Dulu digelar 'bomoh hujan',
Sekarang zaman moden tukar jadi 'weather consultant'.
Nama berubah tapi peranan masih sama konon boleh ramal/tolak hujan!
Nama berubah tapi hukum Islam tetap sama - haram lagi berdosa!
Eh, ini pun salah satu usaha apa? Sekarang kan musim hujan.
Allah kan suruh kita berusaha?
Ya, Allah suruh kita berusaha tapi dengan cara halal.
Matlamat yang baik tidak menghalalkan cara yang haram.
Apa yang berdosanya guna bomoh hujan?
Berdosa kerana percaya bomoh tu boleh ramal/tolak hujan.
Bila kita percaya ada kuasa lain selain Allah, itulah syirik.
Syirik tu dosa besar, menghancurkan seluruh amal baik kita.
Kalau gitu, apa usaha yang boleh dibuat? Ni majlis besar.
Mohon terus kepada Allah...DOA, DOA dan DOA!
Doa sendiri, ramai-ramai dan minta doa dari orang soleh.
Usaha buat di tempat berbumbung, contohnya dalam dewan.
Usaha dapatkan ramalan cuaca di Jabatan Meteorologi.
Dah buat semua usaha, pasrahlah.
Setiap yang Allah beri tu ada hikmah, walau kita tak suka.
Rasulullah s.a.w. bersabda dengan maksudnya :
مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ )
Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( HR Abu Daud )
~ Caj 'weather consultant' mahal gak tau, main ribu...keluar kos banyak hanya untuk dapat dosa besar! ~
Bayar ribu-ribu utk dpt dosa alanglah ruginya dunia & akhirat
ReplyDeleteAmalan yg dibuat dahlah tak banyak mana.
Sama juga macam RASUAH..
ReplyDeletePenjenamaan semula: Wang saguhati....Hadiah...Bayaran Kos..etc etc..
Dosa, tetap dosa
termasuk juga komisen
Deletewoww.. curlass nama bomoh hujan zaman sekarang.. masyuk la diorang business time musim hujan ni.. musim kenduri kahwin pulak tu kan..
ReplyDeletedulu2 ada je kenduri kwen..ada la kita dengar tentang bomoh hujan ni kan ujie
ReplyDeleteok 1st time dgr psal weather consultant ni..haha
ReplyDeletemacam2 bomoh ada..ni bomoh cuaca pulak..hehe
ReplyDeletetermasuk dosa besar
ReplyDeleteminta dijauhkan dari perkara-perakara syirik ni
moga Allah lindung kita dan rahmati kita semua
Akhir zaman sekarang ni fitnah itu makin berleluasa.. Moga kita selamat la dari benda2 mengarut macam bomoh2 nie..
ReplyDeleteSalam pkenalan...
ReplyDeleteDoa tu kan senjata orang mukmin...
saya tak menolak pasal hukum dari nabi tu tapi sebenarnya peranan bomoh ngan consultant tu tak sama... bomoh menggunakan tenaga mistik untuk menggerakkan hujan (sama ada ilmu sendiri atau ilmu hitam) tapi consultant hanya meramalkan saja bukan menentukan... ramalan cuaca di negara kita 50-50, kadang betul kadang tidak... tapi pengalaman saya di negara Australia, ramalan mereka tepat bukan kerana mereka meminta bantuan mistik tapi teknologi mereka yg canggih... saya tak fikir itu syirik... itu ilmu, seperti orang sakit yang berjumpa doktor
ReplyDeleteWah..Bagusla gitu. guna teknologi mmg tak salah/syirik.
DeleteTapi yg kat Malaysia ni mmg betul2 bomoh hujan, walaupun dalam quotation/bil tertera weather consultant. Biasa digunakan untuk majlis besar. Mcm tak percaya, tapi itulah yg jadi. Kalau ada yg guna teknologi mcm kat Australia, tu mmg bkn bomoh.
terbaik. penjelasan yang baik...
ReplyDelete