Saturday, 31 October 2026

Mayang Mall, Kuala Terengganu

Catatan trip ke Pantai Timur pada bulan September lalu.

Memandangkan saya dan Encik Suami tiba di Kuala Terengganu sudah pun agak lewat petang, maka tiada aktiviti khusus yang dapat kami lakukan. Sempatlah kami berehat sebentar di bilik hotel sebelum keluar berjalan-jalan melihat suasana ibu negeri Terengganu.

Kali terakhir kami ke sini pada Oktober 2019, ketika itu Jambatan Angkat Kuala Terengganu baru saja dibuka secara rasmi pada bulan Ogos 2019 - boleh rujuk entri Mercu Tanda Terkini Terengganu | Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Kuala Terengganu Drawbridge)

Bandar Kuala Terengganu
Terengganu merupakan antara negeri yang memartabatkan tulisan Jawi - semua papan tanda perniagaan dan papan iklan wajib menggunakan tulisan Jawi. Ianya satu usaha yang baik dalam mengangkat tulisan Jawi sebagai warisan budaya.

Selepas berpusing sana sini menambah kesesakan jalan raya dan singgah di beberapa buah kedai menjual batik di tepi jalan (tak membeli, tiada yang berkenan), kami akhirnya menuju ke Mayang Mall. Sajalah nak jalan-jalan tengok pusat beli-belah di sini.

Mayang Mall, Kuala Terengganu
Mayang Mall dibuka secara rasmi pada Disember 2024, masih baru.

Mayang Mall, Kuala Terengganu
Pusat beli-belah 6 tingkat yang besar dan moden.

Kami jalan-jalan cuci mata keluar masuk di beberapa buah kedai. Bila perut dah rasa lapar, cari pula restoran. Ternampak Cafe Chef Wan, jomlah masuk. 

Cafe Chef Wan Mayang Mall
Laksa Johor pilihan Encik Suami. Selalunya memang inilah menu yang dipesan kalau kami makan di Petit Cafe Chef Wan @ KLIA Terminal 1.

Cafe Chef Wan Mayang Mall
Saya mencuba pasembur.

Cafe Chef Wan Mayang Mall
Turut dihidangkan, sepiring cucur udang. Katanya complimentary. Alhamdulillah rezeki. Rasanya memang sedap, tapi sayang kami tak mampu habiskan makan. Rasa sendat perut nak makan tiga jenis hidangan ini.

Keindahan Jambatan Angkat pada waktu malam. Foto saya rakam dari luar Mayang Mall.

Bila perut dah kenyang, mata pun bertambah berat. Jomlah kita balik hotel untuk berehat. Esok ada sehari penuh di Kuala Terengganu, ada beberapa aktiviti yang nak dilakukan. Aktiviti biasa je pun - makan dan shopping 😅







17 comments:

  1. Wak pernah tinggal di KT pada tahun 80an
    Dah sangat jauh berubah sekarang.

    ReplyDelete
  2. Nampak dari luar besar Mayang Mall tu.. kami lalu je belum niat nak singgah😆

    ReplyDelete
  3. Cantiknya mall dia.
    Akak smlm makan di Chef Wan. Adik makan Mee Udang. sayang tak menepati citarasa. akak mkn nasi ulam dia, alhamdulilah. sedap.

    ReplyDelete
  4. Hehe aktiviti makan dan membeli-belah memang saya suka selain jalan-jalan tengok keindahan alam.

    ReplyDelete
  5. Teringin nak mencuba makanan di kedai Chef Wan ni.

    ReplyDelete
  6. Wahh x pasan ada Mall besar kat KT skrg ni.... view mmg cantek kan mlm2 kat jambatan tu

    ReplyDelete
  7. wahhhh dah ada mall baru
    lps ni ecrl dah siap mesti ramai pakat serbu mall ni

    ReplyDelete
  8. jenuh nak masuk parking kat dalam mall ni.. huhu..

    ReplyDelete
  9. Cantik ye Mayang Mall ni... Nanti kalau ziarah Abang boleh jalan-jalan sini.

    ReplyDelete
  10. lama sungguh tidak menjejakkan kaki ke K.Terengganu.. last sebelum covid dulu huhu.. Mayang Mall tu mmg megah berdiri..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah rezeki dapat complimentary cucur udang. Tak sabar nak tunggu ECRL beroperasi sebab hendak merayap ke belah pantai timur. Lawa juga Mayang Mall ni. In sya Allah boleh dapat 10K steps kalau berjalan ke semua 6 tingkat mall ini kan😅

    ReplyDelete
  12. Seronok jln2
    Ganu bykkk tmpt menarik
    Wahh ada Mall
    Baru mesti jd tumpuan ni

    ReplyDelete
  13. pernah cuba mkan kedai apa entah tak sedap... lps ni baik try kt kedai chef wan tu je compom sedap

    ReplyDelete
  14. Saya tak pernah masuk Mall2 di Terengganu. Bilalah saya nak sampai Restoren Chef Wan ni. Harap2 adalah rezeki lepas ini.

    ReplyDelete
  15. SA hari tu nak masuk mall..tapi anak dara tu cakap x payah la...mall kat mana2 pun ada...sabar jer la...

    ReplyDelete
  16. Saya baru tau kewujudan Mayang Mall ni Kak Ujie. Yalah, kali terakhir ke Terengganu pun September 2024, masih belum bukak lagi mall ni.

    ReplyDelete
  17. Belum sampai Mayang Mall ni. Lama kami tunggu siapnya dulu.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****