Tuesday, 22 September 2026

9 Hari 8 Malam Merentas Semenanjung Malaysia : Utara - Tengah - Pantai Timur - Utara

Selama 9 hari 8 malam saya dan Encik Suami bermusafir ke beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Dari Perlis kami ke Selangor/Kuala Lumpur untuk urusan kerja Encik Suami, kemudian menyambung perjalanan ke Terengganu dan Kelantan untuk kembara santai.



RINGKASAN PERJALANAN KAMI SELAMA 9 HARI 8 MALAM :

Sabtu, 12 September 2026
  • Perjalanan dari rumah Perlis ke rumah NS - jenguk rumah NS dan ambil barang.
  • Menginap 1 malam di Royal Park Hotel @ UNITEN Bangi, Selangor.

Ahad, 13 September 2026
  • Ke Kuala Lumpur.
  • Menginap 3 malam di STEG Hotel, Kuala Lumpur.

Rabu, 16 September 2026
  • Perjalanan ke Pantai Timur.
  • Menginap 1 malam di Ombak Beach Inn, Dungun, Terengganu.

Khamis, 17 September 2026
  • Ke Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Menginap 2 malam di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu, Terengganu.

Sabtu, 19 September 2026
  • Ke Kota Bharu, Kelantan.
  • Menginap 1 malam di Hotel ibis Styles, Kota Bharu, Kelantan.

Ahad, 20 September 2026
  • Perjalanan balik ke rumah Perlis.

Laluan perjalanan kami selama 9 hari 8 malam.

Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah Perlis sekitar pukul 9 malam hari Ahad lalu, setelah melalui perjalanan sejauh kira-kira 1,748 km.

Permusafiran mengelilingi sebahagian dari Semenanjung Malaysia yang terasa sangat melelahkan tetapi merakam banyak memori baharu. Kembara kali ini juga menemukan saya dengan seorang sahabat blogger secara tak sengaja. Siapa dia? 😁







26 comments:

  1. Lama dan jauh perjalanan tu Kak Ujie. Seronok sangat tu dapat pusing ke tengah, pantai timur dan ke utara semula. Cuma tak sempat nak ke selatan sikit lagi tu. hihihi...
    Wah jumpa siapa lah tu kan. Tak sabar nak tunggu ceritanya kembara Kak Ujie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut rancangan awal, memang nak ke selatan dulu - balik kampung. Tapi last minute suami ada kerja di KL, dah kurang 4 hari kat situ. Tak jadilah hala ke selatan 😄

      Delete
  2. Alhamdulillah..selamat pergi dan balik.. seronoknya dapat pusing satu semenanjung tu nampaknya.. moga ada rezeki Linda juga nanti..aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru pusing separuh Semenanjung pun dah terasa letihnya Linda 😅
      InsyaAllah moga ada rezeki Linda pusing satu Semenanjung nanti. Kena ada masa yang panjang, bolehlah lebih santai.

      Delete
  3. Dah macam road trip ni PU. Best!
    Wah siapakah blogger itu? Jeng jeng jeng 😁

    ReplyDelete
  4. Siapakah dia? Hurmm banyak negeri dan kwasan yg dilalui.. siapakah orang nya.. kalau Kuantan ada Blogger Mulan 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe…tak ke Kuantan. Kami ikut highway terus exit Kuala Dungun.

      Delete
  5. Next time kena singgah Selatan Johor pulak tauuu.. hehehehe
    Saya pun macam nak buat gini dengan Suami,.inshaallah dah pencen ni nak healing helaing juga kannn pusing Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah…memang berhajat nak pusing Semenanjung. Tapi itulah…kena tunggu suami pencen sebab perlu masa yang lama. Kalau sekejap jadi penat dan tak dapat stay banyak tempat.

      Delete
  6. Masya-Allah, seronoknya pusing satu Semenanjung! Jauh juga perjalanan 1,748 km tu, patutlah rasa penat tapi berbaloi kan sebab banyak memori indah dapat dirakam. Siapakah kawan blogger yang terjumpa tanpa sengaja tu? Jadi suspen pula nak tahu! 😂 Tunggu entri seterusnya..cepat update...hahahhaha

    ReplyDelete
  7. seronoknya kak dapat pusing semenanjung..saya kena tunggu pencen juga la nanti nak pusing utaqha
    saya rasa macam tau je akak jumpa sape...tengok pada tarikh akak di Terengganu tu macam jumpa Kak SA kan?hehe

    ReplyDelete
  8. Menarik sangat laluan ni! Jarang orang buat loop penuh Utara - Tengah - Pantai Timur terus. Kalau tak keberatan, boleh kongsi tak berapa anggaran bajet sepanjang perjalanan ni? 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos minyak dan tol tak catat la pulak.
      Kos penginapan lebih RM1K. Harga hotel agak mahal sebab trip ni tak rancang awal, beli bilik semua last minute.

      Maaf ya, tak dapat menjawab pertanyaan sis dengan lengkap 😅

      Delete
  9. 8 malam dah cukup ya kak. Dari Utara, ke tengah dan pantai timur. Sebenarnya saya yang akan 17 hari di Malaysia cukup waktu kalau mau eksplor Utara ke selatan 🤣. Tapi tuhlaaah, kami malas sewa mobil. Dan memang niat nak santai saja. Sebenarnya teringin sangat bisa mampir sampai ke ujung Utara, tapi ntahlah memungkinkan atau tidak, apalagi bawa anak2 ini juga 😅

    Penasaran jumpa siapa tuh 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak explore, tak cukuplah 8 malam tu. Setakat lalu atau singgah sekejap bolehlah. Badan pun cepat letih, tak cukup rehat asyik bergerak.

      Wah…17 hari insyaAllah cukup untuk buat satu pusingan Semenanjung Malaysia. Walaupun mungkin tak dapat explore banyak tempat, tapi bolehlah sampai tiap negeri.

      Tak apa Fanny, lebih baik santai saja. Lebih menikmati tiap tempat yang kita kunjungi dan badan tak terlalu letih. Lagi pula bawa anak-anak kan.

      Hehe…kebetulan sama-sama ke Terengganu, terjumpalah.

      Delete
  10. Alaaaaa ujie turun kl next time roger² la k.. mana tau ada rezeki bole jumpa blogger KL 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat jugak tau, tapi fikir hari kerja orang sibuk kerja. Macam tak sesuai pulak.

      Delete
  11. Saya pun ada pengalaman merentas semua negeri di semenanjung Malaysia pada tahun 2024

    ReplyDelete
  12. Seronoknya keliling semenanjung. Walaupun ada tujuan kerjapun boleh menyelit untuk tengok tempat orang.

    ReplyDelete
  13. Dah tau dah Ujie jumpa SA....Tertanya gak kat blog SA pada mulanya.

    ReplyDelete
  14. Pernah juga sebegini. Atas urusan kerja hubby. Penat tapi seronok juga kan. Next time kalau free masuk lah Kuantan roger2 ada rezeki boleh jumpa

    ReplyDelete
  15. Wahhhhh bestnya perjalanan merentas negeri. Walaupun penat pasti best sebab JJCM akan mencipta banyak kenangan

    ReplyDelete
  16. wahh dah macam keliling satu semenanjung dah ni.
    kita teka.... jumpa blogger SA ke? hehe

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****