Saturday, 12 March 2022

Catatan 11.03

Semalam hari Jumaat, saya dan encik suami bertolak dari rumah NS ke rumah PP. Sekarang ni memang kerap berulang-alik antara PP dan NS dek tuntutan kerja encik suami. Kalau cuaca mendung di sepanjang perjalanan, barulah agak lega dan kurang rasa letih.

Rain Lily

Semalam pagi sebelum meninggalkan rumah NS, mata saya terlihat sekuntum bunga yang baru nak berkembang. Cantik berwarna merah jambu terletak di dalam bekas berbentuk cengkerang di dinding bahagian luar rumah.


Walaupun dah hampir dua tahun terbiar tak dibela dan kadang nampak tinggal tanah je, bila tiba musim hujan lebat pokok Rain Lily ni akan tumbuh subur dan berbunga. Sesuai la dengan namanya kan. Pokok Rain Lily ni hidup menggunakan bawang (bulb). Selagi ada bawangnya di dalam tanah, selagi itu pokok ni boleh terus membiak. Saya pun tak sangka masih ada bawang di dalam tanah, sebab masa awal-awal berpindah tu jiran dah ambil pokok ni. Rupanya masih ada bawang yang tertinggal dan bertahan hidup.

Umai Cafe, Putrajaya

Tempat makan yang saya suka kunjungi suatu masa dulu, sebab pemandangan yang cantik dan pilihan makanan yang memenuhi selera. Tapi sejak dah berhijrah ke utara, memang dah lama saya tak ke sini. Lagi pulak dengan PKP yang berlarutan. Alhamdulillah semalam kami berkesempatan makan sarapan di sini sebelum meneruskan perjalanan ke utara.


Umai Cafe ni terletak berhampiran dengan Monumen Alaf Baru (menara berbentuk seperti pensil) dan berhadapan dengan tasik. Memang menghadap pemandangan yang cantik. Ada ruang parkir yang agak luas dan percuma. Tapi kalau datang pada hujung minggu, susah juga nak dapat parkir dan nak dapat meja makan.


Bihun Sup Utara. Sedap dan menyegarkan rasa supnya. Letak sikit je sambal merah tu sekadar untuk merasa. Dah terbiasa makan bihun sup dengan sambal kicap, susah sikit nak ubah tekak.

Set Roti Jala dan rendang ayam. Ni makanan kegemaran saya.

Alhamdulillah semuanya memuaskan selera, servis pun baik dan pantas. Dulu-dulu macam agak kurang baik servisnya, harap mereka dapat kekalkan servis baik dan pantas begini. Seterusnya, kami sambung perjalanan balik ke rumah PP.

Selepas 30 Hari…

Masih ingat kisah anak-anak burung Merpati di balkoni rumah PP saya? Kisahnya DI SINI. Sebelum tinggalkan rumah PP tempohari, memang saya dah nampak yang anak-anak burung Merpati mulai terbang dan selalu juga meninggalkan sarang pada waktu siang. Tapi bila petang kedua-duanya balik dan bermalam di balkoni.

Sepanjang ada anak-anak burung, memang kerja saya mengendap mereka di balik cermin sliding door. Memerhatikan tumbesaran mereka. Eh, tapi kalau tak mengendap pun memang senang nampak sebab ruang rumah kami kecil je. Dari meja makan pun dah boleh nampak apa ada di balkoni. Haha.

Apa jadi selepas 30 hari? Menurut info internet, anak burung Merpati akan meninggalkan sarangnya selepas 30 hari. Ya, semalam kami sampai di rumah dan mendapati anak-anak burung tak lagi bermalam di balkoni. Nampaknya mereka dah pun meninggalkan sarang. Kiranya kali terakhir saya nampak kedua-duanya bermalam di balkoni adalah pada malam sebelum kami bertolak ke NS, iaitu pada 7 Mac lalu.

Gambar pada 6 Mac 2022, baru pandai terbang. Burung dewasa kanan sekali tu entah mak atau paknya. Kadang-kadang datang jenguk anak sendirian dan kadang-kadang datang berdua. Berkumpul empat beranak…hehe.

Ralat - tarikh sebenar 5 Mac.

Video berdurasi 24 saat - masa ni kali pertama saya nampak anak-anak burung pandai terbang. Tak jauh pun, dari lantai balkoni terbang ke atas besi penghadang ni. Tapi tak sempatlah nak rakam masa terbang tadi. Kedua-duanya memang pantang nampak mak atau paknya, sibuk mengejar mematuk paruh (minta makanan la agaknya). Kadang-kadang sampai berkejaran keliling pasu, memang kelakar saya tengok.

Alhamdulillah, dapat menyaksikan satu kebesaran Allah - proses tumbesaran burung Merpati. Dalam masa yang sama saya rasa lega juga, lepas ni balkoni dah tak kotor teruk dengan najis burung. 


19 comments:

  1. kerap juga ye akak ulang alik negeri sembilan dengan pulau pinang? kiranya akak ada 2 rumah? comel je burung tu. ingatkan dah memang dewasa, rupanya baru nak belajar terbang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah sendiri satu je, satu lagi menyewa...berhijrah sekejap kat utara ni.

      Delete
  2. Alhamdulillah. Puan Ujie memang kira hari anak burung merpati ada di balkoni ya?
    Hehe mana tahu nanti ada burung merpati baru datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja kira untuk buat pemerhatian/kajian sendiri..hehe.

      Memang ada nak bertelur lagi rasanya tu, cepat-cepat kemas pasu. Tak mau dah, kotor balkoni dengan najis burung 😇

      Delete
  3. makanan2 tu semua nampak menyelerakan ja kak ujie..dan bunga rain lily tu, kite suka..tapi sampai sekarang xdpapat nak tanam lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rain Lily tu kalau dapat tanam kat ruang yang luas, cantik.

      Delete
  4. Terpaksa roti jala teringat baru makan semalam. Orang Melaka panggil jenurai.

    ReplyDelete
  5. Saya pun pernah makan di Umai Cafe tu. Memang sedap.

    Ulang-alik PP-NS kalau cuaca panas terasa penat dan letih. Adakah bulan puasa kena berulang jugak? Semoga dipermudahkn urusan kak Ujie dan suami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti lagi, harapnya takdelah berulang masa bulan puasa esok 😅

      Delete
  6. Replies
    1. Lepas buat pemerhatian burung merpati ni baru saya faham maksud jinak2 merpati, merpati dua sejoli 😁

      Delete
  7. Baru tahu nama bunga tu Rain Lily :)
    Banyak perkara yg nampak kecil di sekeliling kita sebenarnya berbaloi utk diamati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Nampak kecil, tapi ada sesuatu yang boleh kita ambil.

      Delete
  8. cantik Rain Lily..background putih nampak menyerlah..

    Umai Cafe..makanan sedap, view menarik...belum pernah ke sini..

    ReplyDelete
  9. cikkak tau tak burung tekukur bertelur tapi suruh orglen yg jaga.. huhuhu

    ReplyDelete
  10. Allahu Akbar!
    Saya pun kagum tau Ujie. Seronok dapat ikuti perkembangan burung merpati dari entri dahulu.
    Pokok lily rain itu memang tahan lasak, sesuai kot untuk semua musim sebab bebawangnya sentiasa hidup.

    ReplyDelete
  11. Wak pernah bela burung merpati ni
    Hidup setia berpasangan
    Anaknya pun sepasang
    Dia akan kembali lagi untuk bertelur di tempat yang sama

    ReplyDelete
  12. Dapatlah selalu jengah rumah NS bila kerap ulang alik. cantik pulak rain lily berbunga.
    Hehe..samalah kita, susah nak ubah selera kejohoran ni. Kena ada sambal kicap jugak kan. Eh eh kejap betul besar burung ni. Membesar dengan sihat.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****