Wednesday, 11 November 2026

Sepetang di Menara Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Kuala Terengganu Drawbridge)

Petang hari Jumaat 18 September 2026, kami ke Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Terengganu Drawbridge) untuk naik ke bahagian menara.

Agak keliru mencari jalan ke kawasan tempat letak kereta untuk naik menara, tapi akhirnya kami sampai juga. Cuma kedudukannya agak jauh dari jambatan dan kami parkir di tanah lapang - bukan kawasan khusus tempat letak kereta. Ketika kami tiba, ramai juga pengunjung berada di sepanjang laluan ke jambatan - ada yang berjoging, ada yang duduk santai menikmati suasana.

Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Terengganu Drawbridge)
Kami berjalan kaki menuju ke jambatan. Menarik juga dapat menyaksikan rupa Jambatan Angkat dari sudut ini. Sayang sekali tiada latar langit indah membiru dek jerebu yang melanda.

Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Terengganu Drawbridge)
Jambatan Angkat mempunyai 4 buah menara yang dihubungkan dengan jejantas udara (skybridge). Terdapat menara tinjau dengan lantai kaca di kedua-dua hujung jejantas. 

Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Terengganu Drawbridge)
Kami tiba di kawasan bawah jambatan yang menempatkan tangga dan lif untuk kita naik ke jambatan. Tertera papan tanda - Tangga Selatan 1.

Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Terengganu Drawbridge)
Keluar lif, sampailah kita di jambatan.

Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Terengganu Drawbridge)
Teruskan berjalan menuju ke pintu masuk Tower 1. 

Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Terengganu Drawbridge)
Beli tiket di sini.

Bayaran Menara/Galeri Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Terengganu Drawbridge)
Terdapat dua pilihan jenis lawatan - galeri dan hydraulic tour (technical visit). Kami berminat dengan hydraulic tour, tetapi menurut staf bertugas - lawatan jenis tersebut tidak tersedia pada hari tersebut atas faktor cuaca. Kecewa jugalah, terlepas peluang melihat dengan lebih dekat struktur dan sistem kejuruteraan jambatan ini beroperasi.

Jadinya kami hanya melawat galeri dengan bayaran RM15 seorang dan tambahan sarung kasut RM2 seorang. Lepas pakai sarung kasut, kami naik lif untuk ke menara.

Keluar lif, petugas arahkan kami ke sudut yang menempatkan menara tinjau dengan lantai kaca. Tengok macam tak menyeramkan. Bila saya cuba melangkah, terus timbul rasa takut 😅

Lantai Kaca Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Terengganu Drawbridge)
Gaya berlagak Encik Suami sebab berani melangkah sampai hujung. Tapi nak mulakan langkah tu memang geli hati saya tengok - berjalan macam baru belajar melangkah 😆

Lantai Kaca Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Terengganu Drawbridge)
Eh…saya pun berani jugak tau. Ini bukti saya berjaya jalan atas lantai kaca.

Macam mana nak atasi rasa takut? Bila berjalan jangan pandang lantai dan jangan fikir kita berjalan atas lantai kaca 😄. Dah sampai tengah tu, rugilah pulak kalau tak melihat pemandangan di bawah. Terus rasa gayat bila saya nampak struktur jambatan dan air sungai di bawah.

Antara pemandangan menarik yang dapat dilihat dari menara tinjau berlantaikan kaca. Terdapat banyak bot pelancong - river cruise merupakan antara aktiviti yang boleh kita lakukan jika berkunjung ke Kuala Terengganu. 

Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Terengganu Drawbridge)
Dari sudut lantai kaca tadi, kita ke ruang galeri.

Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Terengganu Drawbridge)
Saya bayangkan di galeri ini ada ruang pameran berkenaan Jambatan Angkat, tapi rupa-rupanya ia ruang yang menempatkan pameran serta jualan kraf dan juga aktiviti melukis batik. Selain itu, ia berfungsi sebagai tempat meninjau pemandangan sekitar.

Hasil foto dari menara Jambatan Angkat :

Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Terengganu Drawbridge)
Pemandangan bandar Kuala Terengganu.

Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Terengganu Drawbridge)
Seni bina gah Jambatan Angkat sepanjang 638 meter yang menghubungkan Kuala Terengganu dengan Kuala Nerus.

Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Terengganu Drawbridge)
Saya tiada info berkenaan kegunaan ruang jejantas udara satu lagi. Cubaan zoom-in, nampak meja dan kerusi. Mungkin ruang acara.

Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Terengganu Drawbridge)
Zoom-in ke bawah melihat bahagian angkat (bascule) yang boleh diangkat bagi memberi laluan kepada kapal besar melintas. Tentu lebih menarik kalau ketika ini saya dapat menyaksikan jambatan ini sedang diangkat.

Video pendek sekitar kunjungan saya di Jambatan Angkat Kuala Terengganu.

Bagi mendapatkan info promosi dan makluman semasa, kalian boleh ikuti Facebook/Instagram : Kuala Terengganu Drawbridge. Selain paparan promosi, turut dimaklumkan hari dan masa bukaan bascule (jambatan diangkat). Bolehlah atur masa kalau nak menyaksikan detik tersebut.







14 comments:

  1. Seramnya nak pijak lantai kaca tu.

    ReplyDelete
  2. Cayalahh berani ye Uji
    Heheee kalu ciknur jgnlahhhh tidak sekali
    Kot nk pijak tu

    ReplyDelete
  3. dah lama tak pergi terengganu...

    ReplyDelete
  4. Okay masuk itinerary dulu utk next visit to Ganu. Belum sempat naik drawbridge ni dan river cruise tu.

    ReplyDelete
  5. Oklah Puan Ujie dapat buang rasa takut jalan lantai kaca.
    Harap dapat pergi juga nanti. Insya Allah.

    ReplyDelete
  6. Seni bina jambatan tu memang unik dan jadi mercu tanda negeri. Kalau dapat menikmati pemandangan sekitar waktu petang, tentu cantik suasananya.

    ReplyDelete
  7. Ini kalau suami SA la yang lalu kat lantai kaca tu..confirm meraung dia ni..dia gayat tahap apa ntah..naik river cruise pun dia senyap aje kaku gitu...hahahaha

    ReplyDelete
  8. Dah pernah sampai kat jambatan tapi tak pernah lagi naik sampai ke atas. TQ infonya.

    ReplyDelete
  9. laaa ingatkan mahal harga tiketnya
    rupanya mampu milik
    ok laa boleh laa plan nak naik nnt
    tp sy tggu ECRL siap laa baru pergi hahaha

    ReplyDelete
  10. Nanti bolehlah saya naik ke sini juga. Di sini sebenarnya ada jembatan angkat yang serupa, di Palembang lokasinya. Tapi tidak dibuka untuk umum. Jadi memang tak bisa naik selain petugas atau tamu2 terpilih

    ReplyDelete
  11. Kitrg aritu x pergi jambatan ni cuma naik cruise lalu bawah jambatan je hehee...

    ReplyDelete
  12. Ooooo... kena balut la kasut kalau nak pijak kaca tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarung kasut memang wajib pakai untuk ke menara/galeri walaupun tak berjalan atas kaca. Untuk jaga kebersihan lantai agaknya.

      Delete
  13. Alaaa lantai kaca, gayat lah rasa

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****