Thursday, 16 May 2013

HARI NAKBAH (1948 - 2013)

Apa itu hari NAKBAH?
Ia adalah hari pengisytiharan negara haram Israel pada 15 Mei 1948. Disambut sebagai 'Hari Kemerdekaan' Israel setelah mereka memenangi peperangan yang didakwa sebagai 'The War of Independence'.

Hakikatnya mereka telah merampas negara Palestin dengan mengusir keluar penduduk. Rakyat Palestin terpaksa menyelamatkan diri dengan meninggalkan kampung halaman dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan & Semenanjung Gaza.

Kini setelah 65 tahun peristiwa berlalu, dianggarkan 6 juta pelarian (sebahagian besar merupakan generasi kedua, ketiga) tidak pernah menjejakkan kaki di tanah air mereka. 

(sumber fakta: fb Aqsa Syarif)


Jes Ebrahim - Keamanan

Doakan untuk rakyat Palestin di sana, moga beroleh kemenangan suatu hari nanti. 
Dan kita di sini teruskan perjuangan menegakkan Islam dalam diri, keluarga dan masyarakat. 


p/s: Sepatutnya saya buat posting ni semalam, tapi harini pun masih belum terlewat. Yang penting kita sedar dan ambil tahu apa yang berlaku di Palestin sana. Untuk rakan-rakan guru...Selamat Hari Guru!

22 comments:

  1. terima kasih ujie..acik memang tak tau sebelum baca n3

    ReplyDelete
  2. tengs ujie..cikda pun tak pernah tau nakbah ni.. boleh kongsi cerita dengan anak2..

    Moga Allah selamatkan Palestine..Amin3x..

    ReplyDelete
  3. Nakbah..hari org Palestin kehilangan tanah air gara2 sikap penjajah Amerika, UK, Perancis dan Bangsa2 Bersatu yg pro-zionis dan org2 Islam sendiri yg membiarkan mereka menentukan hidup kita....

    ReplyDelete
  4. berbeza betul makna `kemerdekaan' tu pada mereka...

    ReplyDelete
  5. alahai... ceteknya pengetahuan am aku ni

    ReplyDelete
  6. amin..semoga allah memberkati entry akak nie..saya pun tak perasan yang dah 65 tahun israel bertapak atas bumi orang lain..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. nak sambut mcm mn ni sedih kot

    ReplyDelete
  8. Semoga rakyat Palastine terus dilindungi Allah...

    ReplyDelete
  9. sama2 kita doakan untuk saudara Islam kita di sana..at least mereka tidak bersendirian memperjuangkan Palestine dan kesucian masjid al-Aqsa..sedih

    ReplyDelete
  10. Kakak dapat juga e-mail tentang ini Isnin lepas. Kakak punya laaagi panjang Ujie. Masa baca hati terasa betapa Palestine bagaikan tidak ada pembelaan langsung. Bayangkanlah dari kita belum lahir sampai dah tua...

    Doa-doa saja yg kita mampu tapi bab ketenteraan bagaikan tidak ada.

    ReplyDelete
  11. don't stop pray for Palestine..

    ReplyDelete
  12. Insya Allah...tiba harinya nanti....Palestin akan merdeka...dan ketika itu, Yahudi Zionis akan berlindung di sebalik pokok yg berkata kata" dibelakang aku ini ada yahudi"...saya lupa nama pokoknya...Tapi Yahudi dah lama tanam pokok2 ini...

    ReplyDelete
  13. biasa nampak nama ujie..harini baru nak kenal..follow sini..:)

    ReplyDelete
  14. assalam, terima kasih atas info ini...bunda pun baru tahu...

    ReplyDelete
  15. diakhirnya Islam tetap akan menang.

    ReplyDelete
  16. dihalau dari negara tanah tumpah darah sendiri mmg kejam....berlarutan sampai generasi ke generasi...moga dipermudahkan segla utk mereka di sana.

    ReplyDelete
  17. mereka tak merdeka macam kita.. jd kan peristiwa nie sebagai ikhtibar

    ReplyDelete
  18. selama ni tak pernah tau pun

    ReplyDelete
  19. kesiannya diorang..tak pernah rasa aman kan..zi baru tau ni kak ujie pasal hari nakbah.tahnks sharing

    ReplyDelete
  20. SAYA BARU TAHU .. LPS BACA NI..

    ReplyDelete
  21. Tq sharing kak
    sedih bila fikirkan rakyat palestine nie
    hanya mampu berdoa sahaja

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****