Monday, 12 November 2012

Keropok Lekor 008 Kelulut & Warong Pok Nong

[AHAD, 11 Nov. 2012]
Dalam perjalanan ke Setiu, saya dan suami sempat singgah ke dua tempat makan kegemaran ramai ni. Mula-mula kami singgah makan keropok lekor di kedai 'Keropok Lekor 008 Kelulut'. Lokasinya di Kelulut, Marang, Terengganu. Terletak di sebelah kiri jalan (dari arah Kuantan) dan berhadapan dengan Semarak Aruni Inn. Kedai ni memang kerap saya kunjungi sekitar tahun 2009, masa tu selalu jugak ke Pantai Timur atas urusan kerja suami. Tau pun atas syor seorang kawan anak tempatan.
Ada papan tanda besar.

Kedai jualan. Bukan setakat keropok lekor je dijual kat sini.

Ini kawasan tempat makannya. Masa kali terakhir saya datang, tempat ni belum ada. Dulu cuma disediakan meja berpayung di luar kedai jualan tadi. Sekarang lebih selesa. Paling menarik perhatian saya, pelayan ciliknya...yang ada dalam gambar nilah. Paling dewasa yang tukang buat air, seorang remaja lelaki. Yang tengah basuh pinggan tu (berdiri sorang kiri sekali), sebelumnya saya lihat dia sibuk kopek kelapa keluarkan air dan isinya. Seorang budak lelaki yang kecik je tapi pantas dan bersemangat bekerja. Kagum!

Hidangan kami...dua gelas air kelapa muda yang segar berharga RM1.50/segelas dan sepinggan keropok lekor yang sedap lembut berharga RM3. Semua cuma RM6, Alhamdulillah...kenyang!

--------------------------------------------------------------------------

Lokasi seterusnya...Warong Pok Nong di Pantai Batu Rakit. Untuk kedai makan yang ni, saya tak cerita banyak sebab pernah buat entri berkenaan masa awal tahun ni. Boleh rujuk DI SINI. Takde apa yang berubah, semuanya masih macam sebelum ni. Cuma harga makanan laut ada yang turun, ada yang naik. Mengikut harga semasa mungkin.

Pelanggan ramai...cuma dapat udang celop tepung je, untuk sotong dan ikan kena tunggu sekejap. Untuk minuman, kami minta ABC Special dan mencuba Jagung Parut (yang kena 'parut' tu ais, lepas tu dia letak jagung dalam tin).


p/s: Line internet kat sini tak stabil, kalau tengah okey bolehlah buat entri & bw. Kalau tak, sampai tertido tunggu nak bukak satu page.

19 comments:

  1. terliur dah ni.. mcm nak suruh isteri goreng jer...

    ReplyDelete
  2. 008 mmg terbaekk.. awe pun kat situlah tujunya kalau balik kampung...

    warung pok nong... may be belum pernah singgah lagi...

    salam kenal dr awestori.wordpress.com

    ReplyDelete
  3. oo ni pun sedap yer. bulan jun aritu gi ganu tp xtau kopok mana yg sedap.

    ReplyDelete
  4. as salam

    wahh jalan2 terengganu..bulan 5 dulu saya ada family day kat marang..impiana chalet..tapi tak perasan kedai keropok tu..saya singgah kedai kpok kat batu rakit je..sedapnya abc..tiba2 teringin ni :)

    ReplyDelete
  5. KHAI:
    mentang2 la dah isteri skrg ni...:)

    AWE:
    Tiap kali lalu mesti mcm wajib singgah kan..

    AYU:
    sbnrnya byk lg yg sdp, cuma yg ni lebih famous..ada ruang yg selesa, luas.

    TIHA:
    Kedai kepok lekor mmg byk, agak susah nk perasan. ni pun sbb kwn bgtau, sblm tu lalu2 gitu je.

    ReplyDelete
  6. Keropok lekor tu makan 2 orang ke? Cukup ke? Huhu.. kalo saya mmg tak cukup. Nak sepinggan sorang. Kopok tu mesti yg jenis tak rebus terus goreng kan? Saya suka jugak keropok jenis macam tu. Sebab dia lembut.

    ReplyDelete
  7. haha best je baca komen faiz..yela dah ada isteri kan:)

    aduii kak ujie kepok lagi..tak leh tahan ni selamat semalam dah ngap hehehe

    ReplyDelete
  8. LYD:
    Takpasti jenis cmne ni, tapi mmg lembut dr yg biasa.

    Kalo ikut tekak mmg tak cukup. tapi takleh kenyang sgt..nk mkn kat Pok Nong tu pulak. On d way balik nnti boleh singgah mkn lg. :)

    ReplyDelete
  9. SHAHZEE:
    tu la dia skrg, komen tak menahan..^__^

    ReplyDelete
  10. sedapnya tgk....tergoda tgk ABC tu...

    ReplyDelete
  11. Keropok lekor T'ganu memang mantops Ujie. Warong Pok Nong memang dah femes satu Malaysia kalau ke T'ganu mesti singgah sana. Mesti dah kaya kan...

    Selamat menyambut maal hijrah dik..

    ReplyDelete
  12. sejuk² kat sini minum ABC ngilu gigi.... tibe² teringatkan cendoll....

    ReplyDelete
  13. mmg sedap tu specially kepok lekor tu!

    ReplyDelete
  14. org ckp kalau nak beli kepok lekor mmg kat ganu je yang sedap... sebab byk ikan.. bukan tepung... hm... sedapnya nampak kepok lekor tu... air kelapa tu pun... sedapnya nampak...

    ReplyDelete
  15. dap ye dpt kopok lekor tu...ujie anta pJ plssss :)

    ReplyDelete
  16. Nampak macam best je ;) Harga pun ok jugak :)


    Dah lama tak ke Ganu ha..
    Last tahun 2002 kot... :D

    ReplyDelete
  17. walaupun duk kawasan ganu..tapi tak pernah pun lepak kat sini..
    apatah lagi nak gi makan kepok sini

    ReplyDelete
  18. sedapnyaa jagung parut.. (suka suki bg nama kann) hahaha

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****