Ahad | 10.10.2021
Inilah aktiviti pilihan kami sewaktu di Bukit Bendera, iaitu menikmati keindahan taman hutan hujan tropika di The Habitat. Untuk ke pintu masuk The Habitat, kita hanya perlu berjalan kaki sejauh kira-kira 0.1km dari dataran Bukit Bendera. The Habitat terletak di sebelah kiri jalan (dari arah dataran).
Tiket Harga Promosi
Sebenarnya saya agak berkira-kira nak masuk The Habitat memandangkan harga tiket yang saya rasakan agak tinggi, iaitu RM55/dewasa. Tapi tak dapat menahan diri pulak, tengok macam menarik je The Habitat ni. Terus saya buat carian di Klook dan Shopee untuk semak harga tiket semasa The Habitat (sebelumnya saya memang dah pernah buat carian internet dan nampak ada harga promosi). Masa ni kami berada di luar pintu masuk The Habitat. Kalau masuk dan terus beli di kaunter, tak dapatlah harga promosi.
Hasilnya, saya pilih untuk membeli tiket dari ejen pelancongan di Shopee. Urusan dari mula bermesej sehingga terima e-tiket melalui e-mel, cuma dalam tempoh masa sekitar 15 minit. Mudah dan lebih murah! Alhamdulillah dapat tiket dengan harga RM36/dewasa. Ada yang berminat? Boleh ke kedai Shopee ‘bajet2cuti’ ya.
1. Kaunter tiket. |
Bangunan kandang kuda era British yang dibina sekitar lebih 200 tahun lalu, kini dijadikan kaunter tiket The Habitat. Menarik dan unik! Di kaunter tiket, saya cuma perlu tunjukkan e-tiket tadi. Juga perlu tunjukkan status MySejahtera, hanya yang lengkap vaksin sahaja boleh masuk. Staf kaunter seterusnya memberi sedikit penerangan berkenaan tarikan di The Habitat, di mana ada tandas (penting tu…hehe) dan lain-lain info.
2. Brosur The Habitat |
Nak tunjuk tiket, tak ada tiket fizikal. Saya tunjuk brosur jelah. Brosur ni saya dapat masa di kaunter tiket tadi. Sangat berguna, sebab ada peta. Memang perlu merujuk peta untuk memastikan kita tak terlepas semua tarikan yang ada di The Habitat. Yelah, bukan sikit membayar kan. Wajib pergi semua tempat.
3. Laluan permulaan yang sangat mempesona! |
Setelah berbulan lama tak menjejakkan kaki ke hutan, suasana kehijauan dan bunyi-bunyian alam di sini benar-benar memberi ketenangan dan meningkatkan hormon gembira saya. Alhamdulillah! Sangat teruja 😍
4. Peta The Habitat |
Sebelum meneruskan perjalanan, kita teliti peta ni dulu. Lebih besar, mudah nak tengok (sila klik gambar untuk lebih jelas). Kita akan melalui laluan berturap (denai/nature trail) sejauh 1.6km, tak termasuk laluan canopy walk dan tree top walk. Menurut staf tadi, masa yang diambil sekitar 1 jam jika pengunjung terus berjalan tanpa banyak berhenti. Pastinya tak cukup bagi saya yang suka berhenti untuk memerhati, meneliti, menikmati dan mengabadikan keindahan hutan dengan lensa kamera handphone.
5. Langur Way Canopy Walk - The World’s Longest Two-Span Stressed Ribbon Bridge. |
Inilah antara tarikan utama di The Habitat - laluan kanopi yang diberi nama Langur Way (Laluan Lotong). Kalau bernasib baik bolehlah nampak lotong di sini. Tapi sepanjang kami lalu, tak ada yang memunculkan diri. Cuma nampak disebalik rimbunan dahan pokok.
6. Langur Way, The Habitat. |
Laluan kanopi sepanjang 230m dan berketinggian 40m dari lantai hutan menyajikan pemandangan indah kanopi hutan hujan tropika yang berusia 130 juta tahun. Berbeza dari beberapa laluan kanopi lain yang pernah saya lalui, laluan kanopi di sini luas dan kukuh. Bahagian lantainya seakan simen. Struktur binaannya membuatkan jambatan gantung ini tidak mudah bergoyang dan saya tak rasa gayat sewaktu melaluinya. Tapi sesekali saya cuba menjenguk ke bawah, tetap juga terasa gayat 😅
7. Pemandangan kanopi hutan dan lautan dari Langur Way. |
Dari atas laluan kanopi ini juga, kita dapat menikmati pemandangan Laut Andaman. Tapi masa ni tak begitu jelas, cuaca sedikit mendung dan banyak awan.
8. |
Di pertengahan laluan kanopi, kita akan jumpa satu persimpangan. Jangan terlepas untuk keluar sekejap dari laluan kanopi kalau nak merasa naik buaian gergasi.
Giant Swing 1
Laluan Denai (Nature Trail)
9. Giant Swing 1 |
Masa kami sampai di sini ada pengunjung lain juga, mereka kemudiannya beredar dan beri laluan untuk kami pulak. Seronok dapat berbuai di buaian gergasi ni sambil menikmati keindahan hutan dan irama alam. Buaian ni direka untuk dua orang dewasa duduk. Bolehlah kami duduk berbuai berdua. Kami dapat berlama-lama di sini sekitar 15 minit sebab tak ada pengunjung lain yang datang. Berbuai sampai puas sambil menyumbang suara 🎶 laju...laju...buaiku laju…🎶
10. |
Selepas selesai menikmati pemandangan di laluan kanopi dan berbuai di Giant Swing 1, kami berpatah balik untuk merasai pengalaman melalui denai/nature trail yang pastinya memberikan pemandangan dan pengalaman berbeza. Seperti dalam gambar di atas, beginilah rupa laluan kanopi yang kami lalui tadi jika dilihat dari laluan denai.
11. Bromeliad Garden |
Taman Bromeliad, antara taman-taman yang ada disepanjang laluan denai. Ikut laluan bertangga untuk menikmati keindahan bunga Bromeliad. Gambar-gambar bunga yang ada di The Habitat ni akan saya buat satu entri lain.
12. Ahli Botani? |
Bunga, daun, batang pokok, semuanya nampak cantik di mata saya. Maka sibuklah saya membelek dan mengambil gambar sana sini. Suami kata, macam jalan dengan Ahli Botani…habis semua dibelek 😅
Sepanjang laluan denai ni juga ada disediakan tempat berehat. Jadinya kalau rasa penat tu, bolehlah duduk melepas lelah. Beberapa stesen water dispenser juga disediakan, tapi kami memang dah siap bawa bekalan minuman yang mencukupi. Tong sampah, peti kecemasan pun turut disediakan di beberapa tempat. Pendek kata, lengkap semuanya di sini.
Apa lagi tarikan di The Habitat? Bersambung dicatatan seterusnya - bahagian 2 (akhir).
nampaklah keahlian botani nya di situ hikhik
ReplyDelete😂
DeleteWah berbaloi harga tiket. Ambil masa membelek setiap pokok dan hayati alam sekitar.
ReplyDeleteTidak sabar hendak tahu berapa lama di The Habitat.
Dua jam pun tak cukup NA 😄
DeleteSegar mata memandang segala kehijauan sepanjang denai. Kawasannya pun nampak luas dan cantik terpelihara.
ReplyDeleteBagus pengurusan kat sini, semua dalam keadaan baik.
Deletesrnkny macam lengang pula..haritu ummi pergi bukit bendera berlapis2 org kat sne . lepas tu kawasan die agak besar nk berjalan..tp sejukk..rs macam xke sini pulak masa tu....
ReplyDeleteMemang lengang ni ummi, akak dtg awal pagi dan belum boleh rentas negeri..orang tak ramai sangat.
Deleteindah betul, teringin saya nak duduk di buaian tu
ReplyDeleteBoleh berbuai macam dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah kan Syaz 😄
Deletebaguslah ada aktiviti begini..
ReplyDeleteget close to nature.
dapat menenangkan fikiran juga
Terapi alam. Memang rasa tenang.
DeleteGayat la pulak tengok langur way tu!
ReplyDeleteKalau betul-betul lalu..taklah gayat 😀
DeleteBestnya tgk habitat tp tulah harga mahal betul. Dh lama nk pergi, mesti skrg ramai org
ReplyDeleteAmik tiket harga promo tu Nina, terasa sangat berbaloi harga tu 👍
DeleteTapi yelah, sekarang dah boleh rentas negeri harus ramai orang. Try datang awal pagi, The Habitat buka mulai pukul 9 pagi.
hari tu dah nak pergi tau..tapi tak cukup masa pula
ReplyDeleteKena cari lain masa tu..paling kurang 2 jam kat sini 😄
DeleteTak pernah pergi The Habitat. Menarik juagak. Tapi harganya boleh tahan mahal yer😅.
ReplyDeleteItulah...ni sebab dapat harga promo, gagahlah nak masuk 😄
Deletehari tu pergi tak sempat nak jejak kaki ke The Habitat Penang Hill . kehijauan alam tu
ReplyDeleteDah boleh rentas negeri ni, bolehlah CCL mengulang datang. Kena set masa utk ke sini je.
Deletemenariknya the Habitat..bermesra dgn alam..
ReplyDeleteBoleh tahan harga tiketnya
ReplyDeleteTentu menarik tempatnya
Terus pergi check kat shopee tu. Murah lah sikit dari normal price. Berbaloi juga.
ReplyDeleteBestnya jalan jalan kat kanopi walk tu. Tapi rasa gayat juga. Ada gaya kak ahli botani tu :)
Haha. Gaya mesti ada. Seronoknya exercise mata lihat kehijauan. Dah bayar mahal memang kena singgah semua baru berbaloi
ReplyDelete