Wednesday, 13 October 2021

Ada Apa di Bukit Bendera (Penang Hill)?

Ahad | 10.10.2021

..sambungan dari catatan sebelum ini DI SINI.

Keluar dari Stesen Atas Bukit Bendera, kita akan nampak dataran di sebelah kiri. Juga bangunan Astaka (Cliff Cafe). Disebabkan dah bawa bekalan makanan (persediaan jika tiada kedai makanan di buka pada awal pagi), kami terus je cari tempat duduk di sekitar dataran untuk menikmati bekalan makanan yang dibawa. 

Kawasan dataran di puncak Bukit Bendera. Suasana masih berkabus pada pukul 8.21 pagi.
Dah siap makan, jomlah kita berjalan-jalan melihat apa yang ada di Bukit Bendera ni. Maklum je, baru kali pertama sampai sini.

Balai Polis Bukit Bendera terletak berhampiran dataran. Klinik Kesihatan pun ada disebelah Astaka.
Bangunan 3 tingkat Astaka (Cliff Cafe).
Tingkat bawah menjual minuman/buah-buahan dan tingkat atas menjual makanan. Masa ni ada beberapa kedai dah beroperasi. Tandas ada di hujung bangunan - tandas perempuan (tingkat bawah) dan tandas lelaki (tingkat atas). Keseluruhan tempat ni teratur dan bersih, termasuklah keadaan tandasnya yang nampak diselenggara dengan baik. Sampai ke tandas kau check ya...haha. Bukan nak check pun, tapi memang perlu ke tandas sebelum meneruskan acara jalan-jalan.

Bukit Bendera Penang Hill
Bahagian atas bangunan Astaka.
Kami teruskan naik ke bahagian atas bangunan Astaka. Nampak macam baru dibuat atau mungkin baru dicat semula. Dari sini bolehlah kita menikmati pemandangan alam yang indah.
 
Bukit Bendera Penang Hill
Antara pemandangan yang dapat dilihat dari atas bumbung Astaka.
Selesai melihat-lihat apa yang ada di Astaka, kami menuju ke bahagian kanan puncak Bukit Bendera (jika keluar dari stesen tadi, ambil sebelah kanan).

Bukit Bendera Penang Hill
Ada banyak papan tanda, memudahkan pengunjung.
Bukit Bendera Penang Hill
Antara pemandangan yang dapat dilihat dari puncak Bukit Bendera.
SubhanAllah. Terpegun saya melihat keindahan yang terbentang di depan mata. Suasana yang nyaman, nyanyian burung di pagi hari dan kabus yang bergerak, semuanya seakan terapi.

Bukit Bendera Penang Hill
Dari kedudukan ini kita boleh nampak dua buah jambatan yang menghubungkan tanah besar dengan pulau.
Nampaknya kena ke sini lagi pada masa yang berbeza - waktu cerah tanpa kabus dan waktu malam. Setiap waktu, ada keindahannya tersendiri.

Bukit Bendera Penang Hill
Skydeck
Skydeck yang terletak di hujung jalan. Cuma mampu ambil gambar dari sini je, laluan ditutup sebab ada kerja-kerja naik taraf sedang dibuat.

Ok, sekarang kita ke arah lain pula. Kami berpatah balik ke dataran untuk melihat apa yang ada di bahagian satu lagi. Tak jauh pun semua ni, boleh berjalan kaki tanpa lelah. Sepanjang jalan ni juga kita akan lalu tempat-tempat menarik seperti Little Village dan David Brown’s Restaurant.

Bukit Bendera Penang Hill
Papan tanda disertakan dengan jarak laluan. Sangat memudahkan. Kami memutuskan untuk menuju ke The Habitat yang terletak cuma 0.1km dari dataran.

Bukit Bendera Penang Hill
Berada di tanah tinggi, sana sini meriah bunga! Ini jalan ke The Habitat/Masjid/Kuil/Hotel Bellevue. Sebelah kanan tu Earthquake and Thypoon Pavilion. Depan lagi sikit, ada perkhidmatan buggy untuk kita pusing-pusing Bukit Bendera (luas juga kawasan puncak Bukit Bendera, boleh rujuk poster di bawah). RM30 satu buggy

Ok, setakat ni saja catatan saya berkenaan apa yang ada di puncak Bukit Bendera. Ada banyak lagi, sila rujuk poster di bawah ya. Kiranya kalau naik Bukit Bendera, kita ada banyak pilihan aktiviti. Tapi hampir semuanya berbayar. Kalau tak pun, cukuplah sekadar makan-makan dan berjalan menikmati pemandangan dari atas bukit. Ambil pengalaman naik funikular, itu pun dah cukup seronok.

Bukit Bendera Penang Hill
Tarikan dan kemudahan yang ada di Bukit Bendera. Klik gambar untuk lebih jelas.
Apa aktiviti pilihan kami? (Pilihan saya sebenarnya, suami cuma ikutkan je kehendak isteri). Tentunya yang berkaitan dengan hutan. Cuma jangkaan masa tu meleset, ingatkan sejam dua siap beraktiviti. Rupanya membawa ke petang 😅





16 comments:

  1. Oh banyak rupanya tarikan atas Bukit Bendera. Ingatkan naik ada pemandangan hutan sahaja.
    Harap dapat pergi nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ingat takde apa sangat, malas pergi. Mujur pergi jugak, ada macam2 rupanya 😀

      Moga NA berkesempatan ke sini nanti.

      Delete
  2. Replies
    1. Ni dah kat puncak bukit. Buggy untuk kita pusing2 sekitar Bukit Bendera.

      Delete
  3. Pernah juga beberapa kali ke Pulau Pinang namun masih tak berkesempatan ke Bukit bendera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni pun dah duduk lebih setahun, baru pergi 😅

      Delete
  4. saya pun pertama kali pergi tahun lepas..seronok jelajah BB..mcm2 ada :)
    ada waktu nk pergi lagi kak ujie..xpuas jelajah hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak cukup sekali pergi kan..sebab ada macam-macam tarikan kat situ 😀

      Delete
  5. Subhanallah cantiknya pemandangan di puncak tu kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenang je kan.

      Orang kata, pemandangan malam lagi cantik. Nak kena try malam pulak lah..hehe

      Delete
  6. Uncle pun tak pernah sampai atas tu!

    ReplyDelete
  7. Cantik sungguh pemandangannya.
    Memang terpgun!
    Rasanya kalau saya dapat peluang saya ingin melihat pemandangan waktu pagi dan menjelang senja.

    ReplyDelete
  8. memang banyak temat tempat menarik di atas sana , view pun cantik ,

    ReplyDelete
  9. dulu pergi tak sampai balai polis..menariknya Bukit Bendera..

    ReplyDelete
  10. Banyak dah tarikan kat atas bukit bendera ni. Betullah kata akak, kena mengulang datang sini :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****