Hujung minggu lalu menghabiskan masa di kampung.
Ada kenduri kahwin saudara di Batu Pahat.
Masih berkonsepkan rewang.
Dan tugas saya...
...membungkus TELUR PINDANG jadi macam dalam gambar ni. Ambil kertas tisu, bungkus telur, pintal hujung tisu dan ikatkan. Mudah, cuma leceh kena hati-hati sebab kertas tisu mudah koyak. Kalau tak betul-betul pintal pulak, memang susah nak buat ikatannya.
Rasa seronok buat kerja ni sebab dah terlalu lama tak tengok telur pindang dibungkus begini. Zaman dulu (masa saya kecik), kalau pergi kenduri kahwin memang inilah cederahati dari keluarga pengantin. Sebiji telur pindang dibungkus kertas tisu, disamping bungkusan BERKAT (nasi & lauk).
Saya paling suka makan telur pindang yang retak, rasanya lebih sedap. Sebab aroma dan rasa bahan-bahannya (daun-daun kayu, ketumbar, kicap dll) dah masuk ikut retakan tadi. Sempat jugaklah makan sebiji yang retak sambil-sambil membungkus ni.
kalau tak silap, antara bahannya daun serai, senduduk, daun jambu. dapat sekali dengan bontrot. cuma telur tu macam kurang pekat warnanya...
ReplyDeletesaya kawin dulu buat elur ni 200 biji kalau x silap hahahaha .. sedapp suka...
ReplyDeleteSM:
ReplyDeletebontrot tu kan...saya tau lps kawin dgn suami org BP. Masa kat pontian mcm tak tau pulak.
a'ah..ada lagi org buat lagi gelap warnanya..lagi sedap!
MASYA:
ReplyDeletetelur ni mmg biasa org buat tak byk, utk special guest je sbb susah kan nak buatnya. byk retak..
telur pindang nie telur apa kak??telur ayam ker??hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
assalam ujie..buat acik terliour je tengok gambar telur pindang ni..acik suka sangat makan telur pindang
ReplyDeleteassalam ujie..buat acik terliour je tengok gambar telur pindang ni..acik suka sangat makan telur pindang
ReplyDeletesedapkan telur ni..bila mkn ada rasa mcm lain sikitkan..
ReplyDeletetempat saya tak buat telur mcm ni...
ohya, kalau tunjuk gambar isi telur pindang tu lagi syok...
ReplyDeletedulu masa kecik naik jemu makan telur pindang masa cuti sekolah sbb ada banyak jemputan kahwin.. skang da jarang sangat makan rasa rindu pulak.. da susah nak jumpa pulak.. hahaha..
ReplyDeleteHihi... lagi banyak yg retak lagi banyak yg masuk mulut ye Ujie:)
ReplyDeleteKakak rasa masa kak long kakak kawen dulu bungkus telurnya macam inilah Ujie. Anak dia yg sulung pun dah 40 tahun sekarang ni...
AZLAN:
ReplyDeleteYup, telur ayam...rebus dgn bahan2 tertentu.
ACIK:
Bkn akak je terliur...saya pun sama, teringat2...sbb sempat makan sebiji je aritu. :D
AIN:
Bagi yg tak suka..kata ni telur busuk. Bagi kita..mmg sdp!
SM:
Tu la kan..tapi tak smpt amik gambo dah ngap..
RAI:
Betul tu, jemu sampai terbiar dlm peti ais. Skrg...mencari.
KAK ZAKIE:
Hahaa...masalahnya tak byk retak pulak yg ni. Tak dpt nak ngap lebih2.
Ujie org pontian ke? Abg ipar saya pon org Pontian. Heheh.. Patut la kakak saya penah cite pasal nasik berkat tu.
ReplyDeleteTelur pindang ni saya tak suka yang rasa pahit. Ada yang saya makan rasa sedap rempah2 dia, ada yang rasa pahit.
Zaman dulu ada satu lagi sarung telur yang kilat2 pastu kita staple je sekali kat 2 hujung. Ingat lagi tak? Yang itu pon dah kira cantik sgt dah zaman dulu kalo dpt pon hepi je. Tapi keikhlasan tu dpt rasa. Berbanding skrg kalo dpt goodies tapi selalunya lebih kepada nak berlumba sape hebat je.
lama sgt ah xjumpatelur bungkus macamtu ujie..
ReplyDeletetelur pindangpn lama da saya x makan..
Di Utara tak ada telur pindang..cantik tengok gambarnya...
ReplyDeletesaya pun suka yang retak, bentuk dia sarang labah2.arwah makteh lah kata, dia rajin buat masa kawen saya dulu..rindu kat dia n telor pindangnya..bak ciket
ReplyDeletebalut dengan tisu jimat juga kan.. :)
DIANA:
ReplyDeleteSamada yg diana makan tu mmg tak berapa jadik/tak elok..atau mmg tekak takleh terima.
LYD:
A'ah...saya org Pontian.
Sarung telur yg kilat2 tu...pun masih ingat. Warna warni..
AA:
Cara bungkus ni membangkit nostalgia.
JR:
Kalau JR ziarah anak kat BP, boleh try cari kat kedai2 makan..ada jugak yg jual telur ni.
TIHA:
Wah..org pahang kawen pun ada telur pindang jugak.
Mmg jimat sgt2 balut guna tisu ni. Tak membazir..boleh buat lap atau alas kulit telur.
salam wah lama betul tak tengok bungkus telur guna tisu tu.masa auntie dan uncle kawin dulu,sempat jugaklah saya tengok family semua dok balut macam sis ujie buat tu he3...memang tak banyak dah org johor buat.tapi la ni ada yg buat bisnes jual kat stesyen minyak :)
ReplyDeletesaya tak pernah cuba makan telur pindang ni.... bila kawan saya makan saya akan tanya.... sedap tak? pastu kawan saya jawab.... tak rasa apa2 pun .. hehehe
ReplyDeletewalaupun ade jiran yg mmg hebat wt telur pindang, tp xlepas tekak nk telan..mgkin sbb asal utara kot, so tak terbiasa mkn..
ReplyDeleteALEASARA:
ReplyDeleteyup, skrg ada org jual. mahal jugak sebiji.
MP:
kalau yg tak berapa gelap mmg rasanya tak jauh dari telur rebus biasa.
izan tak pandai makan telur pindang ni kak. duduk johor baru belajar2 nak makan. kalau yg tak kuat rasanya tu bolehlah mkn juga. bungkus cara camtu mmg kena hati2 kan. dulu2 selalu jumpa. skrg macam dah susah nak jumpa lagi.
ReplyDeletehu3..saya xbiasa makan telur pindang ni, pnh cuba sekali, tapi xboleh makan juga..tak biasa kot =)
ReplyDeletehari tu ada makan telor ni...sdah nyer pening kepala sepanjang hari...tak tahan dengan rasa dia...
ReplyDelete