Thursday, 19 September 2013

Sebaran PALSU

Sekarang ni memang mudah kita nak sebarkan info/ilmu. Nampak macam betul atau bagus, cepat je tangan kita klik 'SHARE' (kalau kat facebook). Tapi yang macam betul atau bagus tu terkadang adalah tipu atau palsu! Antara sebaran palsu...

-----> saya copy dari fb Dr Abu Anas Madani. HARAM hukumnya jika kita menyebarkan hadis palsu (satu pendustaan terhadap Rasulullah sallallahu a'layhi wasalam). Antara ciri-ciri hadis palsu- ganjaran yang berlebih-lebihan.
Hati-hati menyebarkan tulisan ini, banyak maklumat palsu di sandarkan kepada Nabi SAW.
Untuk isteri ............
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"

-----> saya copy dari fb Sahabat Halal

Bukan poster kat atas yang palsu tau, tapi isi ceritanya - McD Haram, itu yang palsu. Saya antara yang masih bertahan memboikot McD, atas sebab isu Palestine. Tapi, tidaklah saya mengatakan McD haram dimakan. Jika ada yang ragu-ragu (halal atau haram), maka dia perlu meninggalkannya terus.


-----> kadar bayaran Poslaju pun ada yang buat sebaran palsu, entah apa motifnya. Saya nampak sebaran ini di fb (ada orang share). Saya penjual online, memang selama ni caj untuk Semenanjung adalah RM6 bagi 500g pertama. Bila saya selidiki, pihak Poslaju ada buat pengumuman ini adalah sebaran palsu.



Kesimpulannya:
Selidik sesuatu sebelum kita 'SHARE'. Pastikan ia betul, baru share. Rujuk terus ke pihak berkenaan, contoh: bab makanan halal/haram terus cari JAKIM (Halal Malaysia), bab Poslaju terus cari Poslaju. Kalau bab agama, pastikan share dari page orang yang kita percaya dia arif agama. 

Kata kuncinya - FIKIR SEBELUM BERTINDAK.


p/s: jangan sampai takmo share benda baik pulak lepas ni, cuma peringatan untuk kita agar berfikir sebelum share. 

28 comments:

  1. fb la medium pling laju buat sebaran gini...kdang nak percaya tu...x la sngt..

    ReplyDelete
  2. takut juga kan tersebar benda palsu.
    saya pun boikot mcd...
    dah memang terang2 dia salur ke israel kan

    ReplyDelete
  3. itulah tak salah nak berkongsi info cuma kene pastikan betul ke tidak huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. kita kena tahu jugak kesahihannyer sebelm sebarkan...kena lebih berhati-hati ni...

    ReplyDelete
  5. Sebaiknya kalau tidak pasti dan sekadar copy & paste baik berhati-hati..

    ReplyDelete
  6. setuju..selidik dahulu sebelum sebar

    ReplyDelete
  7. saya paling tak suka orang sebarkan benda palsu.. klik tak agak2 tau..

    ReplyDelete
  8. assalam, sebaiknya sebelum nak share apa2 info patut berhati2 dan baca dulu..

    ReplyDelete
  9. yup setuju tu, apapun kena selidik betul2 dulu !

    ReplyDelete
  10. assalam ujie..kena berhati2 kan..

    ReplyDelete
  11. Terima kasih byk2 Ujie ats info ni. awal2 lagi Allah menyuruh kita menyiasat cerita/berita yg diterima. Tapi amaran dari Al-Quran diketepikan oleh keghairahan ingin berkongsi oleh pengguna FB,terutamanya. Tanpa menyelidik dan tanpa mengkaji, terus dilike/share walhal ia mmeberi kesan negatif kpd byk pihak termasuklah terhadap agama.

    ReplyDelete
  12. Pokoknya, kena fikir dan telaah dahulu, sebelum sebarkan...Jangan lajuuuuu aja nak sebar...:)

    ReplyDelete
  13. Macam-macam info sekarang ni... kena hati-hati :D

    ReplyDelete
  14. saya pn masih memboikot McD tp agak geram jugak dgn yg terlalu ghairah berkongsi walau terang2 nampak palsu..

    ReplyDelete
  15. betul tu kak..
    terima kasih sbb bg peringatan.

    ReplyDelete
  16. macam wabak namanya....

    tu yg paling ketaq sangat dekat FB..
    sekejapan ja diSHARE...
    dan jadi bahan gosip...lagi takut jd fitnahkan...

    ReplyDelete
  17. Sebaran yg paling tak palsu ialah kenaikan minyak 20 sen seliter, ia memang sah tak palsu!!

    ReplyDelete
  18. Betul tu kak..apapun kena pastikan dulu sebelum disebarkan..

    ReplyDelete
  19. bab hadis palsu tu..akak peratikan ramai yg letak dgn sewenang2nya kat wall fb...nampak mcm 'elok' sikit,terus kongsi...sedangkan kata ust,kalau kita bkn ahli hadis,bkn arif ttg hadis..jgn sesekali meletakkannya...jgn hanya jadi pak turut...

    ReplyDelete
  20. Salam.. wah, terer blog ni.. patutnya dah lama folo.. salam kenal dari Che Mid ya..

    ReplyDelete
  21. betul tu kak...zaman sekarang makin sukar kina nak kenal yang mana palsu dan yang mana tulin..sebab itu kita kena lebih berhati-hati kalau nak share something

    ReplyDelete
  22. bahaya klu share membuta tuli ni kan

    ReplyDelete
  23. entri menarik.. sya takut nk share kt fb takut maklumat tu salah. lebih baik baca dr share

    ReplyDelete
  24. FB merupakan cara menipu paling senang dan paling senang juga org utk mempercayainya

    ReplyDelete
  25. tengok boleh...tapi nak percaya jgn...selidik dulu...

    ReplyDelete
  26. Ada banyak lagi sebenarnya kan ujie, berita palsu yg disebarkan tanpa usul periksa. Sebab tu la saya tak suka sgt nak share apa2 kat FB tu. Setakat saya baca je sudah. Jgn nak kata kat malaysia pun. Yang berita2 luar negara pon banyak yg palsu gak.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****