[ Catatan hari AHAD | 13.03.2022 ]
[Pengenalan] Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam merupakan sebuah hutan paya air tawar yang terletak di Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang yang mempunyai keluasan lebih kurang 10 hektar. Hutan Pelajaran ini dibahagikan kepada zon yang berdasarkan spesis dominannya iaitu nipah, putat, jejawi dan malabera.Hutan Pelajaran ini menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya penggemar burung kerana kawasan ini merupakan habitat pelbagai spesis burung dan juga tempat persinggahan burung hijrah. Terdapat lebih daripada 150 burung telah ditemui di hutan ini. Biasanya bulan Oktober hingga Jun merupakan musim memerhati burung hijrah di Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam. (Sumber : laman web Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang)
Ini merupakan kunjungan kali pertama saya dan encik suami ke Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam. Lokasinya di tepi jalan besar, tak susah mencari. Kawasan parkir tak begitu luas, iaitu sekitar kawasan di luar pagar ini (rujuk gambar di atas). Tetapi memadai, sebab nampaknya tak begitu ramai pengunjung. Sewaktu kami tiba sekitar pukul 9.25 pagi, cuma ada beberapa buah kereta di kawasan parkir.
Masuk je di bahagian dalam, terdapat dua laluan sama ada terus atau ke kanan. Kami memilih laluan ke kanan terlebih dahulu. Di Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam ni sudah disediakan pelantar laluan (boardwalk) dengan jarak melebihi 1 km, jadinya pengunjung boleh berjalan dengan mudah dan selamat.
Inilah pokok Nipah. Antara pokok yang banyak terdapat di sini. Gambar ni saya ambil dari atas pelantar laluan. Dengan menggunakan binokular, kami dapat melihat buah dan bunga pokok Nipah dengan lebih dekat dan nampak lebih menarik.
Laluan ke kanan tadi pendek saja, dah habis menjelajah kami pun bertukar ke laluan satu lagi. Tapi langkah kami terhenti di sini, terdapat sekumpulan monyet dengan beberapa ekor daripadanya yang agak agresif. Kami berjalan ke hadapan, monyet-monyet ni pun tetap berjalan ke arah kami. Ada seekor tu saiznya agak besar. Masa ni tak ada pengunjung lain kelihatan di sini. Tak berani pula nak terus melangkah, kami terpaksa ambil keputusan berpatah balik saja. Hmm…sedih juga saya, gagal misi nak meneroka kawasan ni.
Masa kami sedang berjalan untuk berpatah balik, muncul seorang lelaki datang membantu. Mula-mula dicapainya kayu, monyet-monyet tu tak takut kayu. Lepas tu diambilnya penyapu panjang dan buat aksi seakan melibas. Barulah lari kumpulan monyet tersebut. Syukur Alhamdulillah ada yang menolong. Rupanya lelaki tersebut bekerja di sini. Sempat dia menunjukkan kepada kami beberapa gambar burung (di galeri handphone) yang sangat cantik yang pernah dilihat di kawasan ini. Terus pasang angan-angan moga ada rezeki dapat kami melihat burung-burung cantik di sini.
Tiba di kawasan yang terdapat banyak pokok Putat (tak nampak dalam gambar) dan pokok Paku Pakis. Kalau ambil laluan ke kiri akan ada tandas dan menara jambatan gantung. Tapi jambatan gantung rosak dan tidak dibuka kepada pengunjung. Jomlah kita ambil laluan ke kanan…
Tenang dapat berjalan-jalan di sini, mendengar bunyi nyanyian burung sambil mata menikmati hijau alam.
Pokok yang menarik perhatian saya.
Jambatan gantung sepanjang 210 meter. Boleh tengok dari bawah jelah ya.
Kalau penat berjalan, boleh berhenti rehat di gazebo.
Ada jalan biasa di hujung pelantar laluan. Sesuailah kalau nak berjoging. Nampak ada satu dua motor dan beberapa orang berbasikal di sini. Rupanya kawasan ni tidak berpagar dan bersambung dengan kawasan penempatan. Di seberang jalan tu terdapat aliran sungai, juga sebuah gazebo untuk kita duduk-duduk menikmati keindahan alam.
Jalan-jalan ambil vitamin D. Sebelah kiri tu sungai dan sebelah kanan tu jalan biasa.
Indah dan tenang.
Antara tempat yang cantik untuk berfoto. Kalau tak kerana terik matahari, tentu saya berlama-lama di sini. Tenang sungguh.
Antara aktiviti kami - mencerap burung. Cantik bila dapat tengok menggunakan binokular. Sepanjang kami mencerap burung, cuma jumpa dua spesis burung yang menarik. Yang dalam gambar ni bersaiz besar, bolehlah saya memotret gambarnya dari jauh walaupun tak jelas.
Tak sedar masa berlalu, rupanya kami sudah menghabiskan masa hampir dua jam di sini. Tak terasa begitu penat, sebab jalan/laluan pelantar semuanya rata. Bagi pendapat saya dan encik suami, tempat ni ada tarikan tersendiri dan insyaAllah kami akan datang lagi. Tak dapat masuk ke hutan, dapat ke sini pun memadai. Cuma kewujudan monyet yang agak garang tu sedikit menakutkan sekiranya datang berdua dan tak ada pengunjung lain. Selain tu, kita perlu berhati-hati bila melangkah di jambatan gantung kecil (ada di beberapa tempat, bersambung dengan laluan pelantar) kerana kelihatan kurang diselenggara.
Video berdurasi 38 saat.
————————————————————————————-
HUTAN PELAJARAN AIR HITAM DALAM
Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang.
Carian Google Maps : Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam
Waktu lawatan :
Setiap hari
7 pagi - 6.30 petang
Masuk percuma.
.
Tenang dan mendamaikan
ReplyDeletemenarik jugak tempatnya ya kak, geram pulak tengok penuh pokok paku pakis tu kak, jenis pakis yang boleh di masak tu ke kak? hehhehe... bila tengok jln panjang gitu teringat masa jalan dekat tanjung piai tu, jalan jauh bila nampak yg cantik tak terasa penat, sedar-sedar dah berejam dekat situ...
ReplyDeleteAlamak..tak pasti pulak jenis pakis tu ðŸ¤
DeleteWah! ada bideo! I like!
ReplyDeletePencinta alam mesti suka tempat begini.
ReplyDeleteKhayal berjalan.
boardwalk dia menarik. Kalau saya pun takut dengan monyet ni. Risau kalau dia bertindak di luar kawalan bila dah agresif. Mujur ada pekerja membantu halau. Rugi pulak kalau patah balik. Pokok dan jambatan gantung tu menarik perhatian saya jugak. Cantik laluan paku pakis tu tapi saya dah terbayang pulak kalau tiba tiba ada ular pulak. huhu..jauh betul pemikiran saya pergi.
ReplyDeleterajin kak Ujie dan suami menjejak tempat-tempat macam ni. memang kegemaran pencinta flora dan fauna. monyet tu tak boleh buat apa lah kan, dah nama pun hutan. doa jelah dia tak kacau kita. nice entry. sejuk mata tengok gambar pokok-pokok
ReplyDeletemenarik..jalan2 atas tasik..tinggi jambatan gantung..
ReplyDeleteada monyet yg buat seriau..huhu..
Bestnya laluan dia.. Hijau dan mendamaikan..
ReplyDelete