Bagi yang mengenali nama Azlina Ina tentu tahu bagaimana kegigihan dan semangat beliau untuk terus memajukan diri. Dari seorang suri rumah kepada seorang usahawan pembuat kek yang berjaya. Kagum saya apabila membaca coretan kisah lalu beliau di laman Facebook - Azlina Ina Fans. Kisah beliau sangat memberi inspirasi kepada kita, terutamanya wanita untuk bangkit mengubah kehidupan.
Antara bukti kejayaan beliau - kedai bakeri cawangan ke-3 yang terletak di Tanjung Malim, Perak. Kedai Red House Bakery 3 ni baru memulakan operasi pada 1 Julai 2020 lalu. Untuk ke sini, cari saja ‘Red House Bakery Azlina Ina 3’ di aplikasi Google Maps.
Bahagian dalam kedai. Seorang lelaki (pengurus kedai ini mungkin) menyambut saya dan suami dengan mesra.
Inilah yang saya nak cuba - cheese cake Azlina Ina. Ikutkan keinginan, memang nak ambil setiap jenis satu bekas. Nak merasa semua...haha! Harga untuk semua jenis cheese cake RM18/bekas. Ada juga cupcake, kek 500g/RM29.90 dan kek 1kg/RM59.90.
Sebagai tanda sokongan untuk Azlina Ina, saya beli 4 bekas cheese cake dan sepotong kek butterscoth. Ceh konon ‘sebagai tanda sokongan’, tapi sebenarnya ikutkan keinginan tekak la ni...hehe. Walaupun belum pernah merasa cheese cake beliau, tapi dengan yakinnya saya terus beli banyak. Lagi pulak mengenangkan bukan selalu boleh membeli, datang sini pun secara kebetulan lalu Tanjung Malim.
Semua saya dah rasa, kecuali Red Velvet Indulgence masih belum dicuba. Semuanya sedap! Paling saya suka Choc Indulgence tu. Banana Milky yang warna kuning tu pulak, suapan pertama macam rasa pelik sikit. Lepas tu...eh, sedap jugak. Asalkan cheese cake memang sedap je kat tekak saya ni. Selain kek di atas, saya diberi percuma Korean Cheese Garlic Bread dan Brownies. Pertama kali saya merasa Korean Cheese Garlic Bread, lembut dan sedap!
Selain kedai bakeri di Tanjung Malim, kek Azlina Ina juga boleh didapati di kedai bakeri cawangan lain, di beberapa stesen minyak Shell dan ejen-ejen beliau. Kalau nak buat sendiri pun beliau siap beri resepi. Saya sendiri pernah buat Cheesekut menggunakan resepi beliau, memang lebih sedap berbanding resepi biasa yang saya guna. Beliau gunakan bahan premium, sebab tu harga lebih mahal tapi rasanya pun lebih sedaplah.
Untuk dapatkan info kat mana nak dapatkan kek beliau atau nak resepi, boleh cari di Facebook : Azlina Ina Fans.
Yaa Allah,,sedapnye kak Ujie ^_^
ReplyDeletetergugat kite tau..
Sedapny lapar tgk kak ujie beli kek..jeheh.. murah jugak kek sekilo die rm6o je..
ReplyDeleteMacam-macam jenis kek ada. Aduh terliur.
ReplyDeletearea kl n selangor ada tak yek kak? teringin pulak tengok akak tayang nih hehehhe...
ReplyDeletebila dah kita rasa sedap, tak serik nak cuba lagi kan kak...
Ada Dana, Red House Bakery kat Setia Alam.
Deletei kalau masuk kedai2 mcm ni, mmg habis duit ni.. sebab rasa semua nak borong
ReplyDeleteterliur tengok kek ..macam macam kek ade :D
ReplyDeletenampak sedap walaupun kedai sebelah dia macam scary hihihi *ada kaitan ke? :P
ReplyDeleteHaha...
DeleteTapi memang scary pun, akak siap jenguk kat celah2 tu nampak macam ada tilam/bantal.
Semua orang boleh berjaya. Kena usaha dan yakin pasti ada jalannya. Aduh, kita kalau masuk sini kak macam macam nak dibeli. Semua nampak sedap tu. Rasa teringin kek pulak dah ni.
ReplyDeleteTerlihat lezat kesemua cake nya.
ReplyDeleteTerutama Banana Milky yang warna kuning .., kelihatannya sangat spesial rasanya.
terliur terus tengok haha
ReplyDeleteWahhh semua nampak sedap!!!
ReplyDeleteeh.. Ada dekat Tanjung Malim ke.. Nak kena gi terjah nie..
ReplyDeletepemurah dgn resepi Ina ni.
ReplyDeletebyk juga resepi dia yg aida amik.
menjadik plak tu :)
memang terbaik.
Nk no tel wassap dia ada x
ReplyDeleteCik boleh klik dan zoom gambar pertama, ada tertera nombor hp kat situ.
Delete