Tuesday, 26 June 2012

Strawberi Hasil Ladang Orang Islam

Misi kedua saya dalam siri ke Cameron Highlands (CH) baru-baru ini...ingin menikmati strawberi hasil ladang orang Islam. Biasanya kita beli strawberi yang ada di pusat jualan atau di ladang yang banyak di sepanjang jalan CH tu. Yang mana saya dapati semuanya milik non-Muslim. Setakat beli strawberi tiada masalah, sememangnya halal. Tapi saya agak ragu-ragu untuk menikmati hasil proses strawberi seperti home made ice-cream. Lagi-lagi yang menyediakannya jelas non-Muslim dan tiada jaminan Halal Jakim.

Jadinya saya mula mencari-cari di mana lokasi ladang dan pusat jualan milik Muslim (selain beli di MARDI). Hasil carian Internet menemukan sebuah ladang strawberi Muslim yang terkenal. Lokasinya di Kampung Taman Sedia, kira-kira 600 meter dari pekan Tanah Rata. Ia sebuah perkampungan tradisional orang Melayu.

Jalan masuk ke Kg. Tmn. Sedia.
(Gambar ambil dari blog ini.)
Agak padat dengan rumah, homestay dan ladang-ladang strawberi. Memang menarik kampung ni! Homestay memang banyak dan dikelilingi ladang strawberi (lain-lain pemilik). Suatu pengalaman yang berbeza jika kita dapat menginap di sini. Lepas berpusing dua kali, barulah kami jumpa ladang yang ingin dituju tadi. Kami terus ke pusat jualan/kafe, keadaan lengang sebab hari Isnin. Tapi hampa sebab staf di situ asyik berborak sesama mereka dan macam tak nampak kami yang berdiri di kaunter jualan. 

Tak mahu hilangkan mood happy, kereta kami bergerak ke ladang bersebelahan iaitu YZ Agro Farm. Juga menyediakan pusat jualan/kafe untuk pengunjung bersantai di kelilingi ladang strawberi. Kat sini layanan memang baik dan mesra. Alhamdulillah...tidaklah kecewa lagi. Di sini kami menikmati strawberi segar, strawberi coklat dan marshmallow coklat. Kalau nak bersarapan, nasi lemak pun ada. Sayangnya home made strawberry ice-cream sudah habis. Strawberi sedang berkurangan berikutan pengunjung ramai masa cuti sekolah yang baru berlalu.

Strawberi segar- RM6/pek @ RM15/ 3pek.
Strawberi coklat & marshmallow coklat- RM5/ 3 cucuk.

Kafe/pusat jualan yang terletak di tengah ladang strawberi.
Memang best bersantai kat sini...sangat dekat dan boleh capai buah strawberi  tu
.
(gambar ambil dari YZ Agro Farm)
Bagi yang berminat nak datang, YZ Agro Farm ni terletak di:
No. 22, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands.
Tel.: 05-4850032

Untuk homestay & penginapan apartment, kena call 011-1945 2116 (Abdul Khalid)

p/s: Jom sokong bisnes Muslim CH! 


27 comments:

  1. Jommmm... Hehehe. Sukanya.. Nak pegi lagi nanti nak tinggal kat Kg Taman Sedia ni la. Ada nampak signboard tapi tak tahu apa benda yang ada kat situ. So, buat tak tau je la. Homestay tu bleh walk-in tak agak2nye ye?

    ReplyDelete
  2. Selepas sekian lama, teringin pulak rasanya nak jejak CH semula. :)

    ReplyDelete
  3. LYD:
    Saya pun..tau nama kg. ni tapi tak penah masuk sebelum ni.

    Walk-in boleh kot, tp kalau dah full..kenalah rayau cari lain. Leceh sikit tp boleh tengok sndiri rupa & lokasi rmh.

    ReplyDelete
  4. dah lama betul tak pegi CH. baguslah ada pilihan ladang stoberi muslim kan kak ujie... kita pun tak was2 nak makan... nak2 plak homemade stoberi eskremnya tu...

    ReplyDelete
  5. KAKCIK:
    jejak semula..bolehla rasa suhu dingin.

    ReplyDelete
  6. Sedap tgk strawberry segar tu...
    Bilalah agaknye berpeluang ke CH ni...

    ReplyDelete
  7. berguna info ni...bercadang nak g Cameron gak....xpnh sampai lg...

    ReplyDelete
  8. tengok strawberi terus perut rasa pedih..tak masam ke ni kak?

    lepas ni kalo ada rezeki pegi ch mesti nak terjah sini..kita orang islam memang nak cari yang halal dan hasil orang islam ni tapi tak tahu jer..ke tak penah ambik tahu?hehe

    ReplyDelete
  9. IZAN:
    sbb teringin eskrim tu la cari ldg muslim. Sblm ni jumpa kat Raju farm tu..tp tahan diri je.

    LILY:
    hmm..mmg jauh gak jb-ch tu. kalau saya pun payah le nk sampainya. takpe..amik info pun ok.

    GEDEK:
    saya pun..dh kali ketiga dtg baru tau ada ldg muslim.

    AISHAH:
    mmg nk share & sebarkn..ramai yg tak tau.

    PRETTYWRITE:
    yg akak mkn ni tak masam. Ada yg manis & ada yg tawar (tak masam tak manis). Mungkin terkena yg sdg elok masaknya.

    ReplyDelete
  10. saya pernah picnic kat renjer taman sedia ni...kat situ ada jugak agro farm al mansoor kan...aduh windunyer nk g sana tapi dah nak ramadhan dahh.. takleh jln2 sangat :)

    ReplyDelete
  11. TIHARA:
    Al mashoor tu la yg paling terkenal..yg saya cancel. sblhnya tu YZ agrofarm. ^_^

    Pegi lps raya la..saya plan insya allah nk g bln 9.

    ReplyDelete
  12. ehem...ehem....

    lokasi ladang ini dah dekat sgt dgn rumah kampung aku. hanya memerlukan sedikit langkah kira2 200mtr saja

    ReplyDelete
  13. LydSunShine : kalau walk in kompom tak dapat punya. nasib2 jer

    ReplyDelete
  14. TP:
    ohh..tu kampung awak! bestnya..
    Family ada buat homestay? Ke bisnes lain kat CH..boleh kitaorg pegi. ^_^

    Nxt time saya nk ke mossy forest. ada tips/cdgn?

    ReplyDelete
  15. Sy tau, rekemen Ujie tak nah menghampakan. Sy percaya yg ni. Insya-Allah, ade rezeki nak ke sane t.

    =D

    ReplyDelete
  16. ujie : tiada biz pun...hanya stay duk kampung tu. ayah saya hanya suka berkebun dan tanam2 bunga kegemaran dia di laman rumah saja...


    mossy forest.ok mmg best tu sis. nak berkhemah di sg.pauh pun best juga... hanya reg. nama2 di bawah jabatan hutan disitu.

    tiada bayaran dan tempat juga menarik. gambar2 di sg.pauh ada dalam entri ku yg lepas2.

    ReplyDelete
  17. PAA:
    tapi kalau masa fara dtg dh lain mcm..sorry la ya.

    TP:
    camping kat sg. pauh..wow! tima kasih byk atas info. Ni tak penah tau pulak. Pasti dimasukkan dlm list.

    ReplyDelete
  18. dicicah dgn coklat...oh..sedapnya..

    ReplyDelete
  19. bestnya bestnya nak g jgk!!
    no phone dah ada lg senang hehehe maceh uji

    ReplyDelete
  20. jemput2 ler ke sana yek....:)

    https://www.facebook.com/pages/YZ-Strawberry-Farm-and-Cafe-100-Bumiputera/170147766410206

    ReplyDelete
  21. br tau juga..huhu..dlu ira pergi trip jadi mmg xmsk la kg2 ni...

    lepas ni kalau gi lagi blh la pergi agro farm muslim ni kan..thanks k.ujie :D

    ReplyDelete
  22. Saya pun slalu ke yz agro farm tuh. Tempat dia memang best, makan pun sedap jugak. Rugi klu tak singgah ke sana klu Ada di CH

    ReplyDelete
  23. Saya pun slalu ke yz agro farm tuh. Tempat dia memang best, makan pun sedap jugak. Rugi klu tak singgah ke sana klu Ada di CH

    ReplyDelete
  24. Kurangnyer promosi muslim product..tempat ni adalah yg terbaik untuk semua d CH..

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. homestay pun murah...pemilik yang mesra dan baik..InsyaAllah kami akan kesana lagi.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****