Sunday, 18 November 2012

Kg. Rhu Tapai

Saya masih berada di Kg. Rhu Tapai, Merang di daerah Setiu, Terengganu. Sepatutnya balik harini, tapi perancangan kerja suami berubah pulak. Masa menikmati pantai dan lautan ditambah lagi sehingga hujung minggu akan datang. Ada yang tinggal dekat-dekat sini? Kot boleh jumpa..
 
Dah seminggu kat sini...masih belum jemu memerhatikan alam:
Sekitar jam 6.50 pagi...sang mentari pagi menjenguk.
Air laut berkilau keemasan, pemandangan yang sangat indah!
Melihat warna alam begini, membuat kita terasa lebih 'dekat' dengan Allah.
 
Sekitar jam 6.50 petang...mentari menghilang.
Ombak mula tinggi, waktu malam air pasang dan ombak menghempas kuat.
Sesekali memang terasa bergegar bilik. Sedikit cemas...'kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai'. Hakikatnya, saya gemar melihat ganasnya ombak. Mungkin sebab ia pemandangan luar biasa buat saya.

*Setiap kali lepas solat, jangan lupa mendoakan kemenangan Palestin untuk menghancurkan tentera Yahudi.*


20 comments:

  1. wak pon nk ucap salam minggu nii.. Ihikks

    ReplyDelete
  2. Laut itu indah dan di dalamnya banyak khazanah..dari makanan laut hinga mutiara. Tapi laut yang indah itu juga sesekali mengganas ramai yang terkorban. Biarlah kita jadi seperti kita: tidak secantik mana, tak segagah mana, tapi tak pernah mengorbankan orang lain...

    ReplyDelete
  3. Salam,kg kak aya di kg darat bt rakit,tk jauh mana pun dr kg rhu tapai.sy dh balik kl hari ni

    ReplyDelete
  4. Kalau Pulau Redang tak di tutup, boleh ke sana tu...

    ReplyDelete
  5. Assalam ujie..lama jugak ye ujie..seronook ujie kalau dapat pulak jumpa kawan2..

    ReplyDelete
  6. as salam

    bestnye mcm honeymoon pulak..seronok duk kat pantai ni..lagipun views pun cantik..in shaa Allah akan doakan utk saudara kita di sana..

    ReplyDelete
  7. wah lagi lama la kak ujie boleh tgk pantai ye..syoknya ala2honeymoon gitu:)

    ReplyDelete
  8. cantknya kak. pntai rhu tapai itu. hehe. sejuk mata tgk. damai rasa. tq singgah blog sy kak.

    ReplyDelete
  9. JR:
    indahnya kata2...:)

    KAK AYA:
    Bt rakit..yelah, mmg tak jauh tu.

    MIE:
    kalau bukak pun mmg tak sempat pegi, suami hari2 kerja sejak smpai sini. :(

    ACIK:
    Mmg tak penah ikut lama gini.
    Masa byk, tapi takde kwn yg boleh jumpa pulak.

    TIHARA & ZEE:
    honeymoon sesorang...suami busy dgn kerja dia.

    ReplyDelete
  10. kalau dapat ambik gambo mentari naik mesti lagi comel kan...

    suka sangat duk tepi pantai.....
    langsung tak jemu,..walaupun hari2 tengok

    ReplyDelete
  11. subhanallah..

    lama tak pegi pantai..

    ReplyDelete
  12. EITA:
    kat belah sini tak nampak jelas matahari naik, cuma cahaya gitu je.

    ReplyDelete
  13. subhanallah! cantik sangat kak.

    plan nak bawak anak2 ke pantai tak kesampaian lagi ni sbb musim hujan. dpt tgk gmbr kat blog akak ni pun dah rasa syok sangat!

    ReplyDelete
  14. pantai dah banyak terhakiskan.

    ReplyDelete
  15. wah...cantiknya tempat nie kak..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  16. Ombak masa kecik menjadi kawan, bila yang besaq tu menjadi lawan..

    Deruan ombak kekadang pengubat stress ;D

    ReplyDelete
  17. Cantiknya view kat situ..tenang rasanya..

    ReplyDelete
  18. DAH LAMA X KEPANTAI.. RINDU BUNYI OMBAK...

    ReplyDelete
  19. bunyi ombak tu satu terapi secara semulajadi..:)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****