Sunday, 9 August 2026

30 Hari Sudah Berlalu

 

Semalam 8 Ogos 2026 merupakan Hari Kucing Sedunia.
Hari ini 9 Ogos 2026 genap sebulan pemergian Jojo.

Bayangan Jojo masih ada di mana-mana - di setiap sudut rumah.
Dia memenuhi rutin harian saya di rumah ini - selalu ada di mana saya berada.
Dia dengan telatahnya yang manja dan lucu, cukup menghiburkan.

Jojo bukan sekadar kucing yang kami beri makan, minum dan tempat tinggal.
Tapi dia berada dekat di hati kami suami isteri, si bulu yang pandai berkomunikasi.
Jojo adalah sebahagian daripada kehidupan kami.


***

Kalau sebelum ini, saya kurang memahami mengapa ada orang terlalu sedih atas kehilangan atau pemergian si anak bulu. Seekor kucing pergi, ada banyak lagi kucing menanti. Tetapi rupa-rupanya, setiap kucing itu unik dengan karektor tersendiri. Itulah yang membuat perasaan sebak dan dada rasa sesak setiap kali terkenangkan si anak bulu kesayangan.

30 hari sudah berlalu, saya masih dalam fasa menyesuaikan diri. Nak berblog pun terasa malas, hilang semangat walau pun banyak perkara nak saya catatkan. Setiap kali saya berada di tingkap dapur, sebak terasa memandang kuburan Jojo di tepi rumah.

Semoga tiba suatu hari di mana saya mampu tersenyum bahagia bila terkenangkan Jojo, bukan lagi dengan titisan air mata.

اَلْلَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa sedih dan duka.



SELAMAT HARI KUCING SEDUNIA 🐈
Kalian ada anak bulu kesayangan? Kongsikan namanya di ruangan komen 🩵








21 comments:

  1. peluk kak ujie dari jauh. hanya yang pernah ada kucing je faham perasaan hilang kucing kesayangan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mazni. Sebelum ni tak pernah ada kucing, baru kali pertama belajar bela kucing tapi umurnya tak panjang pulak 🥹

      Delete
  2. Hugs Kak Ujie 🤗 walaupun saya selalu ugut anak2 bulus kat rumah ni nak hantar ke pasar kalau nakal dan rosakkan barang2 kat rumah, tapi jauh di sudut hati tak sanggup nak kehilangan dieorg berdua 🥲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pedih sangat rasa kehilangan anak bulus ni 🥹

      Delete
  3. 😭😭insyaAllah jojo di awangan hidup gembira
    Itu yg sy bayangkan bila kehilangan kucing walau hanya stray yg sy selamatkan tp akhirnya pergi jga
    Nak hilangkan rasa sedih
    Allah pinjamkan dia sekejap dan Allah ambil tiba masanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya…dia dah bahagia bebas dari kesakitan hidup di dunia 😢
      Saya bersyukur Allah pinjamkan Jojo buat saya.

      Delete
  4. Ya, betul. Yang pernah merasainya akan faham sedihnya tu. Masih terbayang-bayang kelibat dia segenap ruang. Sedih takkan hilang dan susah nak lupakan. Tapi tetaplah sentiasa kuat, sibukkan diri supaya kita tak terlalu fikir sangat hal yang menyedihkan.

    ReplyDelete
  5. Cantek bulu dia.... terbayang sara kat rumah..semoga jasa ujie jaga dia selama ni akan dia kenang di sana

    ReplyDelete
  6. Sebulan dah sekejap je masa berlalu.

    ReplyDelete
  7. Kehilangan kucing kesayangan memang meninggalkan kenangan mendalam. Moga terus tabah harungi fasa kerinduan ini.

    ReplyDelete
  8. Semoga rindu terubat bersama masa. Sangat sedih ya bila kehilangan kucing ni, saya dah mengalami dari usia remaja, nak pecah dada rasanya. Paling sedih bila mengenyangkan kita tak akan bertemu semula kecuali dalam mimpi.

    ReplyDelete
  9. mesti kak Ujie terbayang je.. kita walaupun tak bela kucing, kalau balik kampung tu.. mesti tercari2 kucing yang biasa ada, tapi dah tiada...ganti kucing yang lain pula.

    ReplyDelete
  10. hugs hugs ujie....hanya yg alami akan merasa kesakitannya....kakmieja terima nasib yang sama, baru kehilangan blackie beberpa hari lalu, nangis meraung ....bila teringat nangis lagi....

    ReplyDelete
  11. Betul sedih kucing yang kita sayang pergi.
    Moga Puan Ujie mampu tersenyum semula apabila teringatkan Jojo.

    ReplyDelete
  12. Faham sangat PU. Hugs!
    Semoga masa mampu mengubat kedukaan di hati.

    ReplyDelete
  13. Moga akan ada pengganti jojo nanti kak, dapat la terubat rindu sedih akak walaupun mungkin tak sama dan memori dengan jojo takkan terlupakan.

    ReplyDelete
  14. say abaru tahu wujudnya hari kucing sedunia..

    ReplyDelete
  15. Anak bulus adalah sebahagian daripada keluarga. Sebab itu kehilangan Jojo meninggalkan kesan yang mendalam kepada PU. Semoga akan sampai masa PU akan tersenyum bila terkenang keletah dan kenangan bersama Jojo. Take care ye PU

    ReplyDelete
  16. Eh baru tahu 8 ogos hari kucing sedunia. Kemarin buka IG, tgl 12 ogos hari gajah sedunia pula. Berhubung saya suka melihat tingkah laku gajah, jadi tahu dari situ

    Kehilangan kucing itu bagan kehilangan anak 😭. Memang tak sanggub rasanya. Sayapun sayang dengan 5 ekor kucing saya nih, Mimo, Mimi,Mochi, Pastel dan Lucky.

    Tak terbayang lah kalau sampai mereka tak ada

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****