaman masuk gua. Takut pun ye jugak. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takut, Cie boleh cuba masuk Gua Tempurung dan pilih level yang mudah. Situ ruang gua lebih luas dan berjalan atas platform je.

      Delete
  3. Memang best ni masuk Gua Kelam. Moga sampai sana nanti Insyaa Allah

    ReplyDelete
  4. Menariklah! Sy belum pernah masuk mana² gua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH boleh bawa anak-anak masuk Gua Tempurung. Sesuai untuk pengalaman pertama masuk gua.

      Delete
  5. macam mana cik edit gambar bagi kabur muka, guna app apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna photo editor yang ada pada hp Samsung.

      Delete
  6. Beberapa kali ke Perlis, selalu lalu depan Gua Kelam ni tapi PI sejenis tak minat nak masuk dalam gua, kita tumpang lalu sajalah. Orang tinggi tu, tinggi yg macam mana Ujie? Brp cm anggarannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak sebut tinggi berapa. Saya andaikan 170 cm tu tinggi dan perlu pakai topi keselamatan. Patutnya semua orang kena pakai, tapi bila dah terlalu ramai, dia suruh yang tinggi jelah pakai 😄

      Delete
  7. Lampu2 tu yg buat lagi cantik kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya betul. Tapi saya suka tengok gua tanpa lampu, baru nampak keasliannya.

      Delete
  8. Dalam gua ni ada lipas tak kak? Saya pernah nampak satu dokumentari ni aktiviti masuk gua kat mana entah, lepas tu guide tu suluh dekat dinding ya ampunnnnn beribu2 lemon lipas dekat dinding tu 😅 Dekat Gua Mulu yg kiteorg pernah pergi dulu pun ada lipas tapi duduk bawah plankwood tempat berjalan so tak nampak ok sikit la hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jumpa lipas walau dah 2x masuk.
      Geli jugak kan kalau jumpa, dah la dalam gua kita nak lari susah 😆

      Delete
  9. tk pernah smp lg sini ...cantik lighting gmbr dlm gua tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang Perlis bolehlah cuba masuk Gua Kelam 1, lebih santai dan mudah.

      Delete
  10. ya laaa
    cantik betul tumbuhan berjurai tu
    dlm gua x de cahaya matahari pun boleh menghijau mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutnya masa dalam gua tu akak kena tanya guide, ni pokok betul atau plastik 😄

      Delete
  11. Oh td saya sempat pikir ini semacam goa dengan sungai di dalam. JD eksplorasinya sambil basah sepinggang, seperti goa di sini. Ternyata basahnya di tempat tertentu ya kak.

    Sbnrnya saya takut masuk goa. Pernah, tp kalo bisa tak usah 🤣. Mungkin saya saja yg tak nyaman di tempat lembab dan gelap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni basah kerana musim hujan, air mengalir masuk melalui celahan gua.

      Akak pula suka masuk gua, seperti masuk dunia berbeza 😀

      Delete
  12. Teringin nak pergi lagi di situ tapi entah bila, InsyaAllah.. satu hari nanti.. Perlis, mu tunggu kehadiranku.. hehehe..

    ReplyDelete
  13. Itulah pelik nampak terang-benderang rupanya dikomersilkan letak lampu banyak-banyak.
    Nampak luas sampai boleh bergambar bebas dalam gua.
    Hehe pengalaman berbeza dengan orang yang berbeza.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****