Sambung bahagian 2 atau yang akhir sebenarnya. Maaf banyak gambar. Saya catatkan di blog untuk rujukan saya pada masa hadapan dan untuk rujukan mereka yang berminat nak ke Pulau Kukup ni. Okey, catatan bergambar...
1. Lagi aktiviti di sini...menyusur Sungai Ular. RM3 seorang. Tapi kami tak sempat nak buat aktiviti ni sebab dah dekat pukul 5 petang, pulau ni tutup pukul 5 petang. Lain kali kena datang awal lagi.
2. Pulau Kukup merupakan antara pulau paya bakau terbesar di dunia!
3. Menara Pemerhati Pulau Kukup. Sampai sini je kita boleh menjelajah pulau paya bakau ni. Menara ni ada lima tingkat kalau tak silap. Saya tak berani naik bila tengok tinggi sangat dan tangga macam tu.
4. Cuma suami saya sorang yang naik sampai tingkat atas sekali. Gambar ni hasil pemandangan dari atas menara. Saya pun jadi kecik je kat bawah nun...memang tinggi.
5. Lagi pemandangan dari atas menara tadi. Sungai Ular.
Dah pukul 5 petang, kami bergegas keluar dari kawasan taman negara ni. Sampai jeti dah ada bot menunggu, penuh dengan penumpang. Orang bot suruh naik sekali. Rasa macam pelarian je, sumbat ramai-ramai kat bot tu.
KELONG
Dalam perjalanan balik ke jeti Terminal Feri Kukup, bot berhenti di sebuah kelong. Semua penumpang kena turun situ dan bolehlah melawat kelong tu. Nak beli ikan segar pun boleh. Melawat sini free je, kira dah masuk harga bot RM5 seorang tulah.
6. Pengalaman pertama kali berjalan atas titi begini. Kukuh dan tak goyang sangat pun.
7. Daya penarik kat sini...ikan sumpit. Kita letak kepala bilis (ada disediakan) kat tepi kayu tu, bagi terkeluar sikit tau. Nanti ada ikan akan sumpitkan air ke kepala bilis tadi dan elok je terus masuk mulut dia. Kelaka bila tengok mulut ikan tu muncung abis masa nak menyumpit.
8. Kelong ni dekat je dengan jeti terminal (bangunan kuning tu). Feri yang korang nampak itulah untuk penumpang ke Indonesia. Perjalanan dalam satu jam je.
TIPS:
- sila bawa minuman sendiri, takde orang jual kat Pulau Kukup tadi. Maklumlah..pulau paya bakau.
- kalau bawa makanan, simpan dalam beg bukan dalam plastik biasa tu. Nanti kena rampas dengan penghuni pulau.
- pakai pakaian dan kasut sesuai untuk naik bot. Pakai kain boleh jugak, tapi pakai seluar panjang dalamnya.
- jangan datang lewat sangat macam kami, tak sempat naik bot susur sungai. Taman negara ni tutup pukul 5.
cantiknyee tempat nie kak ..
ReplyDeletesaya x pernah sampai .. pernah dgr sahaja ..
kelong situ boleh memancing jugak ke ujie? tapi nampak kelong ni macam lebih kepada tempat ternak ikan je kan..
ReplyDeleteRAI:
ReplyDeletetakleh mancing, ternak ikan dia je. Saya pun confuse gak bila org tu ckp kelong..saya panggil ni sangkar ikan. :D
Ni pertama kali dengar nama ikan sumpit. Ingatkan Org Asli saja pandai menyumpit, rupanya ikan pun pandai menyumpit juga....
ReplyDeletebiasa juga dengar perkataan kelong ni tp bese guna sangkar ikan kan kan..
ReplyDeletemakanan yg dibawa tu sape yg rampas, monyet ke? cantik tempat2 macam ni damai je kan
Saya suka juga melihat fauna and flora... sungguh mendamaikan :)
ReplyDeleteBagus sgt ujie berkongsi dgn kami pasal tempat ni tp nak tanya lah kenapa pulak makanan dlm plastik kena rampas?
ReplyDeleteTIHARA:
ReplyDeleteYup, monyet. Pulau tu manusia tak duduk sbb sume paya.
KAK NI:
Hehe...mknn dlm plastik kena rampas oleh monyet. Benda lain dia tak kacau, plastik2 je sbb monyet ingatkn dlm plastik ada mknn...tu pesan staf tmn negara ni.
Ujie tahu tak kenapa kena tutup cepat sebab monyet banyak, bimbang ada yg kena tarik beg dan kena kejar monyet. Makanan jgnlah tunjuk mesti mata dia tengok aje...
ReplyDeletemenarik...wuu tapi monyet tu macam sedikit takut,dia tak buat papekan kalau takde benda yg menarik perhatian dia...:)
ReplyDeleteseriously yg terbesar di dunia? Wah, hebat. Tak dpt ke amik gmbr ikan sumpit tu? Nak tgk jugak.
ReplyDeletewak pon dh penah sampey dulu.,ehHee
ReplyDeletekiranya pergi pulau ni balik hari la ye kak ujie?
ReplyDeleteSalam kak..Selamat hari raya..maaf Zahir Batin...
ReplyDeleteMenarik & cantik tempat ni...teringin plak nak pergi sana...Thx berkongsi info kak..
macam menarik jer tempat nie kak..pulau kukup nie dekat pontian kan??insyallah kalau ade masa ingat nak plan gi sana laa..tapi kalau plan ramai2 mesti bestkan..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
taman negara ni y kat belah2 pontian sn tu ke kak?pnh dgr tp cam xbp pasti kat mn hehehe
ReplyDeletenampak cantik...bestnya kalo dpt jalan2 release stress huuu
menarik,tk pernah sampai lagi even adik ipar orang sana (pontian )
ReplyDelete