Thursday, 30 May 2013

Kuala Kurau, Perak.

Kuala Kurau, Perak...lokasi majlis kahwin adik saya hujung minggu lalu. Kami sempat merayau-rayau dengan kereta untuk melihat kawasan sekitar. Kami dapati pekerjaan utama penduduk di sini adalah nelayan dan pesawah. Kaum Cina jadi nelayan dan Melayu mengerjakan sawah. Ini berdasarkan pemerhatian sendiri je ya, takde interview sesiapa. Dah macam buat kajian tempatan zaman sekolah pulak!

Disebabkan saya ni suka melihat alam hijau dan kehidupan nelayan, makanya saya jatuh suka pada tempat ini. Cuma tak banyak dapat dirakam dengan kamera sebab semuanya dilihat secara sekali lalu je.

(1) Waktu malamnya cantik, nampak lampu-lampu sangkar ikan (kot). 

(2) Kuala Gula Bird Sanctuary - aktiviti yang ada, naik bot menyusuri sungai. RM180/bot.
Chalet pun ada kalau nak menginap tepi sungai. Kami cuma singgah lalu je.
Walau sekejap, sempat nampak beberapa spesis burung terbang di udara.
Macam dalam gambar ni, spesis bangau yang sedang bersantai.

(3) Kat kawasan rumah keluarga pengantin lelaki (adik ipar).
Ada sawah. Ni pertama kali saya berada di tengah sawah tau...biasa tengok gitu je.

(4) Gambar ni suami yang ambik. Tak edit, warna memang cerah gini.
Pemandangan yang cukup buat saya tenang.

(5) Juga suami yang ambik. Saya sibuk jadi jurugambar untuk pengantin.
Warna alam yang menyegarkan mata.

*Semakin jauh kita berjalan, semakin banyak yang kita tahu dan pelajari. Maha Suci Allah yang menjadikan kepelbagaian rupa alam dan kehidupan.*

15 comments:

  1. Seronoknya...
    rumah ada sawah...
    permandangan yg mendamaikan...
    burung beterbangan...
    udara yg nyaman...
    terasa ingin tinggal disitu pulak :D

    ReplyDelete
  2. cantiknya pemandangan..
    sawah tgh menghijau itu menenangkan.. :)

    ReplyDelete
  3. kat kuala kurau ada sawah yer... cantiklah pemandangan dia..

    ReplyDelete
  4. At least dah pecah recod dapat jejak tanah sawah ye Ujie. Kakak belum pernah lagi sebab tempat kita mana ada kan... teringin tengok macam nyaman betul:)

    ReplyDelete
  5. mesti pengantin ada bergambar 'dalam' sawah kan?

    ReplyDelete
  6. tenang je hati dpt tgk sawah yg terbentang luas nie...

    ReplyDelete
  7. cantiknya views kat sana kan, makanan pun best2 kat sana tu :)

    ReplyDelete
  8. Kampung saya!

    Selepas Kuala Kurau ialah Bagan Serai dan Parit Buntar. Juga Tanjong Piandang. Saya lahir dan membesar di Tanjong Piandang.

    Kuala Kurau adalah tempat laluan saya.!

    ReplyDelete
  9. erkk batu kurau tu tak sama ye dengan kuala kurau..he3..

    owh serius jelesnya!teringin peri kenduri dan jejakkan kaki ke sawah padi.ingat lagi masa sekolah dulu otw ke langkawi naik kereta,singgah area sawah padi kat mana ntah area kedah,jugak.then ayah suruh turun dan pegang padi hahaha..memang jakun gile masa tu.

    ReplyDelete
  10. memang terbaik lah kak...

    tak puas memandang..

    hari2 dapat tengok sawah best kan..cerah je mata...

    ReplyDelete
  11. cantik pemandangan sawah bendang...

    ReplyDelete
  12. AZIEAZAH:
    ohh..kg awak! best la kg awak ni..tenang hati.

    ALEASARA:
    lain kot batu kurau, saya pun confuse.

    ReplyDelete
  13. Aleasara, lain lokasinya antara batu Kurau dan Kuala Kurau...tapi tetap kurau..

    Ujie, cantik pemandangan di situ...

    ReplyDelete
  14. eh kak ujie pegi kuala kurau bahagian mne??kampung saye dekat simpang 3, kuala kurau..hehe

    ReplyDelete
  15. CK:
    Oh..kg fadh situ ya. Kg yg damai..

    Kalau majlisnya kat parit tok hin. Hmestay dekat jambatan kurau tu.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****