HUTAN REKREASI TANJUNG TUAN
Sabtu | 20.10.2018
Bukan sekadar puncak Bukit Batu Putih, masih terdapat banyak tarikan lain di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ini. Juga banyak laluan hutan yang belum saya cuba. Kali ini, saya dan suami nak mencuba laluan ke pantai Pulau Masjid (tanda ★ pada peta di bawah). Jom!
Laluan Ke Pantai Pulau Masjid
Di sinilah bermulanya laluan untuk ke pantai Pulau Masjid. Terletak di sebelah kiri jalan bertar, kira-kira 10 minit berjalan kaki dari pintu masuk Hutan Rekreasi. Pada signboard putih tu tulis 'Laluan Penghijrahan Burung Pemangsa'. Tapi ini bukanlah satu-satu laluan untuk ke pantai Pulau Masjid, seperti yang saya bagitau sebelumnya yang di sini terdapat banyak laluan.
Awal perjalanan kami disambut dengan pokok tumbang yang menghalang laluan asal.
Pondok rehat disediakan...bolehlah duduk duduk melepas lelah, sambil menikmati alam.
Laluan simen.
Habis dah laluan berbatu dan simen...lagi pokok/dahan tumbang menghalang laluan.
Lalu kat tengah gini. Pandang keliling dulu ya...hati-hati.
Laluan pelantar kayu yang dah rosak. Tahap bahaya...baik jalan kat tanah tepi tu dari pijak kayu rupa gini. Kat sini ada binaan tembok simen yang tak berapa tinggi. Pelik jugak. Tapi tak sempat ambil gambar dan tak tengok apa ada sebalik tembok, sebab ada seorang pengunjung lain sama-sama nak lalu di sini.
NOTA : Selepas itu (hasil pembacaan di blog-blog), baru saya tau yang di sini ada sebuah perigi buta (kat sebalik tembok tadi) dipercayai tinggalan zaman penaklukan Belanda di Melaka. Kalau betul, perigi buta tersebut kini berusia sekurang-kurangnya 194 tahun! Ini kerana Belanda meninggalkan Melaka pada tahun 1824 menerusi Perjanjian Inggeris-Belanda. Selain kewujudan perigi buta, di kawasan ini juga dikatakan terdapat kubur-kubur lama (kini telah dimusnahkan untuk mengelakkan aktiviti pemujaan).
Pantai Pulau Masjid
Cuma kira-kira 16 minit perjalanan dari tempat bermula tadi. Ikut catatan masa memang tak jauh. Tapi ia satu perjalanan yang sedikit mendebarkan sebab pertama kali saya ikut laluan ni dan sunyi dari pengunjung lain (cuma bertembung dengan seorang pengunjung masa kat laluan pelantar kayu).
Pandangan sebelah kiri pantai.
Kalau korang boleh nampak...ada pondok rehat kat kawasan yang macam pulau tu.
Pandangan sebelah kanan pantai.
Nampak lebih bersih dan cantik! Jom tengok apa ada kat hujung sana...
Sudut pandangan yang menyerlahkan keindahan dan keunikan pantai Pulau Masjid.
Kat kawasan atas dari pantai, terdapat pondok rehat dan di belakangnya tu ada sebuah bangunan. Kami berehat jap kat sini. Sebelumnya, ada sekumpulan pelajar sekolah bersama cikgu mereka di sini.
Lepas berehat, kami bergerak lagi. Terjumpa tempat pemujaan di batu besar ni...lilin-lilin kecil, siap makanan dalam bekas polistren dan air mineral cawan kecil. Siapalah yang rajin masuk hutan pastu buat amalan khurafat kat sini! Geram pulak tengok.ðŸ˜
Sebelah batu besar tadi ada sebuah perigi, air naik tinggi tapi nampak tak bersih. Kalau terdesak bolehlah guna.
NOTA : Selepas itu, baru tau perigi ini dipercayai digali oleh Hang Tuah. Juga dikatakan masih terdapat kesan tapak kaki Hang Tuah di atas batu besar tadi. Patutlah ada aktiviti pemujaan di sini oleh mereka yang bersandarkan kekuasaan selain Allah. Berkenaan cerita-cerita Hang Tuah di sini, segalanya cuma andaian/cerita turun-temurun tanpa bukti kukuh.
Laluan Balik Menuju Rumah Api
Kalau nak mudah, memang boleh je berpatah balik ikut laluan kita datang tadi. Laluan santai je. Tapi kami memilih untuk mencuba laluan lain. Macam mana tau? Sebab dah nampak kumpulan pelajar tadi menuju ke satu laluan yang perlu mendaki.
Dan laluan ini rupanya memang mencabar stamina saya! Mula-mula masuk laluan tadi pun dah kena melepasi sebatang pokok besar yang tumbang dan berada pada kedudukan mendaki. Memang tak sempat nak ambil gambar bagai.
Antara laluan kami. Tak boleh pegang besi tu, tak kukuh dah.
Kalau bawa tongkat/trekking pole sangat membantu.
Laluan yang membahagiakan sebab landai...hehe.
Meja dan bangku disediakan, bolehlah nak makan-makan dalam suasana hutan kan...hahaa!
Teruskan perjalanan sampai jumpa satu persimpangan yang ada pelantar tinjau (tak ambil gambar). Ambil kanan untuk terus balik (akan jumpa Rumah Api), atau ambil kiri kalau nak turun ke pantai Pulau Intan.
Yeayy...nampak Rumah Api ni kira tamatlah sudah laluan hutan. Turun tangga dari Rumah Api dan kembali ke jalan tar untuk keluar dari hutan rekreasi ni.
Flora dan Fauna
Paling menarik...cendawan hitam. Saya jumpa kat laluan mendaki, tengah tak cukup nafas pun sempat lagi nampak dia.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Laluan kali ini...rekod menggunakan apps Samsung Health. Catatan jarak - 3.52 km dan catatan masa - 1 jam 18 minit. Keseluruhan masa kami habiskan di hutan simpan ini adalah sekitar 1 jam 40 minit.
Laluan di sini adalah jelas. Cuma ada beberapa kali kami bertemu simpang tanpa apa-apa tanda. Tak tau nak pilih kanan atau kiri. Sebab setiap pilihan akan membawa ke tempat lain. Pilihan simpang yang terakhir tu je kami pasti nak pilih mana, sebab dah beberapa kali lalu untuk ke pantai Pulau Intan. Laluan ini juga agak sunyi tanpa pengunjung lain. Sangat berbeza dengan laluan ke Bukit Batu Putih, pantai Pulau Intan dan Monkey Bay yang lebih meriah dan mudah bertemu pengunjung lain di sepanjang laluan.
...setahun sudah saya jadi pengunjung setia hutan rekreasi ini (kunjungan pertama pada 15/10/2017). Alhamdulillah...satu kebahagiaan bila berada di dalam hutan.
Nasiblah dua dua minat benda yg sama ye Ujie .... kalau sorang minat lain, sorang minat lain mmg tak akan jumpalah rumah api tu hihi....
ReplyDeleteHakak mmg tak minat bersiar siar dlm hutan mcm ni ujie... takut lemak cair hahaah
Dasyat lah korang. suka benda2 ni ye.. kalau akak dah merangkak dah kot. hehehe
ReplyDeletebelum cuba belum tau kak...ntah2 dah cuba, akak pun jatuh suka! hehee
Deletebest tempat ini..
ReplyDeletekan.. :)
DeletePantai pulau masjid tu nampak tenang jek..sunyi lak tu..time kak ujie ke sana x de pengunjung ke..tgk air laut tu rasa nak terjun hihhii
ReplyDeletemmg agak sunyi, ada pengunjung lain tapi tak ramai.
Deletekalau nak mandi manda ada pantai sebelah lain yg lagi cantikkkk! mmg geram sgt! :D
laluannya tu macam jauh j tapi dekat juga ye, cuma macam bahaya sikit dengan pokok tumbang tu, tapi berbaloi bila sampai di pantai yang cantik.
ReplyDeleteUnik nampak cendawan hitam tu
Mcm jauh mungkin sebab kita jalan dlm hutan kot..haha
Delete