Thursday, 12 September 2013

Tiketnya Dah Ada...


Tiket masuk ke terowong Lombong Bijih Timah Sungai Lembing, Kuantan, Pahang.
Beli masa di Floria 2013 yang lalu, sebab katanya ada diskaun 50%.
Tiket kat atas ni untuk pelancong luar negara -RM60. Untuk orang kita tiket berharga RM30.
Boleh pulak staff tu takde tiket untuk warganegara, dia bagilah tiket kat atas ni.
Lepas diskaun, dapatlah RM15 seorang. Tu pun rasa macam mahal.
Tapi sebab teringin nak teroka terowong tu dan masih mampu bayar...layankan jugaklah.

Tiketnya dah lama ada, entah bila nak sampai Sungai Lembingnya.
Rancang nak pergi hujung minggu ni, tapi saya batalkan niat. Malas nak bersesak.
Kan cuti bersambung 3 hari, mesti kat mana-mana sesak. Jalan raya..penginapan.
Yang penting kena pergi sebelum hujung tahun ni, sebelum tiket diskaun ni tak laku lagi.


*korang berminat jugak? Info lanjut kat SINI. 
Dan sebenarnya memang ada diskaun sehingga hujung tahun ini (kalau tak silap), beria je beli kat Floria aritu.


18 comments:

  1. AKAK BEBAS BOLEH PG BILA²... KALAU KAMI NI PYH SIKIT .. KENE IKUT JADUAL HUBBY HUHUHUHU .. AMIR DAH NGADU NAK PG ZOO .. HARAP DAPATLAH TUNAIKAN AKHIR TAHUN NI

    ReplyDelete
  2. Dah kurangnya tu ujie, hanya RM15 ajer tu.. selamat meneroka lah ye... nanti citer kat blog tau :)

    ReplyDelete
  3. Jangan lepas peluang ujie..tapi tu lah..kan minggu ni..jalan mesti sesak

    ReplyDelete
  4. Hobi yg dah lama tnggl mnjak kawin...dan dah ada anak ni....aduhaiii...teringin juga nak ke sana...

    ReplyDelete
  5. kena pergi jugak sebelum hujung tahun, kalau tak sayang tiket tu kan akak.

    ReplyDelete
  6. Selagi masih berdua belum ada anak kecik ni puas-puas jalan Ujie. Nanti bila ada anak kecik kena cuti tempat macam ni. Kena tunggu anak besar baru boleh pergi lagi....

    Ada 3 bulan lagi oklah...

    ReplyDelete
  7. Ujie, tu kampung saya. Saya balik kampung minggu ni. Kalo nak mintak tolong saya bookingkan homestay pon boleh. Kalo penuh, boleh tumpang umah saya.

    ReplyDelete
  8. LYD:
    Laa..kg awak!
    Actually last wkend dah call beberapa pengusaha penginapan muslim, fully booked. So, skrg dah tukar plan. Tima kasih atas offer lyd. :)

    ReplyDelete
  9. murah jugak tiket dia..teringin nak gi water park tapi jauh sangat..

    ReplyDelete
  10. best nyer....kita nak gi tapi gok jauh bebenor...

    ReplyDelete
  11. DIANA:
    Kalau rm30 mmg takmo la..stkt masuk terowong..lagi pun gomen punya patut tak mahal.

    TIHARA:
    Waterpark kat tmn negara je.. ^__^

    EITA:
    Kita ni sama minat la..

    ReplyDelete
  12. mesti best meneroka terowong tu..

    ReplyDelete
  13. Bagus Ujie ni pencinta sejarah....

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****