[Catatan hari Khamis, 8 Februari 2024]
Alhamdulillah negeri Perlis ambil cuti umum pada hari Khamis lalu sempena Israk Mikraj, maka dapatlah kami bercuti panjang sedikit untuk pulang ke kampung halaman di negeri Johor. Ini merupakan kali pertama kami balik kampung selepas berpindah ke Perlis.
Malam sebelum bertolak, Encik Suami dah masukkan segala beg dan barang dalam kereta. Kali ini banyak yang perlu kami bawa sehingga penuh but kereta dan tempat duduk belakang. Encik Suami bawa sekali peralatan tebuk lubang dinding, water jet dan mesin pemotong pokok bagi memudahkan kerja-kerja di rumah Mak. Keperluan pakaian pula kami bawa banyak sebab selepas balik kampung, Encik Suami sambung kerja di KL pula.
BULAN SABIT TUA dan PLANET ZUHRAH
Kami bergerak meninggalkan rumah Perlis kira-kira pukul 7 pagi. Tapi sebelum itu, saya sempat menikmati keindahan langit Subuh dan merakam foto-foto berikut dari halaman rumah :
Klik foto untuk paparan lebih jelas. |
Bulan sabit tua (waning crescent moon) dan planet Zuhrah (Venus), kedua-duanya bersinar indah di langit Subuh. Pemandangan yang memukau 😍
Terima kasih Encik Suami yang memaklumkan kepada saya. Kita ni tengah kelam-kabut periksa rumah sebab nak tinggalkan dalam tempoh lama, tak perasan apa ada di langit.
MasyaAllah cantik!
Hasil zoom-in ~30x.
Dah puas saya menikmati dan merakam foto langit Subuh, kami pun bergerak bagi memulakan perjalanan menuju ke selatan tanah air.
TOL PERCUMA
Kami tak tahu pun hari ini (8 Februari) kerajaan bagi tol percuma. Semasa keluar di tol Bertam/Kepala Batas untuk sarapan di Nasi Lemak Nooraz, kami terkejut tengok kadar tol RM0.00.
Terus saya buat carian internet. Oh, rupanya tol percuma pada 8 & 9 Februari sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Seronok sungguh bila sentuh kad untuk membayar, paparan menunjukkan RM0.00! Foto di atas saya rakam ketika exit tol Putrajaya.
Kami menginap satu malam di rumah NS sebelum meneruskan perjalanan ke Johor pada esok pagi. Sebelum ke rumah NS, kami ke IOI City Mall bagi membeli keperluan di HomePro.
Penjimatan tol bagi perjalanan kali ini dari Perlis ke Johor adalah kira-kira RM80. Alhamdulillah rezeki!
.
Alhamdulillah...kalau dengar tol percuma tu, utk kita yang pengguna tegar PLUS nie, rase jimat sangat...smpai bercerita dekat kawan yang memang balik lalu LPT je..dia terkejut yang tol ke arah2 utara nie smpai berpuluh2...hihihi...
ReplyDeleteKan...untuk kita memang rasa berbaloi sebab banyak jugak penjimatan.
DeleteMana ya Puan Ujie tahu itu planet Zuhrah?
ReplyDeleteWah lama bercuti! Banyak tempat hendak singgah jadi jimat sungguh tol.
Saya buat carian internet. Boleh jugak rujuk web timeanddate.com
DeleteAlhamdulillah banyak penjimatannya tu ...
ReplyDeleteUntung juga PU ada rumah di N9, jika nak drive straight to kg jauh tu...
Itulah, syukur Alhamdulillah ada rumah persinggahan. Tak larat jugak kalau nak terus je dari hujung ke hujung peta, dah la sorang je yang drive 😄
DeleteSayat teringin juga nak potret bulan 😄. Hp saya sebenarnya as features utk foto bulan, tapi tuhlah tak pernah coba 🤣..next lah, kalo terlihat ada bulan, saya nak coba foto. Btw kak, ini fotonya pakai tripod tak?
ReplyDeleteTak pakai tripod, makanya hasil foto zoom-in kurang bagus.
DeleteSebaiknya pakai tripod untuk lebih fokus pada subjek dan kurang gegaran tangan.
Semoga Fanny berhasil memotret foto bulan.
Hebat kamera ni... planet pun boleh nampak!
ReplyDeleteSebab planet bersinar terang sangat masa ni, dapatlah nampak dalam foto.
DeleteTapi bila cuba zoom-in, hasilnya cuma nampak satu cahaya yang kabur. Saya tak letak di blog lah 😄
subhanallah cantik gambar sabit... cantik gambar bulan
ReplyDeletePenghias langit malam.
DeleteAlhamdulillah, rezeki tak perlu bayar tol..
ReplyDeleteSis ujie tinggal di Perlis yer, nanti kalau musim buah mempelam harum manis bgth yer.. :D..
Ya awak, ok insyaAllah kalau dah tiba musim saya bagitau ya. Sekarang sedang berbunga dan mula berbuah.
DeleteSubhanallah, cantiknya bulan sabit...bestkan..berjalan jauh and tol pulak free...jimat2..
ReplyDeleteKalau dekat, tak rasa seronok. Ni sebab berpuluh ringgit kan 😀
DeleteKalau di zoom suka pecah, maklumlah hape saya biasa aja😁
ReplyDeleteHehe…takpe, tengok dengan mata pun dah cukup cantik.
DeleteSA je x dapat menikmati toll free...hahahaha
ReplyDeleteok lah ada rumah NS untuk pit stop. Perlis-Johor tu jauh.
ReplyDeleteSaya tak merasa kali ni...Sempat rasa Hari Krimas hari tu ja..
ReplyDeleteHarap2 Raya Puasa dapat rasa lagi Tol Plaing Sedap....Tol Percuma🤣
Jauh perjalanan dari utara ke selatan tu. Berbaloi balik kalau tol percuma untuk perjalanan jauh. Hebat betul hasil tembakan gambar akak. Cantik!
ReplyDelete