Sebelum ni saya cuma kenal jenama Tisha’s dengan produk paratha mereka. Masa tu (tak ingat tahun bila) di grup WhatsApp tular mengenai syarikat Tisha’s mengalami lambakan stok dan bakal menanggung kerugian besar. Kalau tak silap ingatan saya, mereka tawarkan harga yang rendah bagi tujuan menghabiskan stok tersebut. Atas usaha jiran yang mengumpul order di kejiranan kami, dapatlah saya merasa produk Tisha’s buat kali pertama.
Baru-baru ni, semasa di Aeon saya ternampak popia Tisha’s. Produk lain tak nampak pula. Saya cuba beli satu pek.
Popia Carbonara Keju keluaran Tisha’s. Ini kali pertama saya makan popia carbonara. Rasanya sedap dan menepati citarasa saya. Terus rasa nak mencuba produk lain keluaran Tisha’s. Kalau tengok di laman web mereka, ada pelbagai produk. Tapi kalau di Aeon tadi cuma nampak satu dua produk je.
Saya terus beli di laman web Tisha’s. Beberapa hari lepas tu ada runner datang hantar ke rumah. Rupanya penghantaran dari stokis Tisha’s di Pulau Pinang. Lepas ni kalau nak membeli, boleh terus hubungi stokis tersebut jelah.
Antara produk sejuk beku Tisha’s yang saya dah cuba :
Tisha’s Lempeng Pisang. Cuma panaskan atas kuali, semburkan sedikit minyak masak. Sedap rasanya, boleh beli lagi.
Tisha’s Pisang Goreng Krup Krap. Hehe…baru kali ni jumpa ada pisang goreng versi sejuk beku. Sedap rasa pisangnya dan tepung tu memang krup krap.
Ada beberapa produk lagi yang saya dah cuba tapi tak ada gambar. Selain produk di atas, saya suka karipap pusing Tisha’s. Yang ni insyaAllah akan mengulang beli, karipap pusing memang kuih kegemaran saya tapi tak pernah cuba buat sendiri. Beli jelah mudah, sedap pulak tu. Haha.
Nak beli? Boleh rujuk pada poster di atas. Di Shopee, Lazada pun ada juga rupanya.
Seronok saya tengok ada syarikat produk sejuk beku milik Muslim yang maju begini. Ada pelbagai pilihan produk. Setakat yang saya dah rasa ni, hampir semuanya menepati citarasa saya.
Tahu roti canai sahaja. Itupun adik lelaki bongsu cadangkan.
ReplyDeleteWah pisang goreng sejuk beku.
Wahh ada macam macam rupanya. memang nak beli dari haritu. tertengok Elisya Sandha kot goreng roti puri. Dia pun rajin promote produk Tisha ni. Nanti nak ke Mydin lah membeli. Lagi tergoda tengok akak tunjuk macam-macam ni.
ReplyDeletetak pernah cuba lg produk ni..lempeng pisang tu lejen..
ReplyDeletekena supppot produk muslim tempatan
ReplyDeleteya.. sokong produk tempatan
ReplyDeletewahhh banyak produk dia ya kak, dana pernah makan popia dan paling biasa beli roti canai dia mmg suka lah sedap dan harga berpatutan...
ReplyDeletewahhh AD selalu mencari produk yg sejuk beku..selalu buat stok..wah nak cari jenama ni la pula
ReplyDeletenampak menarik semua produk dia ya!
ReplyDeletesedap kak ujie.. macam homemade kite buat sendiri je... product sejuk beku ni penting.. bukan ap... duduk rumah ni ade mood..nk makan tapi xnk klua...hehe.. boleh usha2 product tisha ni...ade kat shoppe pulak tu..bgs2
ReplyDeletetertarik dengan lempeng pisang tu
ReplyDeletenak cari dekat kedai az-zain yg ada dekat area rumah ni
serius la kak ujie..kena beli dan cuba nih..blh letak..kat kedai vendor kakak :)
ReplyDeleteMacam-macam ada ye. Tertarik pula dengan pisang goreng tu.
ReplyDeletenampak menarik sekali lempeng pisang tu
ReplyDelete