Balik kampung (rumah mak saya) haritu...
Sempat merayau keliling rumah di awal pagi.
Sempat merayau keliling rumah di awal pagi.
Rasa segar tengok dedaun yang masih dibasahi embun!
Tumbuhan yang menarik perhatian saya kali ni...
POKOK PISANG HIASAN
(MUSA ORNATA)
(MUSA ORNATA)
Yang jenis ni saya dah biasa jumpa... |
Pokok ni ada banyak, kebetulan ada yang rendah bolehlah amik gambar pandangan dari atas. |
Saya suka yang ni! Kelopak jantung yang gugur bersama 'bunga pisang', di atas daun pisang yang dibasahi embun! Juga seekor semut yang menghidupkan lagi suasana. |
Pokok pisang hiasan atau nama saintifiknya 'Musa Ornata' ni ditanam hanya sebagai pokok hiasan. Buahnya (jika ada) tidak boleh dimakan. Biasanya jantung pisang bagi pokok pisang hiasan akan menegak ke atas. Pokok pisang hiasan ini jugak ada nama-nama lain merujuk kepada warna bunganya (iaitu jantung pisang). Tapi yang kat atas ni saya tak tau apa nama spesifiknya, secara umum ia adalah 'Musa Ornata'.
Menurut mak saya, anak pokok pisang jenis ni tumbuh agak jauh dari pokok asal. Tak seperti pokok pisang yang biasa tu. Pokok pisang ni mak tanam atas tanah, tapi kalau nak tanam dalam pasu besar pun boleh jugak. Cuma mungkin tak jadi sebesar pokok dalam gambar di atas.
p/s: Kalau nak tengok pokok pisang hiasan dengan buah warna 'purple', ada dalam entri saya yang INI. Masa tu saya tak tau pasal 'Musa Ornata' ni.
jantung pisang sedappnya kalau dapat masak lemak.... atau rebus.
ReplyDeletesaya pun x pandai sgt uli doh pizza asal dah naik tu oklah tu.. saya bakar hihihihihi jgn suami dgn anak suke...
as salam
ReplyDeletecomel yang kaler merah..yang kaler pink2 pepel tu boleh buat ulam mentah..sedap juga :)
Hebat pokok pisang ni. Nama Nabi. Heheh. Kenapa takleh makan pisang ni ujie? Beracun ke?
ReplyDeleteGambar2 ni ujie amik guna kemre DSLr atau kemre Sony? Cantik gmbrnya. Kalo guna kemre Olympus saya, jgn harap dapat amik gmbr macam ni. Baik guna henfon. Lagi elok gmbr wp hanya 5 MP.
MASYA:
ReplyDeletepokok pisang yg ni tak taula boleh ke tak.
TIHARA:
oh..dah penah mkn ya..
LYD:
ReplyDeletesearch kat internet, kata takleh mkn pisangnya..tak tau nape. Mak saya kata pulak, nak mkn camne..kecik sgt pisangnya.
a'ah lyd, ni guna kamera Sony Cybershot tu lah. Jgn kutuk Olympus sgt, nnti dia mogok terus lagi susah..^__^
cantknyer pic2 ni. 1st time tau tentang pokok ni !
ReplyDeleteCantik pokok pisang nie klu ditanam di halaman yg luas.....
ReplyDeletecantik laa mmg belum pernah tgk lagi laa....
ReplyDeletecantik...tp rugi la xleh mkn...mburuk je kat situ kang...@ jadi rezeki semut? :)
ReplyDeleteCantiklah ujie. Kalau kakak jumpa kakak nak tanam rumah kampung, rumah kakak nie tak bolehlah tanah secoet je..
ReplyDeletedah macam nama orang nama saintifik pisang ni..hahaha..
ReplyDeletebole tak klau na nak lari dari tajuk sikit hihihi jgn marah na nk tanye ni guna camera ape? gambar dye mmg sgt terbaik..na mcm suka je...bole share?
ReplyDeleteJNA:
ReplyDeletealahai jna..camera biasa je, bkn DSLR pun. Akak guna Sony Cybershot T90. Lps tu touch up sikit guna Picasa. Masa tu cuaca cerah & subjek mmg dah sedia cantik..jd la cantik gambarnya. ^_~
Uji, sy tak nah pun tgk pokok pisang yg ni...
ReplyDeleteRimba Terjun tu selalu kakak lalu-lalang Ujie tapi tak ternampak pun kalau kakak nampak pun malu nak minta tak kenal kan hihi...
ReplyDeletecantik lahhh
ReplyDeleteieda x pernah tgk buynga jantung pisang nie .. selalu kalau makan jantung pisang dah siap celur aje ;)
sekali imbas cantik pulak tgk..heheeh
ReplyDeleteKalu cmel gini.leh mkn pun rasa syg kn...
ReplyDeleteGambar phot yang cntik dan didukung oleh cuasa cantik disekitarnya.
ReplyDeleteSukses selalu
Salam Wisata
cantik, angah tak biasa tengok pisang hiasan ni...
ReplyDeletecantiknya,,lg2 pic yg last ,hehe mantap
ReplyDeletecantiknya pokok pisang..selalu tengok pokok yg besar2 je..
ReplyDeletepic pun cantik..enpon mahai ni hehehehe
Cantiknya. Pertama kali ni sy tgk pokok pisang cantik camni. :)
ReplyDeleteCantiknya pokok pisang hiasan ni. Kalo mak sy tgk mesti berkenan jgk nk tanam..
ReplyDeletesangat cantik.. belum pnah lagi tengok ni..
ReplyDeletepes time nengok pokok pisang jenih ni :)
ReplyDeletecntik last pic tue..pndi snap pic :)
ReplyDeletelawa dari pandangan atas tu.nampak kelopak dia berkembang.pisang hutan lain,pisang hiasan lain.banyak jugak spesies pisang ni rupenya...
ReplyDeleteAssalamualaikum....
ReplyDeletesaya sedang membuat kajian ke atas pisang ini. Saya amat berharap puan sudi memberi maklumat ttg lokasi. Maklumat ini amat berharga utk saya yg sedang menjalankan penyelidikan
phd saya. tolong hubungi saya mizzfazlina@yahoo.com. saya amat2 berharap