Wednesday, 28 October 2026

Bahagian (1) : Menginap 2 Malam di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu

Catatan penginapan di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu saya buat dalam dua entri kerana saya dan Encik Suami menginap di dua jenis bilik yang berbeza untuk dua malam tersebut.

Kami menginap di sini pada hari Khamis - Sabtu, 17 - 19 September 2026.  

Walaupun sudah sedia maklum Primula Beach Resort merupakan sebuah hotel lama, kami pilih untuk menginap di sini kerana lokasinya yang strategik berhampiran dengan tarikan pelancongan - memudahkan pergerakan kami di sini. Ia juga berhampiran dengan sebuah masjid - mudahlah untuk Encik Suami menunaikan solat Jumaat, boleh jalan kaki je.

Berbaloi ke tidak menginap di sebuah hotel lama begini? Kita tengok.

Primula Beach Resort, Kuala Terengganu
Ini bukan kali pertama kami datang menginap di sini, tapi saya dah tak ingat bagaimana rupa hotel ini. Dah terlalu lama, masa tu Encik Suami selalu ke Pantai Timur atas urusan kerja. Ketika itu juga saya belum menulis blog, jadi tiada sebarang catatan berkenaan pengalaman penginapan di sini.

Reka bentuk hotel ini agak unik, tetamu hotel perlu naik ramp (laluan ke atas) untuk ke pintu masuk utama hotel - boleh klik foto di atas untuk paparan lebih jelas. Kenderaan boleh naik untuk turunkan penumpang/beg di lobi hotel, selepas itu turun letak kenderaan di ruang parkir terbuka. Kemudian perlu berjalan kaki mendaki ramp tadi untuk ke lobi. Pilihan lain - naik tangga di kawasan tempat letak motor atau naik lif melalui pejabat/ruang kerja staf. Menurut saya, keadaan ini sangatlah tidak mesra bagi tetamu hotel. 

Primula Beach Resort, Kuala Terengganu
Ruang legar sangat luas. Terdapat banyak set kerusi.

Primula Beach Resort, Kuala Terengganu
Juga menempatkan deretan lukisan untuk di jual. Berminat dengan lukisan setandan pisang tu? Harganya RM7,000 😀

Primula Beach Resort, Kuala Terengganu
Berhampiran pintu lif, terdapat sebuah meja dengan satu balang biskut dan satu balang keropok ikan. Sementara menunggu masuk lif, bolehlah kita menikmati makanan ringan yang disediakan. Yang ini saya suka, dapat makan keropok ikan yang sedap.  

Primula Beach Resort, Kuala Terengganu
Laluan ke bilik penginapan. Semuanya nampak usang.

Primula Beach Resort, Kuala Terengganu
Bilik kami bernombor 504. Keluasan bilik memuaskan, cuma ada sedikit bau hapak. Maklumlah perabot dan karpetnya sudah usang.

Primula Beach Resort, Kuala Terengganu
Tilam ok selesa tapi bantalnya buat saya terseksa nak tidur, semua bantalnya leper 😅

Primula Beach Resort, Kuala Terengganu
Control panel gaya klasik. Masa dipaparkan tu salah ya, foto ini dirakam pada pukul 4.05 petang.

Primula Beach Resort, Kuala Terengganu
Antara kemudahan yang disediakan. Bekas abu rokok pun ada. Tadi semasa buat tempahan dah minta non-smoking room, tapi nampaknya tak dapat seperti diminta. Encik Suami tak merokok dan saya pula tak suka bau rokok, mujurlah tak ada bau rokok di bilik ni.  

Primula Beach Resort, Kuala Terengganu
Bagusnya bilik ini, terdapat dua buah cermin besar. Ada satu lagi cermin memanjang di sudut lain. Puas hati nak bersiap pakai tudung bila ada cermin besar gini.

Primula Beach Resort, Kuala Terengganu
Pemandangan dari balkoni bilik. Pintunya boleh dibuka, sesuailah bagi yang nak merokok boleh ke balkoni. Dari bilik kami, nampak bangunan KTCC Mall dan sebahagian kawasan Pantai Batu Buruk.  

Primula Beach Resort, Kuala Terengganu
Bilik airnya luas tapi kurang selesa sebab semuanya sudah pun usang. Jadi nampak buruk dan tak bersih.

Bilik penginapan kami pada malam yang pertama ini jenis Deluxe Room, harganya RM178 tanpa sarapan. Berbaloi ke tidak? Rasanya tak berbaloi membayar harga tersebut dengan pengalaman penginapan kami di sini 😅

Malam seterusnya kami menginap di bilik Premier Deluxe Room. Nanti kita tengok apa bezanya ya.








28 comments:

  1. Pernah stay sini masa zamn² sekolah hahaa bole byg kan la bapak lama hotel tu dah tersergam kat tepi pantai tu😅😅

    Tapi btul la masih ramai suka stayvsitu sbb dkt ngan tourist area. Senang nak ke mana².. paling syiok sbb dkt ngan pantai..

    Nak kena repeat tganu lagi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu diaa...dari kita budak lagi dah wujud hotel ni rupanya ya 😅

      Masa kami ke sini, pantai tak secantik yang dibayangkan 😅

      Delete
  2. Hotel lama ni beginilah rasanya bila menginap. Kami pernah stay dekat satu hotel lama dekat KT ni, hotel ada nama tapi sayang masalah dgn sistem plumbing. Sbb tu skrg kalau nak book hotel cari yg baru-baru sikit.

    Sy suka tengok lukisan-lukisan utk jualan, kadang diorg display dekat dinding hotel (letak dlm frame) tapi setakat tengok aje la, tak mampu beli hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat pusat bandar KT ni macam susah cari hotel yang agak baru. Tapi lepas ni kalau ke KT lagi saya akan consider hotel yang jauh sikit asalkan selesa 😀

      Hehe...kita cuci mata je tengok lukisan tu.

      Delete
  3. Saya pun pernah stay sini kalau tak silap tahun 2009. Nasib baik dapat free sebab menang lucky draw company annual dinner. Yang bestnya saya AJK terlibat, Jadi saya pilih hotel2 kat negeri berbeza yang saya nak pergi. Alhamdulillah rezeki menang. He he he. Seingat saya masa tahun tue semuanya masih baik - baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...Alhamdulillah rezeki bergandalah kiranya tu 😀

      Delete
  4. Antara hotel legend di Ganu. Sy pernah menginap di sini, dapat blok lama dan air-cond tak boleh adjust. Buat adunan pd staf hotel, memang tak boleh buat apa, katanya. Trauma sy nak balik bilik takut kesejukan, sejuk sampai ke tulang hitam. Balik dari sana, sy terus demam, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya masih sama macam sekarang, air cond cuma boleh set low-med-high 😅

      Teruk jugak tu sampai demam SK 😄

      Delete
  5. Kalau uncle peluk balang kopok tu makan sorang2

    ReplyDelete
  6. Familiar nama hotel ni tapi tak pernah lagi menetap di sini. Dari gambar mmg nampak usang bilik hotel ni. Kenapa tukar bilik kak? Memang sesaja atau ada isu dengan bilik yang pertama tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa buat booking memang saja ambik dua jenis bilik berbeza sebab nak try bilik yg refurbished - Premier Deluxe Room.

      Syukur jugaklah sebab bilik pertama tu memang kurang selesa.

      Delete
  7. mmg byk kali juga stay ni..urusan keje and bercuti family...bilik kita stay ada bathtub..suka nasi dagang ganu time breakfast sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..iya, ada nasi dagang time breakfast. Merasa jugaklah sebab bilik mlm kedua tu ambik dengan breakfast.

      Delete
  8. ok..tak salah sebelum ni mun keluarkan dari list pilihan hotel..hahaha
    ramai juga bagi bad review primula ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang jugaklah hotel dah ada nama tapi tak jaga baik.

      Delete
  9. Hotel lama yg tak best nya kalau carpeted. mmg bau hapak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, rasa tak selesa bila masuk bilik hotel dengan karpet lama ni.

      Delete
  10. Hehe gigih Puan Ujie pilih 2 jenis bilik untuk hotel sama.
    Sayangnya tidak seronok duduk di Deluxe Room. Takpelah tulis di sini untuk rujukan supaya tidak pilih jenis bilik ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami saya la tu yang gigih. Saja katanya nak tau beza bilik standard dengan yang refurbished 😄

      Ya, tujuan tulis di blog untuk rujukan sendiri pada masa akan datang.

      Delete
  11. Paling tak best kalau dapat bantal leper. Nak tidur serba tak kena.

    ReplyDelete
  12. uiiishhh hotel legend ni
    seigt sy laa ms kecik2 dulu kan
    kalau ada pertandingan kat TV hadiahnya pasti 'tersangkut' menginap kat hotel ni...

    ternyata sekarang masih elok dan rapi...

    ReplyDelete
  13. Nampak hidup la lukisan pisang setandan tu.

    ReplyDelete
  14. Keropok ikan kalau di Terengganu wajib cuba kalau dah bagi free kan hihii.. Cantik hotel ni walau dan berusia tapi still nampak cantik ;D

    ReplyDelete
  15. Btw lukisan tu boleh tahan juga harga nya huhuhuu

    ReplyDelete
  16. Vibes Hotel Seri Malaysia nampaknya hotel ini. Bukan tidak molek cuma banyak kelengkapannya sudah dimakan usia begitu. Jadinya ada bau hapak, ada beberapa peralatan sudah lusuh dan luntur, etc. Lukisan setandan pisang itu cantik sungguh

    ReplyDelete
  17. Betul tu Ujie, hotel-hotel legend tepi pantai ni lokasinya memang sangat strategik dan senang nak kemana-mana. Cuma itulah, risau juga kalau dapat bilik yang berkarpet lama dan bau hapak kan. Bagus juga ada inisiatif cuba dua bilik berbeza, at least boleh tahu mana yang lebih selesa untuk rujukan masa depan. Suka baca ulasan jujur macam ni, sekurang-kurangnya pembaca lain pun ada info kalau nak plan bercuti ke Terengganu nanti. Mesti sedap sambal or keropok ikan kat kaunter lobi tu kan

    ReplyDelete
  18. Betul hotelnya sudah lama beroperasi namun lokasi sangat strategik serta luas. Bilik yang sama kami pernah menginap cuma mungkin level yang lain.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****