Cerita bulan November lalu, iaitu bulan pertama saya berhijrah ke negeri paling utara di Semenanjung Malaysia.
KISAH 1 | Seawal malam hari pertama saya dan Encik Suami tiba di kediaman baru kami, sudah ada sepasang burung yang menumpang tidur pada besi di bumbung beranda rumah. Saya tak pasti entah apa fungsi besi tersebut, tapi yang pasti ia jadi tempat tidur bagi sepasang burung layang-layang.
Setelah lebih 3 bulan, sepasang burung ini masih lagi menetap di sini. Menjelang malam, burung-burung ini datang dan serentak beredar bila langit mulai terang. Setakat ini kami tak ada masalah dengan kehadiran burung-burung ini kecuali perlu menyediakan bekas najis dan membasuhnya setiap hujung minggu. Macam membela burung pulak ya 😄
KISAH 2 | Ini pula burung yang paling comel gaya tidurnya 😀. Masa ni kami tinggalkan rumah satu malam sebab bermalam di rumah PP untuk kerja mengemas dan pindah barang. Malam berikutnya kami balik, dalam kelam cahaya saya nampak satu objek bulat besar di atas selipar yang diletakkan berhampiran pintu masuk. Bila buka lampu, Ya Allah ada burung sedang tidur di atas selipar saya 😂
Entah apa nama burung ini. Kepalanya disorokkan di balik sayap. Comel sangat. Geram saya sampai rasa nak pegang tapi nanti mengganggu tidurnya pulak. Tambah lucu, burung ni nampaknya tidur mati. Kami berulang-alik keluar masuk pintu rumah angkut barang (lalu betul-betul di sebelah selipar) sambil berborak agak kuat, tapi burung ni sedikit pun tak terganggu.
Esok paginya sekitar pukul 6 lebih pagi, saya tengok burung ni masih lena tidur. Bila dah siang, burung ni pun menghilang.
KISAH 3 | Ada satu malam tu saya hidupkan lampu kecil di luar rumah. Saya pun jenguklah di balik cermin sliding door untuk memastikan saya tak silap hidupkan lampu. Tapi terkejut saya bila nampak ada seekor burung sedang tumpang tidur 😄. Kesian pulak tidur lampu terang, jadi saya matikan lampu tersebut. Saya perasan ada beberapa malam burung ni tidur di atas lampu.
Beginilah bila tinggal di suasana yang begitu dekat dengan alam semula jadi. Macam-macam pengalaman baru yang saya lalui. Ini salah satunya. Saya belum lagi mencatat kisah ular di tingkap rumah dan ‘serangan’ cacing besar di luar rumah.
.
comelnya burut pipit tu..datang menyinggah la tu kepenatan terbang sana sini..haha
ReplyDeleteOo..yang kat selipar tu burung pipit ya? Comel kan 😃
DeleteComel je burung2 tu. Ular...???? Aihhhh seriau. Moga sentiasa dalam lindungan Allah
ReplyDeleteAamin. Terima kasih doanya.
DeleteComel je burung kedua. Bulat, terletak elok atas selipar. 😁 Takmo cerita la ular dan cacing, Ujie, I is takuts! 🙈
ReplyDeleteKena catat jugak buat kenangan. Tapi tak ada la letak gambar jelas sebab saya pun takut ular dan geli cacing 😅
DeleteBerkongsi rumah dgn burung nampaknya puan hehe....
ReplyDeleteComel je yg tidur atas selipar tu :)
Itulah. Pesan jugak kat burung-burung tu, dah kongsi rumah jangan tau duduk je. Tolong jaga rumah bila kami takde 😄
DeleteBurung ni comel tapi susah nak tangkap. Nampak jinak burung² yg menumpang rumah Ujie tu. Besi pada siling tu, rasanya besi mendakap siling, mungkin siling tu boleh buka utk naik ke loteng atau masuk dlm bumbung tu.
ReplyDeleteBesi tu, dah belek jugak tapi nampak tak boleh bukak pun siling tu. Entah ler 😄
DeleteBaru je tadi baca kisah blogger Ezna dan burung. Sini pon burung sentiasa datang yaa ..sib baik kucing takde
ReplyDeleteAgaknya sebab tu burung selesa datang sebab sini tak ada kucing.
DeleteAtas selipar paling win!
ReplyDeleteKan…geli hati sungguh. Pertama kali saya dapat perati burung tidur secara dekat.
DeleteItulah masa awal baca mesti rasa Puan Ujie tinggal berhampiran kawasan hutan.
ReplyDeleteSeram pula kata ada ular singgah tepi tingkap.
Pengalaman baru bagi saya tinggal di tempat begini. Macam-macam ada 😄
DeleteSeperti menumpang kasih gayanya.
ReplyDeleteSaya tengok burung-burung ni pun jadi kesian nak halau. Selagi tak rasa terganggu, biar jelah menumpang.
Deletealamak...paragraph last tu ngeri..
ReplyDeletekalau burung takpe lagi,tapi kalau cik anjang tu seram sikit. ala comelnya yang tidur mati tu
ReplyDeleteBurung tidur atas lampu tu sebab dia nak panas kot. Mungkin cuaca agak sejuk kat luar....
ReplyDeleteBurung kat lampu tu macam burung tukang..ke salah?🤭
ReplyDeleteTak taulah saya tu burung apa. Rupa burung tukang pun saya tak kenal 😅
DeleteRamai yang menumpang tidur. Dari rumah PP pun ada yang menumpang dulu kan. Itulah tu dah macam membela burung pulak. hihi...Tertanya tanya fungsi besi tu. Nak kata untuk buaian macam tak kuat sangat gayanya.
ReplyDeleteIngat lagi ya Fiza 😁
DeleteBetul, kat rumah PP burung merpati buat sarang. Dapatlah tengok tumbesaran anak merpati sampai boleh terbang.
Itulah…besi tu kat siling, gantung benda ringan bolehlah. Tak pasal jadi rumah burung layang-layang pulak 😄
Alahai comey nyer.. dekat beranda sy skrg ni ada masalah burung merpati bertelur.. bukan sekali dua tapi ini dah masuk kali ke 13 .. kalau dtg bertelur sahaja tak apa .. ini habis lantai kesan tahi bagai.. penat nak mencuci..
ReplyDeleteIhhh seruuuu lah kak 😍😍. Lucu2 sangat burung nih. Nasib baik tak ada kucing yaa. Kasian pulsa habis dikejar nanti 😅.
ReplyDeleteTapi bab ular dan cacing, itu tak seru 😂😂. Tak sabar nak denger ceritanya 😁
comelnya burung di selipar....nmpknya burung2 suka tidur di rumah Ujie..
ReplyDelete