Monday, 21 March 2022

Untuk Hujan Dan Angin Yang Memeluk Tiap Malam Yang Panjang


Untuk Hujan dan Angin Yang Memeluk Tiap Malam Yang Panjang
Judul : UNTUK HUJAN DAN ANGIN YANG MEMELUK TIAP MALAM YANG PANJANG
Penulis : ZF Zamir
Penerbit : Jiwa
Tahun terbit : Cetakan pertama 2021
Jumlah halaman : 95

Buku bersaiz kecil dan cuma setebal 95 halaman, tetapi dengan judul yang begitu panjang. Ia sebuah naskhah yang memuatkan siri catatan perasaan yang ditulis untuk merawat diri sewaktu penulis berada di dalam fasa kedukaan dan sewaktu melakukan kembara ke beberapa buah negara.

“…Terdapat sebuah kemarahan yang berpunca daripada semua kekecewaan. Terdapat kesakitan yang dalam daripada semua tikaman yang tidak kelihatan itu…” - halaman 73.

Untuk Hujan dan Angin Yang Memeluk Tiap Malam Yang Panjang

Ada catatan penulis yang boleh saya fahami dan hayati, pun begitu ada catatan yang gagal saya fahami maksud tersirat yang cuba disampaikan. Tetapi saya menemukan satu hal penting dalam naskhah ini, iaitu penulisan mampu merawat jiwa. Seperti kata penulis :

“Saya mendedahkan sebahagian besar sisi diri saya kepada masyarakat melalui naskhah ini. Saya juga membaik pulih sebahagian besar daripada diri saya ketika proses kreatif ini berlangsung.” - halaman 92.

Untuk Hujan dan Angin yang Memeluk Tiap Malam Yang Panjang, bacaan sesuai bagi mereka yang sedang dalam kekecewaan, disakiti dan terbeban dengan perasaan yang berat supaya bangkit untuk terus mara ke hadapan. 



11 comments:

  1. Nama penerbit buku pun ada kaitan dengan tajuk.
    Hehe macam sesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang penerbit tu fokus pada buku-buku berkaitan jiwa/perasaan. Hehe..

      Delete
  2. ayatnya puitis sangat atau terlalu tersirat maksudnya

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Judul buku paling panjang pernah saya jumpa..hehe

      Delete
  4. Comel saiz bukunya. Bahasa tinggi ni ada yang susah nak faham. Tajuk pun dah tersirat. Illustrasi lukisan hitam putih tu cantik.

    ReplyDelete
  5. menulis sebagai terapi...motivasi utk move on dlm hidup..

    ReplyDelete
  6. Tajuk dan kata-kata penulis menjentik hati saya.. Buku yang menarik..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****