Thursday, 8 January 2026

Perkhidmatan Rawatan Doktor di Rumah (Home Visit / House Call)

Sudah setahun (sejak penghujung Disember 2024) Mak saya tak mampu mengurus diri, banyak menghabiskan masa di atas katil. Masalah skoliosis (scoliosis) - tulang belakang bengkok menyebabkan Mak hilang upaya pergerakan dan mengganggu fungsi badan yang lain. Atas faktor usia, tiada rawatan khusus dapat dilakukan.

Atas nasihat doktor, kami (saya dan adik-beradik) dapatkan khidmat juru terapi datang ke rumah. Jadinya sejak hampir setahun lalu, setiap hari Isnin dan Khamis Mak akan menjalani fisioterapi. Ketika inilah Mak akan melakukan pergerakan dan berjalan dengan bantuan juru terapi.

Kondisi Mak menyukarkan kami bawa ke klinik kerana setiap pergerakan akan terasa sakit. Jadinya kami usahakan doktor untuk datang merawat di rumah. Syukurlah ada juga klinik di bandar Pontian yang menawarkan khidmat begini. 

Bab mencari dan berurusan dengan doktor home visit menjadi tugasan saya. Mudahnya zaman teknologi ni, walaupun kita berada jauh nun di utara tanah air tapi masih boleh membantu hal keluarga nun di selatan.

Setakat ini saya pernah berurusan dengan dua buah klinik bagi perkhidmatan rawatan doktor di rumah (home visit / house call). Saya sertakan caj yang dikenakan (tidak termasuk ubatan) untuk tujuan rekod dan rujukan bagi yang memerlukan.
  1. Poliklinik QMS - home visit RM100, konsultasi RM100, mileage RM50.
  2. Klinik Rakyat - home visit & rawatan asas RM150.
Sebelum panggil doktor datang ke rumah, kita kena berikan maklumat secukupnya berkenaan kondisi pesakit supaya mudah doktor bersedia dengan peralatan dan ubatan berkaitan. Contohnya, semalam pagi doktor datang ke rumah siap bawa nebulizer sebab Mak mengadu sempit pernafasan. Alhamdulillah suara Mak lebih bertenaga lepas dapat rawatan.


Foto hiasan - senja di kolam takungan tempat biasa jiran memancing. Saya datang dah lambat, tak ikut memancing.







32 comments:

  1. Alhamdulillah walaupun berjauhan masih dpt berbakti utk org tua.. caj tu lebih kurang je caj dgn sini.. sop pn sama.. sy pernah jugak mtk home service ni dulu utk arwah atok.. doc tgk kondisi dan trs refer hosp dan dia x caj langsung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik hati sungguh doc tu, tak caj padahal dah susah payah datang rumah.

      Delete
  2. Alhamdulillah...walau kita x sentiasa dengan mak tapi kita boleh pantau dari kejauhan..semoga yang baik- baik buat Mak Ujie ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu jelah yang saya mampu buat dari jauh ni SA.
      Aamin…terima kasih doanya.

      Delete
  3. memudahkan bila ada perkhidmatan home visit, moga mak sis beroleh kesihatan yang baik..

    ReplyDelete
  4. senang bila ada doktor boleh datang ke rumah camni. semoga mak kak ujie beransur pulih lepas dah buat fisio. asalkan boleh bangun dan jalan sikit2 tu dah cukup okay

    ReplyDelete
  5. Zaman sekarang ni mudah kan kak... semua boleh guna dengan hp... alhamdulillah ada perkhidmatan macamni kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Alhamdulillah ada jugak servis gini di Pontian. Tak banyak tapi ada.

      Delete
  6. Sekarang mudah dah nak mencari perawat datang ke rumah. Banyak dah perkhidmatan sebegitu. Semoga dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma kalau di bandar kecil macam Pontian ni masih belum banyak pilihan.

      Delete
  7. Itu bagusnya zaman skr. Semakin memudahkan utk orang2 berobat ya kak. Even ada home visit. Teman saya beberapa kali pakai, panggil dokter ketika anaknya sakit. Dan lumayan cepat juga datang. Bagus lah utk pasien yg memang susah utk bergerak ke rumah sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, syukur hidup di zaman sekarang dengan kemudahan perubatan semakin bagus.

      Delete
  8. Semoga mak Ujie sihat-sihat selalu. Bagusnya Ujie, masih dapat pantau kesihatan emak walaupun jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin…terima kasih doanya.
      Tak banyak yang dapat saya bantu dari jauh.

      Delete
  9. Semoga dipermudahkan urusan bonda dan diluaskan rezeki utk PU dan adik beradik sentiasa 🤲🏻

    ReplyDelete
  10. alhamdulilah, tak terpikir plak nak hire doktor ke rumah ye.. skrg ni semua pun di hujung jari kan. Semoga mak ujie bertambah sihat dan menjalani fisioterapi dengan tenang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bukan sebab kondisi mak saya gitu, memang tak terfikir nak panggil doktor ke rumah. Aamin…terima kasih doanya Ret.

      Delete
  11. Alhamdulillah, kebajikan mak tetap Ujie jaga walaupun jauh. Ternyata jarak bukan alasan ditambah beruntungnya ada adik-beradik lain yg dekat. Semoga Allah swt permudahkan urusan rawatan emak Ujie.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah dapat berbakti kepada Mak walaupun jauh.
    Rasa berpatutan harga dikenakan untuk rawatan di rumah.
    Semoga Mak Ujie diberikan kesihatan yang baik. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, syukurlah jumpa Klinik Rakyat - caj asas lebih rendah RM150.
      Amin…terima kasih doa NA.

      Delete
  13. Bagus perkhidmatan macam ni kan Ujie. Moga baik2 ajer buat mak tersayang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur sangat ada perkhidmatan gini, sangat membantu.
      Aamin..terima kasih Ezna.

      Delete
  14. Alhamdulillahhhhh kemudahan internet skrg byk membantu tambah2 dlm urusan kesihatan ahli keluarga cmni.. moga dipermudahkan urusan & moga mak kak ujie diberikan kesihatan yang baik spjng rawatan aminnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kemajuan teknologi banyak membantu hidup jadi lebih baik.
      Aamin..terima kasih doa Ana.

      Delete
  15. Alhamdulillah sekarang dah lebih banyak servis sebegini. Moga dipermudah kan semua urusan Ujie dan keluarga.

    ReplyDelete
  16. Sebab tu penting klinik ada house call kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat penting bagi yang memerlukan, macam kami ni.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****