Friday, 21 November 2014

Jom Ke MAHA 2014!

MAHA muncul lagi...dua tahun sekali.
Kali ini dengan tema 'Agroteknologi - Pemangkin Transformasi'.
 
 
Pameran kali ini menjurus kepada 8 kluster di atas.
 
Dah 2 kali saya pergi MAHA, jumpa 'Hang Tuah' ni. Agak-agak kali ni ada lagi tak? :)
Untuk korang yang nak pergi, eloklah baca lampiran Panduan Pengunjung kat SINI dan brosur kat SINI. Saya sarankan kalau nak pergi, datang awal untuk elakkan kesesakan teruk. Nak masuk kawasan MAEPS tu pun dah sesak, nak cari parking lagi. Kalau datang awal, bolehlah dapat parking yang dekat dengan tapak pameran. Lagi satu, tempat ni sangatlah luas (trem/bas disediakan percuma). Sebaiknya kita kenalpasti pameran apa yang kita nak pergi. Kalau nak jelajah semua memang tak laratlah.
 
 
~ saya tak suka pergi tempat sesak, tapi MAHA antara tempat sesak yang saya suka pergi. Banyak yang menarik...makanan, bunga-bunga, haiwan. Insya Allah kali ni nak pergi, itu pun kalau saya pulih dari batuk tanpa kahak yang menyeksakan sekarang ni. ~
 


29 comments:

  1. in sha Allah..teringin jgk nak pegi thn ni..yang sebelum2 ni xpenah pegi pun..tq info ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn lupa, nak pegi dtg pagi2 tau..tak terlalu sesak.

      Delete
  2. Ujie kalau pergi tempat bunga-bunga jangan lupa ambil gambar banyak-banyak kakak nak tengok. Ujie belilah pokok orkid yg cantik-cantik. Kakak tak pernah pergi tapi anak-anak kakak selalunya pergi dgn sepupu mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah kak zakie, saya amik gamba bunga untuk akak :)
      Dua thn lps pegi, beli orkid sepokok...mati. Saya tak reti jaga pokok huhuu...

      Delete
  3. pegi MAHA tak boleh kejap-kejap.. banyak tempat nak kena round, kadang sehari suntuk pun tak habis lagi huhu

    ReplyDelete
  4. En Suami akan bertugas di MAHA kali ini. Katanya dia nak menunggang motosikal je bagi mengelakkan kesesakan...huhuhu...kakcik memang tak suka dia bawa motosikal atas alasan keselamatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela kak, risau kan...
      suami saya pun bertugas gak...dua hari. Tapi naik kereta lah, motor mmg takde pun.

      Delete
  5. Saya pernah ke MAHA sekali...tu lah sekali....Kebetulan masa tu lepas hujan, so kawasan parkir yg tanah merah tu habis lecak! Dengan sesak nya orang, dengan jem nya...hadooiiii....saya kena fikir 1000 kali kalau nak pergi lagi..sebab kali ni rasa macam nak gi lagi! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena fikir strategi dan dptkan byk info sblm pegi...jom3 pegi lagiii!

      Delete
  6. saya nak like komen daddy ziyyad..tapi saya tak pernah ke MAHA.. lalu saja pun dah dapat bayangkan sesaknya.. dgn anak kecik2 lagi ni.. tunggu la 5-6 tahun lagi.. tunggu semua dah besar.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul rai..ada baby sebaiknya jangan. sian tengok baby panas2 sesak.

      Delete
  7. assalam ujie..kalau hero bongsu acik ada..memang kena pergi la acik..dia suka sangat pi MAHA..pernah sampai 3 kali pergi ke MAHA..sebab sekali pergi tak habis katanya..acik memang tak larat..acik akak pergi untuk cari pavillon pertanian je..jumpa kawan2 yang bertugas dari negeri2 lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak larat, tak penah pun abis pegi semua. hehee

      Delete
  8. pernah pergi sekali je MAHA tahun 2010 kut,
    dapat rasa macam-macam makanan hehe
    tahun 2012, plan nak jumpa kawan tempat kerja lama kat booth
    tapi dia pergi menghadap Illahi..

    ReplyDelete
  9. Salam Ujie..

    Maaf, baru saya teringat nak tanya pasal " affiliate " Sweet Muslimah yang awak ada sertai tu..
    Saya pun macam teringin nak join...Tapi dalam masa yg sama, saya mmg pasang iklan Nuffnang kat blog saya. Kalau tak silap saya( sebab saya jadi ahli Gliteratti), Nuffnang tak bagi kita tepek iklan lain kan? Kalau tepek, makna nya perjanjian kita dgn Nuffnang akan void...Saya nampak awak ada pasang iklan Nuffnang juga kat bawah...So, betul ke pemahaman saya ni? atau saya silap? hehehehe...TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun masih status Gliterrati. Status tu hilang kalau kita tepek iklan pesaing Nuffnang je. So, takde masalah kita tepek iklan SM sekali dgn Nuffnang. :)

      Delete
  10. tak dapat lah nak pegi MAHA ni... sekali je pegi, tu pun sebab tercuti kat KL... tepi luas giler tempat maha ni kan... kali ni kalau pegi nak pakai roller skate lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. gd idea! lenguh kaki wei jalan kat MAHA tu. :D

      Delete
  11. biasala tu, citarasa masing2. :)

    ReplyDelete
  12. Semalam g KL. Patutla pak mentua duk cakap pasal MAHA. Kita ni tak faham dan tak tahu MAHA tgh berlangsung. Dia memang suka gi MAHA nak beli benih2 bunga, sayur. Tapi x cakap terus terang mana kami nak tau kan..

    ReplyDelete
  13. Orang tua sy mmg tetiap tahun tak miss. Sy je yg tak pegi2 lagi. Heheheheh....

    ReplyDelete
  14. ms gi MAHA dlu, anak sorang..bru umur 1 tahun..larat lagi la nk jenjalan meronda MAHA ni..skang dah anak 2,....tak tau lah mampu ke tak jejak MAHA..kikikiki

    btw, nak ajak semua org join my 1st giveaway ni...hadiah best gak.. lbh krg RM750 sy sediakan utk pemenang..saje suka2 , nk support mommies utk breastfeed baby masing2..InshaAllah...

    boleh pegi kat link nih;

    http://www.vitaminhouz.com/2014/11/giveaway-best-buat-mama-bayi.html

    ReplyDelete
  15. nak pergi sana pun jem giler...itu yg malas tu

    ReplyDelete
  16. teringin nak pg.. harap sangat tahun ni dapat pg huhuhuhu .. mmg ramai org kat MAHA ni ...

    ReplyDelete
  17. dengar pasal ni tiap tahun
    tapi tak pernah sekali pun pergi =)
    cam nak pergi pula lepas baca entry ni
    Diari Seorang Mama

    ReplyDelete
  18. ramai juga blogger yang pergi MAHA

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****