Biasanya kalau perlu menginap di Bangi, kami akan pilih menginap di Hotel Tenera. Tapi disebabkan semua bilik sudah pun penuh, kenalah cari hotel lain. Saya teringat blogger Fiza a.k.a. Pizzah pernah menginap di hotel dalam kawasan UNITEN (Universiti Tenaga Nasional) Bangi. Alhamdulillah masih ada bilik kosong, dapatlah kami bermalam di Royal Park Hotel @ UNITEN ini.
Walaupun kami tiba pada waktu malam, tidaklah sukar nak mencari lokasi hotel dengan panduan Google Maps. Kami masuk ke kawasan universiti melalui Pintu 1.
Terdapat kawasan parkir terbuka yang cukup luas, sangat memudahkan tetamu hotel yang datang dengan kenderaan sendiri.
Ruang legar yang luas.
Laluan ke bilik penginapan kami yang terletak di aras 2.
![]() |
| Hasil foto zoom-out - saiz katil nampak berbeza tapi sebenarnya sama je. |
Eh…agak terkejut bila masuk bilik penginapan kami, ada 3 buah katil single. Menurut Encik Suami, patutlah staf kaunter maklumkan bilik kami dapat upgrade - diberi 3 buah katil.
Semak semula tempahan yang dibuat, oh…rupa-rupanya kami tersilap tempah bilik dengan 2 buah katil single 😄
Lengkap kemudahan untuk 3 orang.
Bilik air dengan keluasan yang selesa. Ruang shower ada sedikit masalah - air lambat turun jadi bertakung air di lantai. Memandangkan kami di sini cuma 1 malam, tak rajinlah nak minta tukar bilik.
Secara keseluruhannya, saya rasa selesa menginap di sini - keadaan bilik bersih, tilam tak keras dan lengkap kemudahan (ada peti sejuk mini dan set gosok pakaian). Walaupun ada bahagian nampak usang (soket dinding kekuningan dan fabrik sisi katil yang tercarik), tetapi itu cuma hal kecil yang tak mengganggu keselesaan.
Harga bilik penginapan kami - RM270 termasuk sarapan. Kami menginap pada hari hujung minggu, kadar harga bilik jadi lebih tinggi.
BUFET SARAPAN YANG MEMUASKAN SELERA | Pintu masuk ke ruang bufet sarapan. Masuk je terus nampak sudut buah-buahan yang meriah dengan longgokan pelbagai jenis buah. Tapi kita cuma boleh ambil buah yang dah dipotong jelah ya.
Mencuba nasi goreng, mi goreng dan ayam goreng berempah. Sedap ayam gorengnya tu - garing rangup di luar, isi ayam lembut berjus.
Encik Suami ambil bihun bakso, saya merasa sikit - sedap.
Awalnya saya tak mahu makan nasi lemak, tapi tak tahan godaan tengok nasi lemak yang diletak dalam pengukus. Nasi lemaknya dah siap isi dalam mangkuk kecil untuk setiap hidangan.
Tak rugi mencuba, memang sedap! Aroma lemak santan tu je dah cukup membuka selera. Butiran nasinya lembut dengan rasa santan, saya betul-betul menikmati nasi lemak. Makan pula dengan sambal tumis yang sedap kena dengan selera saya. Rasa bahagia sungguh tau sebab bukan selalu jumpa nasi lemak hotel yang betul-betul sedap.
Oh ya, omelette di sini pun sedap - ada campuran keju, lada benggala dan bahan lain. Nampaknya lepas ni kalau perlu menginap di kawasan Bangi, Royal Park Hotel mungkin menjadi pilihan saya 😀
9.30 pagi - kami mendaftar keluar hotel dan bergerak ke destinasi seterusnya di Kuala Lumpur. Foto suasana waktu siang di kawasan UNITEN. Sebelah kiri tu tasik.











Sebelum ni rasa hotel ni macam murah sikit. Baru-baru ni tengok harga macam mahal pulak. Mungkin sebab dah jadi high demand kot. Weekend tu memang mahal sikit lah kan. Lagi-lagi kalau last minit.
ReplyDeleteAgaknya lewat check in dapat bilik apa yang ada je lah tu. Harga dah macam Tenera pulak. Tapi sini macam tenang sikitlah. Tak rugi cuba nasi lemak dia. Memang sedap!
Hihi..dah jadi port menginap kita kalau di Bangi. Tenera tu tak bestnya sebab shower dia dalam bathtub.
Yelah tu, mahal sebab weekend + beli last minute. Akak check weekday harga taklah mahal macam kami bayar.
DeleteBetul, sini lebih tenang tak ramai orang. Boleh makan nasi lemak dengan tenang.
Lepas ni jadi port menginap kami pulak agaknya 😀
Hari tu baca di blog Fiza, hari ni baca di blog Ujie plak...SA x pernah menginap di sini tapi nampak menarik...free nanti SA nak staycation la kat sini...
ReplyDeleteBolehlah SA staycation sini sambil jalan-jalan area Bangi ni, banyak tempat makan dan shopping.
DeleteDapat 3 katil ok la selesa nak menginap. Menu breakfast pun banyak.
ReplyDeleteBila 3 katil ni, dapatlah bilik lebih luas 😀
DeleteYa sayapun pernah baca hotel ini di blog kak Fizah. Nampak selesa dan luas. Tapi biasanya hotel lama memang besar2 ruangannya 👍👍. Nampak hotel pun masih terawat.
ReplyDeleteWaah bagus juga dapat upgrade kak. Jarang2 nih 😄. Sayapun tak ingat kapan trakhir dapat upgrade hahahah
Agak sedikit mengganggu kalau air lambat turun yaa. Tapi kalau cuma semalam, ya sudahlah .
Paling best kalau buffet sarapan banyak varian menu 👍👍. Walaupun kadang yg saya coba itu itu saja 🤣. Sebab sebenernya dah tak biasa sarapan sejak IF
Hehe...iya, akak pun baru beberapa kali merasa dapat upgrade bilik.
DeleteAkak tak buat IF, tapi tetaplah makan yang biasa makan je 😄. Cuma rasa seronok tengok banyak pilihan makanan.
Uih! Karpet koridor dia macam besi berkarat kan? Unik!
ReplyDeleteCara orang seni memandang 😀
DeleteHarga hotel tu sangat berpatutan sebab sekali dgn breakfast. Sarapan semua nampak sedap 👍🏻
ReplyDeleteTapi kalau weekdays harga lebih rendah, lebih jimat 😀
DeleteBilik nmpk mcm luas .. brekfws dia mmg nmpk sedap dari segi rupa tu hehe...
ReplyDeleteBilik luas memanjang. Oklah selesa setakat tidur 1 malam.
DeleteNasib baik teringat perkongsian Pizzah, terus jumpa alternatif bila Hotel Tenera penuh 😊
ReplyDeleteHehe..iya, buntu jugak fikir nak duduk mana sebab nak cari hotel yang ada bangunan sendiri dan ruang parkir luas.
DeleteSy pula pantang jumpa nasi lemak di hotel, mmg akan ambil sbb nak rasa sambal tumis atau kadang ada rendang ayam chef hotel. Ambil kesempatan merasalah kan...
ReplyDeleteBiasanya saya gitulah, wajib cuba nasi lemak. Kali ni konon nak berubah, tapi eh...tak boleh 😄
DeleteDulu selalu masuk Uniten sebab anak buah belajar di sini
ReplyDeleteRajin hantar anak buah 👍
DeleteKena rajin lah sebab masa tu mak bapa dia (abang saya) kerja dan tinggal di Sabah.
DeleteSini boleh tengok tasik tidak jauh dari hotel. Alhamdulillah makanan sedap.
ReplyDeleteIya, cuma kedudukan dari tingkap bilik kami tak nampak tasik.
DeleteRoyal Park Hotel ni pihak pengurusannya jiran saya MZ. Restoran MZ pun ada berdekatan juga. Pernah attend kenduri juga kat sini.
ReplyDeletePatutlah kat botol minuman dalam bilik tertera MZ Catering. Sedap masakannya 👍
Deletetampak kemas dan selesa...
ReplyDeletesy suka hotel yg ada sediakan sarapan
sbb time tu laa nak mkn byk sikit hahahhaa
Bilik kemas bersih cantik memang selesa buat kita. Harga dengan breakfast berbaloi kan. Pernah juga tersilap book bilik, tolak je katil bagi rapat.
ReplyDeletesaya lagi teruk, duduk bangi tapi tktau dalam uniten ni ada hotel hahaha.
ReplyDeletenampak selesa biliknya. rezekilah dpt upgrade bilik luas sikit