Hujung minggu yang baru berlalu, saya dan Encik Suami mengisi masa bersama kawan-kawan kerja Encik Suami. Bagi yang dah berkeluarga, masing-masing bawa pasangan dan anak-anak - jadi lebih seronok dan dapat kenal lebih rapat ahli keluarga masing-masing.
Lokasi percutian singkat kami ini di Yanies Rest House, Arau, Perlis.
Terdapat kemudahan kolam renang dengan keluasan memuaskan. Bilik-bilik penginapan pula terletak berderet di sisi kolam, buka pintu je terus nampak kolam. Ruang berkumpul dan dapur juga disediakan. Foto di atas dirakam dari ruang berkumpul yang juga menempatkan dapur. Pendek kata, lokasi yang dipilih ini memang sesuai untuk aktiviti berkumpulan.
Insya Allah catatan lanjut berkenaan bilik penginapan dalam entri khusus.
Lewat petang hari Sabtu, geng lelaki mulai sibuk bakar potongan ayam dan kambing perap.
Selepas solat Maghrib, barulah kami mula makan. Ada juga kek, kuih dan pulut durian di meja lain. Cukup banyaklah untuk kami yang hanya seramai 21 orang dewasa dan 8 orang kanak-kanak.
Ada acara tukar hadiah - setiap orang/keluarga bawa satu hadiah. Sekadar suka-suka, hadiah tak perlu mahal. Keseronokan acara begini bukan terletak pada nilai hadiah yang diterima, tetapi seronok usik-mengusik ketika acara berlangsung.
Ini hadiah yang kami dapat. Balik rumah, terus saya cuba guna. Seronok juga dengar Spotify menerusi speaker kecil ni, ada bezalah berbanding dengar terus di telefon.
Hari Sabtu malam Ahad tu saya tidur lewat - melepasi waktu tengah malam. Saya bersama beberapa orang geng perempuan duduk di tepi kolam renang, berborak sambil menikmati suasana malam yang tenang. Geng lelaki pula ada yang berkumpul main kad dan ada yang berborak santai. Manakala geng mak anak kecil semua dah masuk bilik berehat.
Sarapan pagi kami masak nasi goreng makan dengan telur mata dan ayam bakar. Panaskan juga baki hidangan malam tadi. Sambil makan, sambil berborak.
Pinggan makan saya.
Lepas sarapan, geng lelaki masuk kolam main air. Geng mak anak kecil temankan anak mandi kolam. Saya serta beberapa orang yang lain sambung berborak dan mengemas tempat makan. Lepas tu kami naik tingkat atas bagi menikmati pemandangan sekitar.
Ketika ini Perlis sedang mengalami musim panas lembab - panas yang tak terlalu terik, langit berawan, kerap juga mendung dan hujan. Cuaca redup yang sesuai untuk aktiviti luar. Hasil foto juga jadi menarik bila cuaca sederhana begini.
Seronok sungguh geng lelaki bermain air walaupun ketika hujan turun. Sekejap saya nampak mereka berlumba renang, lepas tu berlumba jalan kaki pula. Semua ini akan menjadi memori indah mereka bersama.
Pukul 12 tengah hari kami semua mendaftar keluar. Alhamdulillah selesai percutian singkat yang cukup santai tetapi meninggalkan kenangan manis.
Terima kasih Allah atas ukhuwah ini ๐ฉต









Bestnya dapat berkumpul ramai-ramai dan kenal-kenal. seronok juga dapat bergoton royong sediakan makanan. Meriah segala makanan yang ada. Ada acara tukar hadiah tu yang best tu. Excited tunggu dapat hadiah apa kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah...Dapat cipta kenangan manis bersama semua.
Best juga aktiviti begini. Belum pernah lagi la join aktiviti ni.
ReplyDeleteSeronokkk dapat bercuti ramai² mcm ni kan... kalau dpt geng sekepala lagi bertambah² serinoknya hahaha..
ReplyDeleteBestnya Yanies Rest House Arau ni! Buka pintu terus kolam, memang sesuai untuk family gathering. Agak-agak bilik dia luas tak Sis? Can't wait for next entry!
ReplyDeleteBest dapat kumpul ramai2 macam ni. Dapat mengeratkan hubungan di tempat kerja jugak kan. Alhamdulillah, rezeki dapat mini speaker ๐
ReplyDeleteSeronok dapat berkumpul santai begini. Tempat pun menarik, sesuai utk buat family day.
ReplyDeletewahh bestnyaaa. dah lama tak rasa suasana meriah cmni
ReplyDeleteBest la aktviti mcm ni...=)
ReplyDeletewah bestnya kak, cantik betul tempat nya tu. Sekelompok semua situ, meriah betul. Tang tukar-tukar hadiah tu best tu
ReplyDeleteSeronoknya apabila baca aktiviti yang dijalankan.
ReplyDeleteBagus cuaca tidak panas terik di Arau. Sini panas sangat dengan belum ada hujan. Dengar guruh tapi tiada hujan.
best dpt berkumpul dgn kwn2..yg penting ada pool & bbq mmg sronok
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteErat silaturrahim.
Seruuuu lah kak.walau teman2 encik suami, tp jadi akrab juga para istrinya kan. Dulu tuh suami dan sahabat2nya rutin gathering begini tiap THN. Tp ntah lah sejak covid kami dah jarang jumpa. Padahal rumah masih dekat2. Skr ini makin terasa teman2 yg dulu dekat, malah jadi tak dekat.
ReplyDeleteBtw, sukaaaa juga lihat penginapannya... Ada pool lumayan besar. Ini yg seronok dah pasti anak2 dan para bapak ๐. Tukar hadiah pun pasti JD acara memorable.
ReplyDeleteInilah yang dinamakan seronot
ReplyDeleteSeronok dpt berkumpul mcm ni
ReplyDeleteBeramah mesra sambil mkn mkn
Ada pool lg best ni terutama ank2 kan
Tukar hadiah acara wajib baru tambah syokk
Alhamdulillah rezeki dapat bersilaturahim dan berkumpul, makan, bersembang dan mandi pool. Acara tukar hadiah itu buat berdebar-debar menantikan hadiah apa yang dapat kan? Budak-budak kalau udah ada pool memang kesukaan deme la tuh. Bab masak dan makan ramai-ramai tu memang mencipta kenangan sungguh
ReplyDeleteSeronokkk gather dengan kengkawan camni.. kita pun tak sabar ni untuk trip dengan kawan next month.. anak-anak paling happy kann, ukhwah terjalin..
ReplyDeleteLumba renang lepastu lumba jalan kaki pula. Hujan makin lebat eh.
ReplyDeleteNampak sedap sangat kambing dengan ayam bakar tu, siap ada pulut durian lagi. Bahagian tukar-tukar hadiah tu memang acara paling berharga sebab momen usik-mengusik tu yang buat kenangan manis. Untung Ujie dapat mini speaker yang comel dan berguna
ReplyDeleteseronoknyaaaaa dpt berkumpul mcm ni
ReplyDeletehadiah pun best2 belaka
bestnya aktiviti merapatkan ukhuwah camni!
ReplyDelete